Hapuskan fail di dalam Dropbox

Hapuskan fail daripada apl desktop

Linux

Untuk membuang fail daripada Dropbox anda, gunakan perintah rm daripada terminal anda. Untuk menghapuskan fail atau folder, seret dan lepaskan fail tersebut ke Trash anda

Macintosh

Untuk membuang fail daripada Dropbox anda, seret dan lepaskannya ke mana-mana tempat di luar folder Dropbox. Untuk menghapuskan fail, seret fail atau folder anda ke Trash Mac.

Vista/Win7/Win8/Win10

Untuk membuang fail daripada Dropbox anda, seret dan lepaskannya ke mana-mana tempat di luar folder Dropbox. Untuk menghapuskan fail, seret fail atau folder tersebut ke Recycle Bin Windows anda.

Hapuskan fail menggunakan dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com
  2. Klik ikon (elipsis) di sebelah kanan nama fail.
  3. Klik Hapus.

Hapuskan fail secara kekal

Menghapuskan fail secara kekal bermakna bahawa anda tidak akan dapat memulihkannya. Jika anda ingin meneruskan untuk memadam fail atau folder secara kekal, ikuti arahan di bawah.

Hapuskan fail secara kekal menggunakan pelayar fail di dropbox.com:

  1. Jika anda belum melakukannya, hapuskan fail yang anda mahu hapuskan secara kekal menggunakan langkah-langkah yang disenaraikan sebelum ini dalam artikel ini.
  2. Daripada pelayar fail, klik ikon tong sampah untuk menunjukkan fail yang dihapuskan.
  3. Selepas anda menemui fail atau folder yang anda ingin hapuskan secara kekal, pilih fail itu dan klik Hapus secara kekal.

Perhatian:

  • Hanya pemilik folder kongsian, atau orang asal yang memuat naik fail, boleh menghapuskan fail secara kekal.
  • Sebarang fail yang berwarna kelabu telah dihapuskan sebelum ini dan masih boleh dipulihkan atau dihapuskan secara kekal.
  • Jika anda menghapuskan folder kongsian secara kekal, pilih folder kongsian dan sebaliknya klik Buang akses saya.
  • Jika anda tidak melihat pilihan untuk menghapuskan fail secara kekal, mungkin pentadbir anda telah melumpuhkan keupayaan untuk menghapuskan fail secara kekal. Hubungi pentadbir pasukan anda untuk bantuan lanjut.

Hapuskan fail secara kekal menggunakan halaman fail terhapus di dropbox.com:

  1. Jika anda belum melakukannya, hapuskan fail yang anda mahu hapuskan secara kekal menggunakan langkah-langkah yang disenaraikan sebelum ini dalam artikel ini.
  2. Buka halaman Fail terhapus di dropbox.com.
  3. Klik ikon (elipsis).
  4. Klik Hapus secara kekal.
  5. Klik Hapus secara kekal sekali lagi.

Seperti yang kami Terangkan di dalam Dasar Privasi kami, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk sebuah fail disingkirkan sepenuhnya daripada sistem kami selepas penghapusan secara kekal. Ingat juga, jika pengguna Dropbox lain mempunyai fail yang sama dengan yang anda hapuskan kekal, fail mereka tidak akan terjejas oleh penghapusan anda.

Mengosongkan cache anda

Aplikasi desktop Dropbox menyimpan cache di dalam folder Dropbox untuk fail dan folder yang anda alihkan dan hapuskan. Cache ini dikosongkan secara automatik setiap tiga hari. Jika anda perlu menghapuskan fail sensitif dengan segera atau mahu mengosongkan sedikit ruang, anda boleh kosongkan cache secara manual dengan mengikuti langkah-langkah berikut di dalam artikel Pusat Bantuan ini.

Topik berkaitan:

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Contact support