Mengapakah folder Dropbox menggunakan CPU yang tinggi pada komputer saya?

Kadangkala, Dropbox menggunakan lebih banyak memori (RAM) atau CPU daripada yang anda jangkakan. Ini mungkin memperlahankan komputer anda. 

Apakah yang menyebabkan Dropbox menggunakan banyak memori (RAM)?

Lebih banyak fail di dalam folder Dropbox anda, lebih banyak memori yang Dropbox perlukan untuk menjejakinya.

Nota: Prestasi Dropbox dalam File Explorer (Windows) dan Finder (Mac) mula menurun selepas sekitar 300,000 fail yang diselaraskan.

Anda boleh mengosongkan memori pada komputer anda dengan penyelarasan terpilih. Ketahui lebih lanjut tentang penyelarasan terpilih.

Apakah yang menyebabkan Dropbox menggunakan CPU tinggi?

Dropbox menggunakan beberapa proses untuk menyimpan, menyelaraskan dan mengemas kini fail anda. Dropbox juga menyemak kemas kini versi dan melaksanakan tugas pemantauan kendiri. Tugas ini boleh meningkatkan penggunaan CPU dan mungkin memperlahankan komputer anda.

Sebab lain Dropbox mungkin menggunakan banyak CPU termasuk:

1) Dropbox sedang menyelaraskan sejumlah besar fail

Apabila anda menyelaraskan banyak fail, terutamanya untuk kali pertama, Dropbox mungkin menggunakan banyak CPU. Untuk menyelesaikan isu ini, anda boleh mengurangkan bilangan fail pada komputer anda dengan penyelarasan terpilih.

2) Apl lain mengganggu penyelarasan 

Sesetengah program, seperti apl anti-virus, perisian keselamatan atau apl sandaran, boleh mengakses fail dalam folder Dropbox anda. Dropbox boleh mentafsirkan akses ini sebagai suntingan. Jika apl meminta akses secara berterusan, Dropbox akan sentiasa cuba menyelaraskan perubahan.

Untuk menyemak apl yang menyebabkan kelembapan, anda boleh melumpuhkan sementara setiap apl dalam Monitor Aktiviti atau Pengurus Tugas. Kemudian, semak untuk melihat sama ada penggunaan CPU berkurangan. 

3) Fail dalam folder Dropbox anda mempunyai keizinan yang salah

4) Folder Dropbox dipasang pada peranti NAS

Dropbox tidak berfungsi dengan sistem fail perkongsian rangkaian, jadi ia tidak berfungsi pada peranti NAS. Untuk membetulkan isu ini:

5) Peranti anda tidak menyokong atribut lanjutan

Jika komputer anda mempunyai sistem fail yang tidak menyokong atribut lanjutan, Dropbox tidak dapat menyelaraskan fail anda. Walau bagaimanapun, apl akan cuba menyelaraskan secara berterusan dan ini menyebabkan penggunaan CPU yang tinggi. Untuk membetulkan isu:

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan