Dropbox akan menamatkan sokongan untuk OS X Tiger 10.4 dan OS X Leopard 10.5 - mengapa, dan apa yang boleh saya lakukan?

Bermula 23 Mac 2015, klien desktop Dropbox tidak lagi tersedia untuk dimuat turun untuk OS X Tiger 10.4 atau OS X Leopard 10.5. Jika anda kini menggunakan klien desktop Dropbox pada OS X versi ini, anda tidak akan dapat log masuk ke akaun anda yang sedia ada lagi atau mencipta akaun baru melalui klien desktop.

Anda mungkin akan dilog keluar daripada akaun anda pada klien desktop seawal 18 Mei 2015, dan tidak akan dapat log masuk lagi selagi anda belum mengemaskini kepada OS X Snow Leopard 10.6 atau lebih baru.

Jika anda dilog keluar kerana perubahan ini, sila faham bahawa tiada perubahan akan dibuat terhadap akaun anda. Fail dan foto anda masih selamat.

Anda akan masih boleh mengakses akaun anda—atau mencipta akaun baru—melalui laman web Dropbox atau lain-lain komputer dan peranti mudah alih yang serasi.

Kenapa ini berlaku?

Kami menerbitkan aplikasi Dropbox versi baharu dari masa ke masa dengan ciri-ciri tambahan, prestasi yang lebih baik, serta keselamatan yang dipertingkatkan, dan versi ini kadang kala tidak serasi dengan sistem operasi yang lebih lama.

Apakah yang harus saya lakukan?

  1. Kemaskini kepada OS X versi yang lebih baru (Snow Leopard 10.6 atau kemudian).
  2. Akses akaun anda dari laman web Dropbox, atau dari peranti yang menggunakan sistem operasi yang disokong

Saya sudah menjalankan OS X versi lebih baru

Jika anda menerima mesej daripada kami tetapi yakin anda sudah menjalankan versi yang lebih baru daripada OS X, anda mungkin telah memautkan akaun anda kepada beberapa komputer atau peranti mudah alih. Hanya satu peranti dengan versi OS X yang lebih lama boleh mencetuskan e-mel. Untuk menyahpaut peranti yang mungkin menggunakan OS X versi yang lebih lama:

  1. Daftar masuk ke laman web Dropbox
  2. Klik nama anda di sudut atas kanan
  3. Klik Tetapan
  4. Pilih tab Keselamatan , dan tatal untuk mencari peranti anda yang dipaut
  5. Klik "x" di sebelah peranti yang anda ingin nyahpaut

Sumber lain

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu