Laman web Dropbox yang baru: Gambaran umum

Artikel ini membincangkan versi baru laman web Dropbox, yang mana boleh didapati melalui akses awal untuk pasukan Dropbox Business. Sesetengah pengguna Basic dan Pro sudah pun mempunyai akses kepada versi baru, dan ia akan dilancarkan kepada semua orang sepanjang bulan depan. Pentadbir Dropbox Business boleh pilih untuk bermula sekarang.

Ketahui lebih lanjut.

Untuk menjadikan dropbox.com jauh lebih baik dan lebih mudah untuk digunakan, kami melancarkan reka bentuk yang dikemas kini. Beberapa perkara telah berubah dengan versi berwajah baru dropbox.com:

Navigasi yang lebih mudah

Navigasi laman web Dropbox dipermudahkan dalam reka bentuk yang baru. Klik Fail dari halaman utama anda untuk melihat Terbaru, Perkongsian, Permintaan Fail, dan Fail Terhapus. Klik Perkongsian untuk melihat tab Pautan .

Paper kini terletak dalam navigasi yang muncul pada halaman utama, bukannya di bawah Fail, seperti pada reka bentuk yang lama.

Untuk mengakses Foto, layari photos.dropbox.com. Foto mempunyai navigasi yang diperkemas, membolehkan anda melihat dengan mudah Garis masa dan Album anda.

Untuk mengakses Acara, layangkan tetikus di atas nama fail dalam folder kongsian dan klik kotak rait untuk melihat pilihan Acara . Untuk memulihkan fail terhapus dalam reka bentuk yang baru halaman acara, klik nama fail terhapus atau fail, dan kemudian klik Pulihkan pada skrin yang muncul.

Bantuan, Privasi, dan ikon pilihan lain (…) kini berada pada sudut bawah tab Fail saya .


reka bentuk dropbox yang baru

Bertukar antara akaun yang dipautkan

Untuk bertukar ke akaun peribadi anda dari akaun perniagaan anda, klik nama pasukan anda pada bahagian kiri bawah menu navigasi pada halaman utama. Anda akan melihat pilihan untuk memilih akaun peribadi anda. Klik nama anda sekali lagi untuk melihat pilihan untuk bertukar kembali kepada akaun perniagaan anda.

Dalam reka bentuk yang lama, anda boleh mengubah akaun yang mana dipaparkan mengikut halaman demi halaman. Dalam reka bentuk yang baru, anda akan dapat lihat satu dari akaun anda dipaparkan pada setiap halaman sehingga anda bertukar akaun. Apabila anda membuat carian atau melihat pemberitahuan, anda hanya dapat melihat hasil untuk akaun yang anda sedang gunakan, bukan untuk kedua-dua akaun anda.


reka bentuk dropbox yang baru

Kotak rait membolehkan anda mengambil tindakan pada fail atau folder

Dalam reka bentuk yang lama, anda perlu klik kanan untuk mengambil tindakan pada fail dan folder. Untuk mengambil tindakan pada fail dan folder dalam versi yang baru:

  1. Gerakkan tetikus anda di atas namanya.
  2. Klik ikon kotak rait.
  3. Pilih dari pilihan yang muncul pada sebelah kanan.

Menggerakkan tetikus anda di atas nama fail atau folder juga akan menunjukkan ikon elipsis (…). Klik ikon elipsis (…) untuk pilihan tambahan, seperti Tambah komen, Namakan semula, atau Hapuskan. Klik ruang putih di sebelah nama fail atau folder untuk membukanya.

Untuk mengambil tindakan pada semua fail dan folder yang dipaparkan pada halaman, klik kotak rait di sebelah Nama pada bahagian atas halaman.

Perhatian: Jika anda mempunyai tetingkap pelayar aktif yang berlainan, kotak rait tidak akan muncul apabila anda melayangkan tetikus di atas nama fail atau folder. Klik tetingkap pelayar untuk menjadikannya tetingkap yang aktif.

Lihat ahli pasukan anda

Pengguna Dropbox Business dapat melihat nama pasukan mereka pada bahagian bawah menu navigasi dalam halaman utama. Untuk melihat senarai ahli, klik nama pasukan anda dan kemudian klik Kumpulan dan Ahli.

Kembali kepada versi terdahulu

Dalam tempoh akses awal, anda boleh kembali kepada reka bentuk terdahulu dropbox.com dari Tetapan Akaunanda. Buang tanda rait pada kotak di sebelah Pilih masuk ke reka bentuk laman web Dropbox yang baru untuk memilih keluar.

Kami akan melancarkan reka bentuk yang baru kepada semua orang dalam beberapa bulan yang akan datang. Apabila ia dilancarkan kepada semua orang, ia tidak lagi boleh dikembalikan kepada versi terdahulu.

Untuk Pentadbir

Memilih masuk untuk akses awal bagi reka bentuk yang baru dropbox.com berfungsi sedikit berlainan dari sesetengah ciri-ciri kami yang lain. Untuk reka bentuk yang baru:

  • Pentadbir boleh memilih masuk untuk hanya akaun mereka sendiri sahaja, atau mereka boleh memilih masuk keseluruhan pasukan mereka
  • Sesiapa sahaja dalam pasukan boleh memilih keluar akaun mereka secara individu semasa tempoh akses awal
Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu