Perjanjian Program Alpha Dropbox

Dikemas kini Oct 03, 2023

Disiarkan: 13 Disember 2018

Dropbox, Inc. dan sekutunya (“Dropbox” atau “kami”) berhasrat untuk memberi anda akses awal kepada beberapa ciri dan fungsi kami yang masih dalam peringkat ujian. Produk atau ciri-ciri ini dikenal pasti sebagai alfa, beta, pratonton, akses awal atau penilaian, atau perkataan atau frasa dengan makna yang serupa (“Produk Alpha”), dan disediakan untuk anda supaya kami boleh mendapatkan maklum balas anda (“Tujuan”). Dengan menyertai Program Dropbox Alpha dan menggunakan Produk Alpha, anda bersetuju untuk terikat dengan perjanjian ini. Jika anda membuat perjanjian ini bagi pihak sebuah organisasi, anda mewakili dan menjamin bahawa anda mempunyai kebenaran untuk mengikat organisasi anda dan ahli pasukan Dropbox anda dengan perjanjian ini.

Produk Alpha

Anda akan menerima Produk Alpha kami semasa kami masih cuba untuk menyelesaikan isu kecil dan sebelum kami melancarkan ciri-ciri dan kefungsian ini secara rasmi kepada semua pelanggan lain. Oleh itu dan walau apa pun yang bertentangan dalam perjanjian ini atau mana-mana perjanjian lain antara anda dan Dropbox: (a) anda boleh menggunakan atau menolak untuk menggunakan mana-mana Produk Alpha; (b) Produk Alpha mungkin tidak disokong dan boleh ditukar pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda; (c) Produk Alpha mungkin tidak begitu boleh diharapkan atau tersedia seperti produk atau perkhidmatan Dropbox yang lain; (d) Produk Alpha tidak tertakluk kepada langkah keselamatan dan pengauditan yang mungkin sama seperti produk atau perkhidmatan Dropbox yang lain; dan (e) DROPBOX TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN MANA-MANA PRODUK ALPHA—SEGALA KEMUNGKINAN ADALAH ATAS TANGGUNGAN ANDA SENDIRI. Dalam kebanyakan keadaan, kami akan menggantikan Produk Alpha dengan versi baru sebelum pelancaran rasmi.

Penggunaan Produk Alpha oleh anda juga ditadbir oleh terma perkhidmatan kami (termasuk Perjanjian pasukan Dropbox, jika berkenaan) dan dasar privasi kami. Dalam keadaan yang terdapat percanggahan antara perjanjian ini dan terma perkhidmatan tersebut dan dasar privasi (khususnya istilah yang berkaitan dengan perlakuan terhadap Produk Alpha) terma perjanjian ini akan diguna pakai.

Maklumat Sulit

Maklumat Sulit” bermakna sebarang maklumat teknikal atau perniagaan yang didedahkan oleh kami kepada anda yang ditetapkan sebagai sulit atau yang seharusnya wajar difahami sebagai sulit (ini termasuk Produk Alpha kami).

Kami menghargai usaha anda untuk melindungi Maklumat Sulit kami dan memastikan kerahsiaan ciri-ciri dan kefungsian baru sehingga pelancaran rasmi. Anda boleh menggunakan Maklumat Sulit hanya untuk Tujuan. Anda akan mengambil langkah-langkah wajar untuk melindungi Maklumat Sulit, dan sekurang-kurangnya langkah-langkah yang anda ambil untuk melindungi maklumat sulit anda sendiri yang bersifat serupa. Anda tidak akan mendedahkan Maklumat Sulit kepada mana-mana pihak ketiga. Anda boleh mendedahkan Maklumat Sulit setakat yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan jika anda memberi kami notis bertulis awal yang munasabah (setakat yang dibenarkan) supaya kami boleh bertindak untuk menghalang atau membataskan pendedahan.

Kewajipan kerahsiaan dan penggunaan ke atas anda tidak terpakai setakat mana-mana Maklumat Sulit yang:

  1. diketahui umum atau tersedia kepada orang awam, tanpa melalui tindakan atau perbuatan anda;
  2. telah diketahui, tanpa batasan, sebelum menerimanya daripada kami;
  3. diperolehi secara sah daripada pihak ketiga yang mempunyai hak untuk mendedahkannya tanpa batasan; atau
  4. dibangunkan secara bebas tanpa mengakses sebarang Maklumat Sulit.

Kami akan mengekalkan semua hak, hak milik dan kepentingan bagi Maklumat Sulit. Perjanjian ini tidak memberi anda sebarang hak harta intelek atau hak kami yang lain, kecuali hak terhad untuk menggunakan Maklumat Sulit untuk Tujuan.

Mana-mana pihak tidak akan menggunakan nama pihak yang satu lagi secara terbuka ataupun merujuk kepada Maklumat Sulit secara terbuka atau penyertaan dalam Program Alpha tanpa kebenaran bertulis daripada pihak yang satu lagi, yang mestilah tidak ditahan atau ditangguhkan secara tidak munasabah.

Penggunaan atau pendedahan Maklumat Sulit yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki, dan dengan itu kami boleh mendapatkan relief saksama yang segera untuk menghalang sebarang penggunaan atau pendedahan Maklumat Sulit yang tidak dibenarkan, sebagai tambahan kepada hak dan remedi yang kami miliki.

Kajian dan Maklum Balas Pengguna

Anda mungkin dijemput untuk mengambil bahagian dalam kajian pengguna dalam talian atau peribadi yang dikendali dan dirakamkan oleh kami. Kami akan memiliki sebarang rakaman kajian dan anda memberi kami kebenaran untuk menggunakan rakaman (atau hasil lain) kajian untuk tujuan penyelidikan dalaman dan pembangunan produk kami.

Kami menghargai sebarang maklum balas—seperti komen lisan atau bertulis, cadangan, laporan ralat, dan analisis (“Maklum Balas”)—yang anda berikan kepada kami mengenai Maklumat Sulit kami. Anda bersetuju dan dengan ini memberi kami semua hak, hak milik, dan kepentingan dalam Maklum Balas dan bersetuju untuk memberi kami sebarang bantuan yang kami perlukan untuk merekod dan mengekalkan hak kami dalam Maklum Balas.

Perisian

Sesetengah Produk Alpha kami membenarkan anda memuat turun perisian klien yang sedang kami uji yang merupakan sebahagian daripada Program Alpha ("Perisian Alpha"), yang mungkin dikemas kini secara automatik. Selagi anda mematuhi perjanjian ini, kami memberi anda lesen yang terhad, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, dan boleh dibatalkan untuk menggunakan Perisian Alpha, semata-mata untuk mengakses Produk Alpha. Setakat mana sebarang komponen Perisian Alpha boleh ditawarkan di bawah lesen sumber terbuka, kami akan menyediakan lesen itu kepada anda dan peruntukan lesen tersebut boleh mengatasi perjanjian ini dengan nyata. Melainkan sekatan berikut dilarang oleh undang-undang, anda bersetuju untuk tidak membalikkan kejuruteraan atau menguraikan Perkhidmatan, cuba untuk berbuat demikian, atau membantu sesiapa sahaja untuk berbuat demikian.

Penamatan

Mana-mana pihak boleh menamatkan perjanjian ini pada bila-bila masa atas sebarang sebab dengan notis bertulis terlebih dahulu (e-mel diterima). Kami boleh menamatkan akses anda kepada Produk Alpha pada bila-bila masa atas sebarang alasan. Atas permintaan bertulis (e-mel diterima) atau penamatan perjanjian ini, anda akan berhenti menggunakan Maklumat Sulit dengan serta-merta. Kewajipan berkenaan dengan Maklumat Sulit yang telah didedahkan akan bertahan selama 5 tahun selepas pendedahan.

Pindaan

Kami boleh menyemak perjanjian ini dari semasa ke semasa dan versi terkini akan sentiasa disiarkan pada laman web kami. Jika kami berpendapat bahawa semakan adalah penting, kami akan memaklumkan kepada anda (contohnya melalui e-mel ke alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda). Semakan lain akan dihantar ke laman web kami, oleh itu sila semak dengan kerap. Dengan meneruskan untuk mengakses atau menggunakan Produk Alpha selepas semakan berkuat kuasa, anda bersetuju untuk terikat dengan perjanjian yang disemak semula. Jika anda tidak bersetuju dengan terma baru, sila berhenti menggunakan Produk Alpha.

Pelbagai

Perjanjian ini ditadbir oleh undang-undang California kecuali jika bercanggah dengan prinsip undang-undang. Semua tuntutan yang timbul daripada atau berkenaan dengan perjanjian ini mesti dikendalikan melalui proses litigasi secara eksklusif dalam mahkamah persekutuan atau negeri di daerah San Francisco, California, tertakluk pada peruntukan timbang tara mandatori dalam terma perkhidmatan kami. Kedua-dua pihak bersetuju dengan tempat dan bidang kuasa peribadi di mahkamah berkenaan. Walau bagaimanapun, sesetengah negara (termasuk negara di Kesatuan Eropah) mempunyai undang-undang yang mewajibkan perjanjian ditadbir oleh undang-undang tempatan negara pengguna atau yang memberikan hak kepada pengguna untuk membawa pertikaian di mahkamah tempatan mereka. Perenggan ini tidak akan mengatasi undang-undang tersebut. Perjanjian ini ialah satu pernyataan lengkap dan eksklusif yang berkenaan dengan isi kandungan perjanjian dan menggantikan semua perjanjian sebelum ini atau semasa. Kegagalan untuk menguatkuasakan sebarang peruntukan dalam perjanjian ini bukanlah penepian hak. Jika sebarang peruntukan tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan lain akan terus berkuat kuasa. Anda boleh menyerahkan perjanjian ini, secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak satu lagi, dan sebarang penyerahan dalam cara lain adalah tidak sah. Perjanjian ini tidak mencipta sebarang usaha sama atau perhubungan perkongsian. Tiada benefisiari pihak ketiga bagi perjanjian ini.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan