Dropbox dan keizinan Mac tambahan

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Mengapakah Dropbox meminta nama pengguna dan kata laluan saya pada Mac saya?

Jika anda menggunakan macOS, anda mungkin perlu mentauliahkan Dropbox untuk berjalan pada komputer anda. Satu kotak dialog boleh muncul, meminta nama pengguna dan kata laluan komputer anda.

Kotak dialog Apple

Kotak dialog ini digunakan untuk memberi Dropbox keizinan tambahan kepada komputer anda, yang akan menghidupkan ciri-ciri Dropbox tertentu, termasuk:

  • Kemas kini apl automatik
  • Interaksi antara muka (seperti lambang Dropbox, dan integrasi Finder pada sesetengah versi Mac)

Tanpa keizinan tambahan ini, anda tidak mempunyai akses kepada ciri-ciri ini, atau ciri baru lain yang mungkin memerlukan keizinan ini pada masa akan datang.

Adakah ini kotak dialog Dropbox?

Tidak. Ini adalah kotak dialog sistem Apple, bukan dialog daripada Dropbox. Ini adalah kotak dialog yang digunakan oleh macOS untuk mengubah tetapan keizinan anda.

Bolehkah saya melumpuhkan keizinan ini?

Ya. Anda boleh klik Batal di sebalik meluluskan keizinan tambahan ini. Ini bermakna bahawa ciri-ciri Dropbox yang disenaraikan di atas tidak akan berfungsi pada komputer anda. Anda akan diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan anda sekali lagi apabila anda memulakan atau memulakan semula Dropbox.

Adakah ini bermakna Dropbox boleh melihat kata laluan komputer saya?

Tidak. Dropbox tidak boleh melihat, menerima, atau berkongsi kata laluan komputer anda dalam apa jua cara. Memasukkan nama pengguna dan kata laluan komputer anda di dalam kotak dialog ini hanya akan membenarkan Apple untuk mengubah tetapan keizinan anda untuk Dropbox.

Mengapakah Dropbox mahu saya menghidupkan kebolehcapaian pada Mac saya?

Jika anda menggunakan versi macOS yang lebih baru, anda boleh menerima pemberitahuan yang menandakan bahawa Dropbox ingin Menghidupkan kebolehcapaian

Kotak dialog Mac ini akan memberi aplikasi Dropbox keizinan yang diperlukan untuk mendayakan kefungsian penuh. Ini termasuklah:

Jika anda menolak permintaan ini, ciri-ciri Dropbox mungkin tidak akan berfungsi seperti yang diharapkan. 

Bagaimanakah saya menghidup atau melumpuhkan kebolehcapaian Dropbox pada Mac saya?

Jika anda sedang memasang Dropbox pada Mac, anda akan melihat satu kotak dialog yang meminta keizinan kebolehcapaian. Untuk membenarkan kebolehcapaian dari sini, klik Hidupkan Kebolehcapaian. Anda akan dihalakan ke bahagian Keselamatan & Privasi dari Keutamaan Sistem. Untuk menghidupkan kebolehcapaian dari sini:

  1. Klik ikon kunci untuk membuka kunci keutamaan sistem anda.
    • Anda akan diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan komputer anda (bukan nama pengguna dan kata laluan Dropbox anda)
  2. Tanda rait kotak di sebelah ikon Dropbox untuk menghidupkan kebolehcapaian atau buang tanda rait untuk melumpuhkan kebolehcapaian.
  3. Klik ikon mangga sekali lagi untuk mengunci semula keutamaan sistem.

Untuk menghidup atau melumpuhkan kebolehcapaian selepas pemasangan:

  1. Pergi ke bahagian Keselamatan & Privasi dari Keutamaan Sistem.
  2. Klik tab Privasi.
  3. Klik Kebolehcapaian dalam menu.
  4. Klik ikon kunci untuk membuka kunci keutamaan sistem anda.
    • Anda akan diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan komputer anda (bukan nama pengguna dan kata laluan Dropbox anda)
  5. Tanda rait kotak di sebelah ikon Dropbox untuk menghidupkan kebolehcapaian atau buang tanda rait untuk melumpuhkan kebolehcapaian.
  6. Klik ikon mangga sekali lagi untuk mengunci semula keutamaan sistem.

Perhatian: Anda juga boleh diminta untuk menghidupkan kebolehcapaian untuk lambang Dropbox, jika anda belum melakukannya. 

Jika anda ingin menghapuskan aplikasi Dropbox, klik "-" (tanda tolak) semasa kotak itu ditanda rait. Kemudian mulakan semula aplikasi Dropbox.

Mengapakah Dropbox mahu saya menghidupkan automasi untuk memuatkan semula dokumen saya?

Dropbox meminta keizinan pada macOS 10.14 (Mojave) ke atas untuk mengemas kini fail-fail Microsoft Office (PowerPoint, Word, Excel) kepada versi yang terakhir disunting. Anda akan diminta untuk menghidupkan ini bagi setiap aplikasi satu persatu, tetapi hanya apabila Dropbox mengesan perubahan terhadap dokumen anda. 

Jika anda ingin menghidupkan automasi untuk memuat semula dokumen, klik Hidupkan Automasi apabila diminta untuk berbuat demikian. 

Bagaimanakah saya menghidup atau melumpuhkan tetapan automasi Dropbox pada Mac saya?

Jika anda menggunakan macOS 10.14 (Mojave), anda boleh menghidup atau melumpuhkan tetapan automasi pada bila-bila masa. Untuk melakukannya:

  1. Pergi ke bahagian Keselamatan & Privasi dari Keutamaan Sistem.
  2. Klik tab Privasi
  3. Klik Automasi dalam menu.
  4. Klik ikon kunci untuk membuka kunci keutamaan sistem anda.
  5. Tanda rait atau buang tanda rait kotak di sebelah setiap aplikasi untuk menghidup atau melumpuhkan automasi.
  6. Klik ikon mangga sekali lagi untuk mengunci semula keutamaan sistem.
  7. Mulakan semula aplikasi desktop Dropbox.

Saya seorang pentadbir sistem Dropbox Business. Bagaimanakah saya menguruskan keizinan untuk pengguna yang tidak mempunyai akses pentadbir?

Pada macOS 10.14 Mojave, Apple telah menyediakan keupayaan untuk menguruskan tetapan kebolehcapaian kepada pentadbir sistem. Ini dilakukan bagi pihak pengguna menerusi Muatan Profil Kawalan Dasar Keutamaan Privasi jika ia disampaikan melalui MDM Diluluskan Pengguna (UAMDM). Profil ini tidak tersedia pada versi High Sierra (10.13) ke bawah. Organisasi harus menyelaras dan menguji perubahan-perubahan ini dengan Apple dan vendor MDM mereka untuk mengesahkan bahawa kefungsian ini memenuhi keperluan mereka. Tiada mekanisme automasi lain untuk menguruskan Keutamaan Privasi dan Kebolehcapaian pada sistem macOS. 

Untuk maklumat lanjut dan bantuan, sila rujuk:

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan