Cara menulis dan membalas komen dalam fail Dropbox

Anda boleh menulis komen dalam fail daripada komputer atau telefon anda. Sesiapa sahaja yang boleh mengakses fail dalam Dropbox boleh menulis komen, melainkan anda mematikan ciri komen.

Cara menulis komen dalam fail

Untuk menulis komen dalam fail daripada komputer, telefon atau tablet anda:

  1. Klik fail yang ingin dikomen, walaupun ia telah dikongsi dengan anda.
  2. Di sebelah kanan skrin anda (komputer) atau di bahagian bawah (mudah alih), klik kotak teks yang tertulis Tulis komen
  3. Taipkan komen anda.
  • Anda boleh @sebut seseorang, tambah pelekat dengan ikon muka senyum, atau komen pada kawasan tertentu fail menggunakan ikon petak.

4.  Klik Kirim.

Belajar bagaimana untuk menulis fail pada bahagian tertentu fail

Siapakah akan dimaklumkan apabila saya meninggalkan komen?

Orang berikut akan menerima e-mel dan pemberitahuan di dropbox.com dan pada peranti mereka yang bersambung: 

  • Pemilik fail
  • Sesiapa yang telah komen pada fail
  • Sesiapa sahaja yang di@sebut dalam komen anda

Perhatian: Sesiapa yang mempunyai akses untuk melihat fail boleh nampak komen fail. 

Ketahui bagaimana untuk mengubah keutamaan pemberitahuan anda.

Cara membalas komen

Untuk membalas komen:

  1. Klik fail yang ingin dikomen, walaupun ia telah dikongsi dengan anda.
  2. Di sebelah kanan skrin anda (komputer) atau di bahagian bawah (mudah alih), anda akan nampak tetingkap Komen.
  3. Layangkan tetikus anda di atas satu komen sedia ada.
  4. Klik Balas untuk membuka kotak teks.
  5. Taipkan komen anda. 
  6. Klik Kirim.

Anda juga boleh balas komen di mana anda ditag dengan membalas terus dari e-mel pemberitahuan. Respons anda akan muncul dalam tetingkap komen fail tersebut.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan