Bagaimana untuk menyahpasang Dropbox

Menyahpasang apl desktop Dropbox akan membuang Dropbox daripada komputer anda. Sebaik sahaja Dropbox dibuang, menu Dropbox tidak akan kelihatan lagi dan Dropbox tidak lagi akan melaras fail di dalam folder Dropbox anda. Menyahpasang Dropbox tidak akan menghapuskan akaun Dropbox anda atau membuang fail dalam folder Dropbox daripada cakera keras anda.

Pilih sistem untuk arahan anda:

Linux

Nyahpasang apl desktop pada Linux

Bergantung kepada sistem pengendalian anda dan pakej yang digunakan semasa pemasangan, baris arahan tertentu dimasukkan ke dalam tetingkap terminal anda akan menyahpasang apl desktop. Salin dan tampal arahan berikut satu demi satu ke dalam tetingkap terminal anda, menekan Enter selepas setiap arahan. Jika beberapa arahan yang disenaraikan menghasilkan ralat, jangan bimbang. Pada arahan terakhir, apl desktop akan berjaya dinyahpasang daripada komputer anda.


dropbox stop
dropbox status  # Should report "not running"
rm -rf ~/.dropbox-dist
rm -rf /var/lib/dropbox
rm -rf ~/.dropbox*
sudo apt-get remove nautilus-dropbox
sudo apt-get remove dropbox
rm /etc/apt/source.d/dropbox

Buang fail dalam Folder Dropbox anda

Jika anda mahu membuang fail di dalam folder Dropbox daripada cakera keras anda, masukkan arahan berikut ke dalam terminal anda dan tekan Enter. Arahan ini mungkin perlu diubah jika folder Dropbox anda tiada di lokasi lalai.

rm -rv ~/Dropbox

Sedia maklum bahawa tindakan ini akan menghapuskan folder Dropbox tempatan anda. Sebarang fail dalam folder Dropbox tempatan anda yang tidak diselaras tidak akan boleh didapati di dropbox.com.

Mac

Nyahpasang apl desktop pada Mac OS X

  1. Klik ikon Dropbox di dalam bar menu.
  2. Klik ikon gear dan pilih Keutamaan...
  3. Pilih tab Akaun.
  4. Klik Nyahpaut Dropbox Ini...
  5. Klik ikon Dropbox daripada bar menu sekali lagi.
  6. Klik ikon gear dan pilih Keluar Dropbox.
  7. Buka folder Applications falam Finder.
  8. Seret fail apl Dropbox daripada  Applications  ke dalam Trash.

Folder Dropbox anda dan kandungannya akan kekal tidak diusik. Jika anda mahu membuang juga, anda boleh seret dan lepaskan folder Dropbox anda ke Trash.

Buang fail dalam Folder Dropbox anda

Jika anda mahu membuang fail di dalam folder Dropbox daripada cakera keras anda, seret folder Dropbox anda ke Trash.

Tindakan ini akan menghapuskan folder Dropbox tempatan anda. Sebarang fail dalam folder Dropbox tempatan anda yang tidak diselaras tidak akan boleh didapati di dropbox.com.

Jika anda menghadapi masalah menyahpasang apl Dropbox, ikuti langkah berikut:

  1. Buka Activity Monitor. Utiliti ini biasanya terletak di dalam folder “Applications”, di bawah “Utilities”.
  2. Dalam Activity Monitor, cari baris yang bertulis “Dropbox”. 
  3. Klik pada baris yang bertulis “Dropbox”.
  4. Klik X untuk memaksa keluar proses tersebut.
  5. Ulang langkah 3 dan 4 bagi setiap baris yang bertulis “Dropbox”.
  6. Cuba nyahpasang Dropbox sekali lagi.

(Pilihan) Nyahpasang menu kontekstual Dropbox:

  1. Buka Finder dan pilih Go to folder... dari menu Go (atau tekan Shift+Command+G).
  2. Kotak dialog sepatutnya muncul. Salin dan tampal baris berikut ke dalam kotak tersebut dan tekan kekunci return :
                    /Library                
    
  3. Hapuskan folder DropboxHelperTools dengan mengalihkannya ke Trash.

(Pilihan) Membuang tetapan aplikasi Dropbox anda:

  1. Buka Finder dan pilih Go to folder... dari menu Go (atau tekan Shift+Command+G).
  2. Kotak dialog akan muncul. Sekarang salin dan tampal baris barikut ke dalam kotak tersebut dan tekan kekunci return:
                      ~/.dropbox              
    
  3. Untuk membuang tetapan sistem aplikasi Dropbox anda, pilih semua fail di dalam folder dan seret dan lepaskannya ke dalam Trash.

 

Windows

Nyahpasang apl desktop pada Windows 

  1. Cari Control Panel pada skrin Start dan pilih.
  2. Di bawah Programs, pilih Uninstall a program.
  3. Pilih Dropbox daripada senarai program.
  4. Klik Uninstall.
  5. Mulakan semula komputer anda untuk melengkapkan nyahpasang.

Nyahpasang Dropbox jika ia dipramuat pada komputer anda

Jika pengeluar komputer anda mempramuat Dropbox, anda mungkin turut perlu menyahpasang perisian promosi yang datang dengan peranti anda. Untuk melakukannya:

  1. Lancarkan utiliti Add/Remove Programs.
    • Windows 8:
      1. Klik Start.
      2. Klik Apps.
      3. Klik Control Panel.
      4. Klik Uninstall a program.
    • Windows 10:
      1. Klik Start.
      2. Klik Tetapan.
      3. Klik System.
      4. Klik Apps & features.
  2. Pilih Dapatkan Dropbox atau Dropbox X GB daripada senarai aplikasi, di mana "X" adalah jumlah ruang yang selari dengan promosi anda.
  3. Klik Uninstall.
  4. Mulakan semula komputer anda untuk melengkapkan nyahpasang.

Buang fail dalam Folder Dropbox anda

Jika anda mahu membuang fail di dalam folder Dropbox daripada cakera keras anda, seret folder Dropbox anda ke Recycle Bin.

Tindakan ini akan menghapuskan folder Dropbox tempatan anda. Sebarang fail dalam folder Dropbox tempatan anda yang tidak diselaras tidak akan boleh didapati di dropbox.com.

Jika anda menghadapi masalah menyahpasang apl Dropbox, ikuti langkah berikut:

Memasang semula versi terkini Dropbox dapat membaiki proses nyahpasang.

  1. Muat turun apl Dropbox. Pemasang akan memuat turun secara automatik. 
  2. Klik dua kali pada fail yang dimuat turun.
  3. Selepas pemasangan selesai, klik ikon Dropbox dalam dulang sistem.
  4. Klik ikon gear.
  5. Klik Keluar Dropbox
  6. Cuba nyahpasang Dropbox sekali lagi.

Jika apl masih tidak dinyahpasang, ikuti langkah berikut untuk menyahpasang secara manual:

  1. Buka Windows File Explorer. 
  2. Salin baris ini dan tampal ke dalam bar alamat. Tekan Enter.

3.   Dalam “Program Files,” buka folder “Dropbox”, kemudian buka folder “Client”.

4.   Dalam “Client,” anda akan dapat melihat fail bernama DropboxUninstaller.exe. Klik dua kali pada fail ini untuk menjalankan penyahpasang. 

Jika penyahpasang gagal atau tidak dapat dimulakan, cuba jalankan penyahpasang sebagai pentadbir.

  1. Klik kanan DropboxUninstaller.exe
  2. Pilih Run as Administrator
  3. Masukkan nama pengguna dan kata laluan pentadbir komputer apabila diminta.
  4. Ikuti langkah dalam pemasang tersebut. 

Ketahui lebih lanjut

Buang fail tetapan

Menyahpasang Dropbox menggunakan langkah-langkah di atas akan membuang Dropbox daripada cakera keras anda. Anda juga boleh membuang fail tetapan Dropbox daripada folder Data Aplikasi anda.

  1. Dalam mana-mana tetingkap Windows Explorer (program yang anda lihat fail komputer anda dengannya), salin dan tampal kod berikut pada bar lokasi di bahagian atas tetingkap dan tekan Enter:
    %APPDATA%
    
    Ini akan membawa anda ke folder Application Data anda.
  2. Pindahkan folder bernama Dropbox ke Recycle Bin.
  3. Tampal kod berikut ke dalam bar lokasi di bahagian atas tetingkap dan tekan Enter:
    %LOCALAPPDATA%
    
    Ini akan membawa anda ke folder Application Data , yang mungkin juga mengandungi folder Dropbox untuk dipindahkan ke Recycle Bin.

Topik-topik Berkaitan:

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan