Cara menamakan semula fail atau folder

Anda boleh menamakan semula fail atau folder dalam Dropbox anda dengan tiga cara yang berlainan:

  • Di dropbox.com
  • Daripada apl mudah alih Dropbox
  • Daripada aplikasi desktop Dropbox

Anda juga boleh menamakan semula folder kongsian.

  • Perhatian: Folder kongsian yang dinamakan semula hanya dicerminkan dalam Dropbox anda. Menghadkan penamaan semula ke Dropbox anda membantu mengelakkan kekeliruan bagi ahli-ahli folder kongsian.

Menamakan semula di dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Layangkan tetikus ke atas nama fail atau folder dan klik "..." (elipsis).
  4. Klik Namakan semula.

Menamakan semula pada peranti mudah alih

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan anak panah juntai bawah di sebelah kanan fail atau folder yang anda ingin namakan semula.
  3. Pilih Namakan semula daripada menu yang muncul di bahagian bawah skrin anda.

Namakan semula fail

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan ikon ... (elipsis) di sebelah nama fail yang ingin ditukar.
  3. Tekan Namakan semula.

Semasa melihat fail, anda juga boleh menamakannya semula dari menu tindakan fail (...).

Namakan semula folder

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan ikon ... (elipsis) di sebelah nama folder yang ingin ditukar.
  3. Tekan Tetapan Folder. Atau, jika ia folder kongsian, tekan Tetapan Folder Kongsian.
  4. Tekan nama folder.

Menamakan semula pada apl desktop Dropbox

Pada komputer anda, namakan semula fail atau folder seperti biasa. Contohnya, klik fail, tunggu sebentar, kemudian klik nama fail sekali lagi untuk menyunting.

Nama baru muncul pada semua peranti yang dipautkan dengan akaun Dropbox anda dan di dropbox.com.

Perhatian: Proses ini berbeza untuk folder kongsian.

Ketahui lebih lanjut tentang menamakan folder kongsian.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan