Apakah keperluan sistem untuk menjalankan Dropbox?

Dropbox mengesyorkan supaya anda sentiasa menggunakan kemas kini terbaru untuk sistem pengendalian atau peranti anda untuk menjamin keserasian. Pilih daripada pilihan di bawah untuk melihat senarai syarat keperluan untuk menjalankan Dropbox.

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Syarat keperluan sistem untuk aplikasi desktop Dropbox

Aplikasi desktop berjalan pada sistem pengendalian Windows, Mac, dan Linux. Untuk menjalankan aplikasi Dropbox pada komputer, anda perlukan:

Perhatian untuk aplikasi desktop

  • Selain daripada sistem pengendalian yang disokong, Dropbox memerlukan sistem fail yang menyokong atribut lanjutan (xattrs). Sistem fail lalai (cth. NTFS, HFS, ext4, APFS) untuk sistem pengendalian yang disokong menyokong atribut lanjutan.
  • Jika anda menjalankan sistem pengendalian yang disokong, tetapi anda mendapat mesej bahawa komputer anda tidak disokong, anda mungkin sedang menjalankan Dropbox dalam konfigurasi yang tidak disokong.
  • Jika anda menjalankan versi lama sistem pengendalian, anda mungkin menerima pemberitahuan e-mel daripada Dropbox bahawa ia tidak lagi disokong.
  • Dropbox berfungsi paling baik apabila ia adalah satu-satunya aplikasi desktop yang berantara muka dengan folder Dropbox. Kami tidak menyokong menjalankan beberapa aplikasi desktop Dropbox pada komputer yang sama, ataupun aplikasi penyelarasan lain yang berantara muka dengan Dropbox.

Syarat keperluan sistem untuk laman web Dropbox (dropbox.com)

Anda boleh memindah dan memuat turun fail dari dropbox.com menggunakan kebanyakan pelayar moden. Bagaimanapun, dropbox.com berfungsi paling baik pada dua versi yang paling baru:

Sesetengah ciri mungkin tidak disokong sepenuhnya pada versi lama pelayar ini, atau pada pelayar yang tiada dalam senarai ini.

Syarat keperluan sistem untuk aplikasi Dropbox iOS

  • iOS 10 atau lebih baru
  • Peranti yang serasi dengan iOS 10
  • ID Apple untuk mengakses App Store

Muat turun aplikasi Dropbox untuk iPhone dan iPad.

Versi mudah alih Dropbox sepatutnya berfungsi pada mana-mana pelayar web, pada sebarang peranti: http://m.dropbox.com.

Syarat keperluan sistem untuk aplikasi Dropbox Android

  • Android OS 4.4 ke atas

Muat turun aplikasi Dropbox untuk Android.

Versi Dropbox yang optimum mudah alih sepatutnya berfungsi pada mana-mana peranti. Hanya layari dropbox.com pada pelayar mudah alih anda.

Syarat keperluan sistem untuk aplikasi Dropbox Windows

  • Windows Phone atau tablet Windows
  • Versi terkini sistem pengendalian mudah alih Windows:
    • Telefon: Phone 8.0 atau lebih baru
    • Tablet: Windows 8.1 atau Windows RT
  • Akaun Microsoft untuk mengakses Gedung Windows (tablet) atau Gedung Windows Phone (telefon)

Muat turun aplikasi Dropbox untuk Windows Phone.

Muat turun aplikasi Dropbox untuk tablet Windows.

Versi Dropbox yang optimum mudah alih sepatutnya berfungsi pada mana-mana peranti. Hanya layari dropbox.com pada pelayar mudah alih anda.

Syarat keperluan sistem untuk Dropbox Paper

paper.dropbox.com

Apl mudah alih Dropbox Paper

Apl iOS

  • iOS 10 atau lebih baru
  • Peranti serasi dengan iOS 10
  • iPhone, iPad, dan iPod Touch

Apl Android

  • Android OS 5.0 atau lebih baru

Syarat keperluan sistem untuk pemasang Dropbox Linux

Dropbox menyokong persekitaran desktop berikut:

  • Ubuntu (Unity) dan GNOME Classic, sokongan penuh menggunakan pakej dalam halaman pemasangan kami.
  • XFCE disokong jika kebergantungan Nautilus sepadan dipasang.
  • GNOME shell memaparkan tindihan fail secara natif, tetapi memerlukan lanjutan TopIcons untuk mendapat penunjuk apl (ikon dulang).

Jika persekitaran desktop anda tidak disokong, anda boleh gunakan baris perintah Linux untuk mengawal Dropbox.

Dropbox menggunakan Qt 5.5, dan oleh itu memerlukan perisian berikut untuk berfungsi dalam persekitaran desktop:

  • GTK 2.12 ke atas
  • GLib 2.22 atau lebih baru
  • Libnotify 0.4.4 ke atas
  • Libappindicator 1.0
  • Nautilus 2.30.0 atau ke atas

Kod sumber pemasang Nautilus diterbitkan di bawah lesen MIT, dan terdapat laporan mengatakan tentang pembangunan dari kod sumber untuk pelbagai versi Gentoo, Arch Linux, OpenSUSE dan Debian. Hasil yang anda dapat mungkin berbeza.

Sokongan untuk pengalamatan IPv6

Aplikasi desktop Dropbox menyokong penyambungan pada rangkaian yang menggunakan pengalamatan IPv6. 

Syarat-syarat

  • Versi terkini aplikasi desktop Dropbox yang berfungsi
  • Gerbang laluan DNS64/NAT64 yang berfungsi

Dropbox mengesan protokol alamat yang digunakan di dalam rangkaian secara automatik. Jika rangkaian dalaman anda menggunakan pengalamatan IPv6, maka aplikasi desktop beroperasi dalam persekitaran ini.

Pelaksanaan IP dwitindan (atau dwitindan natif)

Dengan pelaksanaan IP dwi-tindanan di mana kedua-dua IPv6 dan IPv4 tersedia, Dropbox menggunakan rangkaian IPv6 secara lalai. Jika pengalamatan IPv6 perlahan untuk diselesaikan, apl menggunakan IPv4 secara lalai.

Perhatian: Penyelarasan LAN menggunakan IPv4. Jika rangkaian anda hanya menyokong IPv6, maka anda tidak boleh menggunakan penyelarasan LAN.

Komputer saya tidak lagi disokong, atau tidak akan disokong tidak lama lagi. Apakah yang harus saya lakukan?

Kami kerap mengeluarkan versi baru aplikasi Dropbox dengan ciri-ciri tambahan, prestasi yang lebih baik, serta keselamatan yang dipertingkat. Versi ini kadangkala tidak serasi dengan sistem pengendalian yang lebih lama. Secara berkala, kami akan menamatkan sokongan aplikasi Dropbox untuk sistem pengendalian ini bagi memastikan penawaran produk kami sejajar. Ini termasuklah perubahan terbaru yang berikut:

macOS

  • Pada Mei 2015, aplikasi desktop Dropbox telah berhenti menyokong Mac OS versi OS X 10.4 dan OS X 10.5
  • Pada Januari 2018, aplikasi desktop Dropbox telah berhenti menyokong macOS versi OS X 10.6 dan OS X 10.7

Windows

  • Pada Ogos 2016, aplikasi desktop Dropbox telah berhenti menyokong versi Windows XP
  • Pada Januari 2018, aplikasi desktop Dropbox telah berhenti menyokong versi Windows Vista

Jika anda sedang menggunakan aplikasi desktop Dropbox pada komputer dengan salah satu sistem pengendalian ini, dan anda memilih untuk tidak mengemas kini, fail-fail anda akan kekal selamat dalam akaun Dropbox anda. Anda boleh mengaksesnya daripada peranti lain yang disokong, atau di dropbox.com jika anda menggunakan pelayar yang disokong.

Apakah maksudnya untuk saya?

Apabila satu sistem pengendalian tidak lagi disokong, aplikasi Dropbox akan berhenti menyelaraskan perubahan fail atau folder. Anda juga akan didaftar keluar daripada aplikasi desktop Dropbox pada komputer itu.

Untuk terus menggunakan aplikasi desktop Dropbox pada komputer itu selepas sokongan ditamatkan untuk sistem pengendalian anda, anda perlu mengemas kini sistem pengendalian anda kepada versi yang disokong.

Untuk melihat versi sistem pengendalian yang sedang dijalankan pada komputer anda:

  1. Layari halaman akaun Dropbox.
  2. Tatal ke Peranti.
  3. Di bawah Aktiviti terbaru, layangkan tetikus di atas ikon "i" untuk melihat sistem pengendalian peranti itu.

Pentadbir Dropbox Business

Anda boleh menyemak jika ahli pasukan anda sedang menjalankan aplikasi desktop Dropbox pada sistem pengendalian lama yang tidak lagi disokong:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Layari pautan berikut: https://www.dropbox.com/team/admin/settings/end_of_support

Saya mendapat e-mel tentang perkara ini, tetapi saya tidak menjalankan salah satu sistem pengendalian yang disenaraikan dalam artikel ini

Jika anda menerima e-mel tentang penamatan sokongan tetapi anda tidak menjalankan salah satu sistem pengendalian yang disebut dalam artikel ini, aplikasi Dropbox mungkin sedang berjalan dalam konfigurasi yang tidak disokong. Sila semak senarai sistem pengendalian yang disokong dan sila ambil perhatian bahawa versi yang tidak disenaraikan di sana adalah tidak disokong.

Jika anda menggunakan Windows, pastikan bahawa Dropbox tidak berjalan dalam mod keserasian. Untuk menjalankan aplikasi desktop Dropbox, anda perlu lumpuhkan mod keserasian.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan