Apakah percanggahan kod Unicode?

Percanggahan kod Unicode berlaku apabila dua fail atau dua folder dengan nama yang sama disimpan di lokasi yang sama dalam akaun Dropbox anda. Untuk menyelesaikannya, Dropbox akan menambah salah satu dengan perkataan (Percanggahan Kod Unicode).

Jenis percanggahan ini berlaku dengan nama fail yang mengandungi aksara yang disulitkan dengan Unicode. Jika dua nama fail kelihatan sama tetapi disulitkan dengan cara lain, Dropbox akan menterjemahnya supaya memiliki nama fail yang sama.

Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?

Jika salah satu nama fail anda ditambahkan dengan perkataan (Percanggahan Kod Unicode), anda boleh menyelesaikannya dengan salah satu pilihan berikut: 

  • Biarkan sahaja kedua-dua fail atau folder, dan biarkan salah satu untuk terus mempunyai nama yang ditambah dengan (Percanggahan Kod Unicode)
  • Namakan semula salah satu fail atau folder

Bagaimana saya boleh mencegah percanggahan kod Unicode daripada berlaku lagi?

Jika anda ingin mencegah percanggahan kod Unicode pada masa akan datang, jangan cipta fail atau folder dengan nama yang sama seperti fail atau folder lain di lokasi yang sama. 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan