Muat turun aplikasi desktop Dropbox

Aplikasi desktop Dropbox mencipta folder pada komputer anda yang berfungsi sama seperti mana-mana folder yang lain, tetapi dengan beberapa ciri-ciri hebat yang lain:

  • Perubahan yang anda lakukan kepada fail di dalam folder Dropbox akan menyelaras secara automatik ke dropbox.com dan ke peranti mudah alih bersambung anda.
  • Perubahan yang anda buat juga diselaraskan ke akaun Dropbox orang yang anda berkongsi fail.
  • Apl desktop Dropbox memberikan anda akses mudah kepada fail Dropbox anda, walaupun anda berada di luar talian.

Pasang apl Dropbox pada peranti anda

  1. Muat turun apl desktop pada komputer anda.
  2. Dapatkan aplikasi mudah alih Dropbox percuma pada telefon pintar atau tablet anda.
  3. Setelah dipasang, anda akan diminta untuk log masuk atau membuat akaun baru.
    • Jika anda menyambungkan akaun Dropbox Business, pastikan anda mendaftar masuk ke akaun ini pada semua peranti anda.
  4. Sebaik sahaja Dropbox dipasang pada komputer anda, anda akan nampak folder Dropbox baru pada pemacu keras anda.
    • Tambah fail ke folder Dropbox anda dan Dropbox akan menyelaraskannya dengan akaun dalam talian anda. Anda juga boleh mengakses fail-fail ini sebaik saja anda mendaftar masuk ke dropbox.com.
  5. Selepas anda memasang aplikasi dan mendaftar masuk ke peranti mudah alih anda, fail anda akan kelihatan di dalam folder Dropbox peranti itu juga.
Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu