Muat turun seluruh folder di dropbox.com

Anda boleh muat turun seluruh kandungan folder Dropbox melalui dropbox.com, selagi kedua-dua perkara berikut adalah benar:

  • Jumlah saiz folder kurang daripada 20 GB
  • Folder mempunyai kurang daripada 10,000 fail secara keseluruhan

Untuk muat turun seluruh folder terus daripada dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Cari folder yang anda ingin muat turun.
  3. Klik ikon (elipsis) di sebelah kanan nama folder.
  4. Klik Muat turun.

Pelayar anda akan memuat turun folder sebagai satu fail mampat (dikenali sebagai fail "ZIP"). Setelah dimuat turun, buka dan nyahmampat fail ZIP untuk mengakses kandungan folder anda.

Perhatian:

  • Fail akan disimpan di tempat yang pelayar anda biasa memuat turun fail, sebagaimana ditetapkan pada keutamaan pelayar anda
  • Fail ZIP akan mempunyai nama yang sama dengan folder asal, tetapi akan berakhir dengan .zip
  • Jika folder itu ada di dalam akaun anda, anda juga boleh menggunakan aplikasi desktop Dropbox  untuk memuat turun seluruh folder ke komputer anda secara automatik

Bagaimana jika saya melihat butang "Buka" di sebalik butang "Muat turun"?

Jika anda melihat butang Buka di sebalik butang Muat turun, itu bermakna folder sudah pun diselaraskan ke folder Dropbox pada komputer anda. Klik butang Buka untuk mengakses folder ini pada komputer anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai butang Buka.

Ketahui lebih lanjut

Kebanyakan sistem operasi hari ini mampu menyahmampat fail ZIP tanpa bantuan perisian tambahan. Bagaimanapun, jika anda masih tidak dapat membuka fail tersebut, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis utiliti penyahmampat fail .zip dalam talian.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu