{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Bagaimanakah cara menggunakan halaman utama di dropbox.com?

Lihat fail dan aktiviti anda di satu tempat di dropbox.com yang baru, dan di halaman utama aplikasi Dropbox Android atau iOS. Dengan halaman utama ini, anda boleh:

  • Lihat aktiviti daripada Dropbox dan Paper
  • Bintangkan fail, folder, dan dokumen Paper untuk akses pantas
  • Lihat aktiviti Dropbox dan Paper terbaru daripada ahli pasukan anda

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Apakah fail cadangan?

Dropbox akan mencadangkan fail dan folder yang mungkin ingin diakses oleh anda berdasarkan cara anda menggunakan akaun anda. Contohnya, jika anda membuka satu fail lebih daripada sekali, atau jika anda mengakses satu fail baru-baru ini, fail itu boleh muncul dalam fail cadangan anda. 

Tiga fail cadangan teratas anda akan muncul di bahagian atas halaman utama di dropbox.com. Klik Tunjuk untuk melihat enam cadangan teratas anda.

Perhatian: Jika anda ingin menyembunyikan fail cadangan, klik Sembunyi di sebelah kanan widget itu.

Apakah pemberitahuan belum dibaca?

Lihat aktiviti baru sejak kali terakhir anda menggunakan Dropbox atau Paper. Ini termasuklah aktiviti terbaru anda, apabila seseorang @sebut anda, dan sebarang rantai komen yang melibatkan anda.

dropbox.com:

Untuk mengabaikan pemberitahuan yang belum dibaca di laman web Dropbox:

  1. Layangkan tetikus di atas pemberitahuan.
  2. Klik Tandakan sebagai dibaca.

Aplikasi Android:

Pemberitahuan belum dibaca akan diserlahkan dalam warna biru. Anda boleh tandakan pemberitahuan individu sebagai sudah dibaca dengan menekannya. Untuk menandakan semua pemberitahuan sebagai sudah dibaca:

  1. Pada tab Utama, tekan Lihat semua dalam widget Pemberitahuan.
  2. Tekan "✓✓" (tanda rait berganda).

Aplikasi iOS:

Pemberitahuan belum dibaca akan diserlahkan oleh titik berwarna biru. Anda boleh tandakan pemberitahuan individu sebagai sudah dibaca dengan menekannya. Untuk menandakan semua pemberitahuan sebagai sudah dibaca:

  1. Pada tab Utama, tekan Lihat semua dalam widget Pemberitahuan.
  2. Tekan "" (elipsis), dan kemudian pilih Tandakan semua sebagai dibaca.

Apakah fail atau folder yang dibintangkan?

Bahagian Dibintangkan mengandungi fail, folder, dan dokumen Paper yang anda bintangkan. Ia juga akan menunjukkan item yang anda bintangkan pada peranti lain. Contohnya, jika anda bintangkan fail pada telefon, anda akan nampak item itu dalam bahagian Dibintangkan di dropbox.com dan di tab Utama aplikasi mudah alih.

Terdapat beberapa cara untuk membintangkan item:

dropbox.com

  • Layangkan tetikus di atas nama item, dan kemudian pilih ikon bintang
  • Semasa melihat pratonton fail, pilih ikon bintang di sebelah nama fail
  • Daripada halaman Fail atau Utama, klik "" (elipsis) di sebelah nama fail dan kemudian klik Bintangkan

Buat masa ini, anda tidak boleh membintangkan beberapa item sekali gus

Apl Android

  • Semasa melihat pratonton fail, tekan "" (elipsis mendatar) dan kemudian tekan Bintangkan

Apl iOS

  • Pada tab Utama, tekan Lihat semua di bawah widget Dibintangkan, kemudian tekan "+" (tambah)
  • Semasa melihat prantonton fail, tekan "" (elipsis) dan kemudian tekan Tambah ke Dibintangkan

Apakah fail dan folder terbaru?

Bahagian Terbaru mempunyai fail dan dokumen Paper yang anda lihat atau sunting baru-baru ini. Ia diatur mengikut fail dan dokumen yang paling baru dilihat oleh anda di bahagian atas.

dropbox.com

Untuk menyembunyikan item terbaru, klik Sembunyi di sebelah widget Terbaru.

Apl Android

Untuk melihat semua aktiviti terbaru, tekan Lihat semua. Untuk menyembunyikan item terbaru:

  1. Buka menu utama.
  2. Tekan Tetapan.
  3. Tekan Sembunyikan Terbaru pada Utama.

Apl iOS

Untuk melihat semua aktiviti terbaru, tekan Lihat semua. Untuk menyembunyikan item terbaru:

  1. Tekan ikon orang.
  2. Tekan ikon gear.
  3. Tekan Sembunyikan Terbaru.

Apakah tab Fail?

Paparan Fail memberi anda akses pantas kepada senarai lengkap fail dan folder di dalam akaun Dropbox anda.

Kenapa saya nampak widget muat naik dalam aplikasi iOS?

Widget Muat naik akan muncul pada peranti iOS apabila terdapat muat naik menunggu. "Menunggu" bermakna muat naik masih belum bermula, ataupun belum selesai. Jika anda tiada sebarang muat naik menunggu, widget Muat naik tidak akan muncul.

Jika anda buka widget Muat naik, anda boleh:

  • Batalkan muat naik individu dengan menekan Batal
  • Batalkan semua muat naik menunggu dengan menekan Batal Semua

Perhatian:

  • Hanya muat naik manual yang bermula dengan "+" (tambah) akan muncul dalam widget Muat naik—muat naik kamera tidak akan dipaparkan dalam widget ini
  • Jika anda tiada sebarang muat naik menunggu, widget Muat naik tidak akan muncul

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan