{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Sokongan untuk Windows XP telah ditamatkan

Bermula 29 Ogos 2016, apl desktop Dropbox tidak lagi menyokong Windows XP. Pada tarikh ini, mana-mana akaun Dropbox yang dipautkan ke komputer Windows XP telah didaftar keluar. Anda boleh mendaftar masuk semula setelah anda mengemas kini kepada Windows Vista atau versi Windows yang lebih baru.

Jika anda didaftar keluar daripada akaun Dropbox anda, sila sedia maklum bahawa tiada perubahan akan dilakukan terhadap akaun anda. Fail dan foto anda akan selamat. Anda akan masih dapat mengakses akaun anda—atau mencipta yang baru—di dropbox.com atau pada komputer dan peranti mudah alih serasi yang lain.

Apakah maksudnya untuk saya?

Jika anda menjalankan Dropbox pada komputer Windows XP, anda perlu mengemas kini sistem pengendalian anda kepada Windows Vista atau versi yang lebih baru dengan mengikut arahan di laman sokongan Microsoft.

Untuk menyemak versi Windows mana yang sedang dijalankan oleh komputer anda, semak senarai peranti yang dipautkan pada halaman keselamatan akaun anda. Melayangkan tetikus ke atas pilihan i dalam lajur aktiviti akan memaparkan sistem pengendalian peranti.

Bagaimana dengan fail saya?

Walaupun jika anda tidak mengemas kini sistem pengendalian anda, fail anda akan kekal di dalam akaun Dropbox anda dan akan masih boleh diakses daripada peranti lain yang disokong dan di dropbox.com.

Mengapakah in terjadi?

Kami kerap mengeluarkan versi apl Dropbox baru dengan ciri-ciri tambahan, prestasi yang lebih baik, serta keselamatan yang dipertingkat, dan versi ini kadang kala tidak serasi dengan sistem pengendalian yang lebih lama.

Microsoft telah berhenti menyokong Windows XP pada April 2014. Kami telah menamatkan sokongan apl Dropbox untuk Windows XP untuk memastikan penawaran produk kami sejajar.

Artikel-artikel lain

Saya tidak menggunakan Windows XP, tetapi saya masih diarahkan untuk mengemas kini sistem pengendalian saya—kenapa?

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan