Keserasian Dropbox dan macOS Sierra

Jika anda menaik taraf kepada macOS Sierra (10.12) baru-baru ini, dan anda memasangkan apl desktop Dropbox pada komputer anda, anda harus mengemas kini kepada versi terbaru Dropbox. Bagaimanapun, walaupun jika anda mengemas kini kepada versi terbaru Dropbox, anda masih akan perasan beberapa tingkah laku di luar jangkaan. Khususnya:

  • Mesej ralat Apple atau kotak dialog lain yang muncul semasa fail dialihkan ke Dropbox
  • Ikon penyelarasan mengelirukan yang muncul pada folder Dropbox, atau fail di dalam folder

Jika Dropbox berada di lokasi lalai anda akan melihat mesej ralat semasa mengalihkan fail keluar daripada folder yang sedang diselaraskan oleh iCloud (seperti Desktop atau Dokumen) dan ke dalam Dropbox.

Jika Dropbox telah dialihkan ke folder Desktop atau Dokumen, dan ini sedang diselaraskan oleh iCloud, anda mungkin mengalami ikon penyelarasan yang mengelirukan di Dropbox.

Mesej dan ikon ini disebabkan oleh cara Apple melaksanakan iCloud (penyelesaian storan dan sandaran mereka). Artikel ini memberikan maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan pengalaman terbaik Dropbox pada macOS Sierra (versi 10.12).

Apakah yang boleh saya lakukan jika saya melihat ikon dan mesej ini?

  1. Kemas kini kepada versi terbaru Dropbox.
    • Mengemas kini kepada versi ini bermakna anda akan mempunyai penambaikan Dropbox yang terkini, dan akan memastikan anda mendapat pengalaman selancar yang mungkin menggunakan Dropbox pada macOS Sierra (versi 10.12).
  2. Alihkan Dropbox kembali ke lokasi lalainya.
    • Mengehos Dropbox di lokasi lalainya boleh mencegah percanggahan penyelarasan fail antara iCloud dan Dropbox.
  3. Lumpuhkan pemberitahuan apabila membuang fail daripada iCloud Drive:
    1. Buka Finder.
    2. Buka Keutamaan Finder.
    3. Klik Lanjutan.
    4. Buang rait Tunjukkan amaran sebelum membuang daripada iCloud Drive.
  • Perhatian: Melumpuhkan pemberitahuan iCloud tidak akan membuang ikon penyelarasan yang bercanggah.

Bilakah fail saya akan menyelaras ke Dropbox?

Anda mungkin perasan bahawa ikon penyelarasan pada fail anda bergerak berulang-alik antara pemberitahuan iCloud dan Dropbox. Ini boleh berlaku jika:

  • Anda menghidupkan iCloud pada komputer anda
  • Anda telah menyelaraskan folder Desktop atau Dokumen ke iCloud
  • Anda telah mengalihkan folder Dropbox anda ke sama ada folder Desktop atau Dokumen

Dalam situasi ini ikon penyelarasan Dropbox (bulatan hijau dengan tanda rait) tidak akan muncul sehingga fail selesai menyelaras ke kedua-dua Dropbox dan iCloud.

Ketahui lebih lanjut tentang setiap ikon penyelarasan Dropbox.

Mengapakah saya melihat mesej atau ikon ini?

Mesej ralat akan muncul pada macOS Sierra (versi 10.12) apabila setiap satu daripada dua kriteria yang berikut adalah benar:

  • Anda menghidupkan iCloud pada komputer anda
  • Anda telah menyelaraskan folder Desktop atau Dokumen ke iCloud

Ikon penyelarasan yang bercanggah akan muncul apabila setiap satu daripada tiga kriteria yang berikut berlaku:

  • Anda menghidupkan iCloud pada komputer anda
  • Anda telah menyelaraskan folder Desktop atau Dokumen ke iCloud
  • Anda telah mengalihkan folder Dropbox anda ke sama ada folder Desktop atau Dokumen

Perhatian: Dalam macOS Sierra (versi 10.12), penyelarasan iCloud dibolehkan pada folder ini secara lalai semasa pemasangan.

Adakah Dropbox masih berfungsi jika saya melihat mesej atau ikon ini?

Ya. Walaupun anda melhat ikon atau mesej ini, fail anda akan masih disimpan ke Dropbox. Bagaimanapun, anda mungkin perasan ikon penyelarasan fail saling bertukar daripada ikon Dropbox kepada iCloud semasa ia disimpan.

Apakah mesej ralat ini, dan apakah maksudnya?

Jika anda menyelaras folder Desktop atau Dokumen ke iCloud, anda mungkin melihat salah satu daripada kotak dialog yang berikut semasa mengalihkan fail ke Dropbox:


Buang daripada iCloud
Hapuskan daripada iCloud

Mesej ini akan muncul jika anda cuba untuk mengalihkan fail keluar daripada folder Desktop atau Dokumen. Disebabkan folder Dropbox utama anda dihoskan di tempat lain pada komputer anda, iCloud mentafsir bahawa mengalihkan fail daripada Desktop atau Dokumen sebagai cubaan untuk menghapuskan fail daripada iCloud.

Bolehkah saya menggunakan kedua-dua Dropbox dan iCloud?

Ya. Walau bagaimanapun, menggunakan kedua-dua Dropbox dan iCloud boleh menyebabkan beberapa masalah yang digariskan dalam artikel ini. Kami tidak menyokong konfigurasi di mana kedua-dua iCloud dan Dropbox menyelaras fail yang sama pada masa ini.

Potensi masalah dengan fail pemegang tempat Dropbox dan iCloud

iCloud tidak akan menyelaras atau menghapuskan fail Dropbox jika Dropbox berada dalam konfigurasi lalainya. Bagaimanapun, jika semua yang berikut adalah benar untuk konfigurasi anda, maka anda boleh kehilangan data pada Dropbox:

  • Anda menamakan folder Dropbox anda dengan sesuatu selain daripada "Dropbox" (contohnya "Dropbox 1), dan
  • Folder Dropbox anda disimpan di lokasi bukan lalai (folder Desktop atau Dokumen), dan
  • Penyelarasan iCloud dihidupkan, dan
  • Storan Optimum iCloud dihidupkan

Jika semua ini adalah benar untuk konfigurasi anda maka iCloud boleh membuang salinan fail tempatan dan menggantikannya dengan fail tempat pemegang (.icloud). Ini akan berlaku jika ruang cakera rendah dan Storan Optimum dihidupkan. Jika Dropbox menyelaras fail yang sama, maka Dropbox akan menyelaras pembuangan fail asal dan .iCloud pemegang tempat.

Dalam kes yang jarang berlaku, mengalihkan Dropbox kepada lokasi lalainya selepas Storan Optimum telah menggantikan fail sebenar dengan fail pemegang tempat boleh menyebabkan kehilangan data. Dropbox akan menyelaras fail pemegang tempat ini dan bukannya fail sebenar.

Isu ini boleh menyebabkan kehilangan data sekiranya tiada tindakan diambil. Sila ikut langkah-langkah ini untuk memastikan bahawa fail anda selamat:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Taip .iCloud ke dalam bar carian untuk melihat fail yang mana —jika ada—terjejas.
  3. Jika anda menjumpai fail .iCloud, anda perlu memulihkan versi sebenar daripada iCloud.

Setelah anda memulihkan fail daripada iCloud, ikuti langkah-langkah yang telah disenaraikan sebelumnya dalam artikel ini untuk berlindung dari kehilangan data selanjutnya.

Kes tambahan dengan pautan pemegang tempat .iCloud:

Tambahan kepada isu yang dibincangkan di atas, terdapat juga masalah yang berpotensi dengan tangkapan skrin. Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, tangkapan skrin diambil semasa Dropbox tidak berjalan boleh digantikan dengan pemegang tempat .iCloud, dengan fail pemegang tempat diselaraskan kepada Dropbox.

Ikuti langkah-langkah terperinci sebelum ini untuk memulihkan sebarang tangkapan skrin yang terjejas , dan untuk mengelakkan ini dari berlaku lagi.

Menggunakan symlink, iCloud, dan apl desktop Dropbox

Perhatian: Jika anda menggunakan symlinks, anda mungkin mempunyai risiko tambahan terhadap tingkah laku ganjil atau kehilangan data.

Dropbox sedang bekerja untuk menangani sebarang masalah yang mungkin wujud daripada menggunakan Dropbox dengan macOS Sierra (10.12). Mengikuti cadangan di dalam artikel ini adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan kelakuan normal dengan Dropbox pada Sierra.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai symlinks di dalam Dropbox anda yang menghala kepada folder Dokumen atau Desktop, anda mungkin mengalami ikon selaras yang berkonflik atau kemungkinan kehilangan data walaupun anda mengikuti cadangan-cadangan di dalam artikel ini.

Kami mencadangkan membuang symlinks daripada Dropbox untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah.

Bagaimana jika saya diminta untuk mengalihkan folder Dropbox saya?

Jika konfigurasi Dropbox anda sama seperti senario yang digambarkan dalam bahagian sebelum ini, kami akan meminta anda untuk mengalihkan folder Dropbox anda kembali ke lokasi lalai. Memiih pilihan Alih akan melengkapkan tindakan ini secara automatik. Memilih Batal akan menghentikan penyelarasan fail Dropbox sehingga anda menyambung penyelarasan dan mengalihkan folder Dropbox kembali ke lokasi lalainya.


Mac mengalih folder Dropbox

Anda juga boleh mengalihkan folder Dropbox anda secara manual kembali ke lokasi lalainya:

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem atau bar menu anda.
  2. Klik ikon gear.
  3. Klik Keutamaan….
  4. Buka tab Akaun .
  5. Klik menu juntai bawah di sebelah lokasi Dropbox.
  6. Pilih Other…
  7. Buka senarai Aplikasi .
  8. Klik menu juntai bawah Aplikasi, dan pilih cakera keras anda.
  9. Buka folder Pengguna .
  10. Pilih nama pengguna komputer anda (ia mungkin mempunyai ikon "utama" di sebelahnya).
  11. Klik Pilih.
  12. Sahkan langkah itu dengan mengklik Alih.
Alihkan Dropbox ke lokasi lalainya

Bagaimana saya menghidupkan lambang Dropbox pada macOS Sierra (versi 10.12)?

Semasa memasang Dropbox, anda akan melihat dialog yang meminta keizinan Kebolehcapaian:


Beri akses kepada Dropbox
  1. Klik Berikan Akses kepada Dropbox—anda akan dilencongkan ke bahagian Keselamatan & Privasi daripada Keutamaan Sistem.
  2. Kli ikon mangga; anda akan diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan komputer anda.
  3. Setelah dibuka, tanda rait kotak di sebelah ikon Dropbox untuk membolehkan Kebolehcapaian.
  4. Klik ikon mangga sekali lagi untuk mengunci semula keutamaan sistem.
Pentauliahan kebolehcapaian Mac

Mengapakah Dropbox memerlukan akses Kebolehcapaian pada Mac saya?

Dropbox menggunakan keizinan Kebolehcapaian macOS untuk berfungsi dengan betul. Khususnya, kami menggunakan API Kebolehcapaian untuk lambang Dropbox (sebahagian daripada integrasi Microsoft Office).

Bolehkah saya melumpuhkan Kebolehcapaian?

Anda tidak boleh melumpuhkan akses Kebolehcapaian untuk apl desktop macOS Dropbox buat masa ini. Kami sedar ini bukan pengalaman yang bagus, dan kami sedang giat berusaha untuk menjadikannya lebih baik.

Ketahui lebih lanjut tentang Dropbox dan Kebolehcapaian macOS.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu