Bagaimana untuk memaksa pautan kongsian untuk dimuat turun atau dipaparkan

Anda boleh membuat pengubahsuaian mudah terhadap pautan Dropbox untuk berkongsi fail dalam cara yang diingini. Anda boleh sunting belakang URL pautan untuk memaksa kandungan itu dimuat turun atau dipaparkan dalam pelayar anda.

Bagaimana untuk memaksa pautan Dropbox untuk dimuat turun

Untuk memaksa pelayar memuat turun kandungan pautan di sebalik memaparkannya, anda boleh gunakan parameter pertanyaan dl=1 dalam URL anda. Sebagai contoh:

https://www.dropbox.com/s/a1b2c3d4ef5gh6/example.docx?dl=1

Perhatian: URL pautan kongsian asal mungkin sudah mengandungi parameter untaian pertanyaan (contohnya, dl=0). Pembangun apl harus pastikan untuk menghuraikan URL itu dengan betul dan tambah atau ubah suai parameter jika perlu.

Bagaimana untuk memaksa fail dipaparkan dalam pelayar

Sesetengah pelayar tidak dikonfigurasikan untuk menayangkan pratonton fail dengan betul. Walaupun jenis fail tertentu boleh dimuat turun daripada dibuka, yang lain—seperti HTML—tidak disokong.

Untuk memintas halaman pratonton dan membenarkan pelayar anda supaya terus memaparkan fail anda, gunakan raw=1 sebagai parameter pertanyaan dalam URL anda. Menambah raw=1 kepada URL akan menyebabkan lencongan HTTP. Jika anda seorang pembangun aplikasi yang menggunakan URL seperti itu dalam kod anda sendiri, sila pastikan aplikasi anda boleh mengikut lencongan.

Perhatian: Pautan kongsian tidak akan memaparkan kandungan HTML dalam pelayar web. Jika anda mencipta laman web yang memapar kandungan HTML dari Dropbox anda secara langsung, ia tidak akan dipaparkan dalam pelayar. Kandungan HTML itu akan kekal dalam Dropbox anda dan boleh dikongsi.

Pengguna Dropbox Basic (percuma): Bermula 3 Oktober 2016, anda tidak lagi boleh menggunakan pautan kongsian untuk menterjemah kandungan HTML dalam pelayar web. Jika anda mencipta laman web yang memaparkan kandungan HTML secara langsung daripada Dropbox anda, ia tidak lagi akan diterjemah dalam pelayar. Kandungan HTML itu sendiri akan masih kekal di dalam Dropbox dan boleh dikongsi.

Pengguna Dropbox Plus dan Business: Bermula 1 September 2017, anda tidak lagi boleh menterjemah kandungan HTML.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan