{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Mengapakah saya dihantar permintaan fail?

Jika anda menerima permintaan fail, ini bermakna bahawa seseorang dengan akaun Dropbox ingin mengumpul fail daripada anda. 

Untuk menghantar fail melalui permintaan fail, anda tidak perlukan akaun Dropbox. Jika anda sudah menggunakan Dropbox, anda boleh muat naik fail kepada permintaan fail sementara masih menyimpan fail asal dengan selamat dalam akaun Dropbox anda.

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Bagaimana untuk menghantar fail melalui permintaan fail

Untuk menghantar fail kepada pengguna Dropbox melalui permintaan fail, ikut langkah-langkah ini:

  1. Cari jemputan permintaan fail di dalam peti masuk anda dan klik butang Muat naik fail ke….
    • Orang yang meminta fail itu mungkin telah menghantar pautan permintaan fail kepada anda secara langsung. Dalam situasi ini, klik pautan itu untuk mula memuat naik fail.
  2. Klik Pilih daripada komputer atau Pilih daripada Dropbox untuk memuat naik fail. Sebagai alternatif, anda boleh seret dan lepaskan fail yang ingin dimuat naik terus ke dalam tetingkap pelayar anda.
  3. Jika anda ada lebih banyak fail untuk dimuat naik, klik +Tambah lagi fail.
  4. Setelah anda memuat naik semua fail yang diingini, anda boleh diminta untuk memasukkan nama pertama, nama keluarga, dan alamat e-mel anda supaya pengumpul fail mengetahui siapa yang memuat naik fail ini.
  5. Klik Muat naik.
    • Perhatian: Anda boleh menambah lebih banyak fail pada bila-bila masa dengan mengklik jemputan permintaan fail selagi permintaan itu dibuka. Anda tidak akan dapat mengakses fail yang anda sudah muat naik.
  6. Tanda rait hijau bermakna anda telah berjaya memuat naik fail anda ke permintaan fail.

Bagaimana saya tahu jika permintaan fail mempunyai tarikh akhir?

Jika anda menerima jemputan permintaan fail di dalam peti masuk anda, e-mel itu akan menyertakan maklumat jika terdapat tarikh akhir untuk memuat naik fail anda. Ini apa yang anda patut tahu mengenai tarikh akhir:

  • Masa dan tarikh bagi tarikh akhir adalah dalam zon masa pengumpul fail
  • Anda akan menerima satu e-mel peringatan untuk memuat naik fail sebelum tarikh akhir
  • Jika anda menghantar jemputan permintaan fail kepada seseorang yang asalnya tidak dijemput oleh pencipta permintaan itu, mereka tidak akan menerima e-mel peringatan
  • Anda tidak akan menerima e-mel jika pencipta permintaan mengemas kini tarikh akhir
  • Jika orang yang meminta fail menetapkan tempoh tangguhan, sebarang fail yang dimuat naik selepas tarikh akhir akan ditandakan sebagai lewat

Saya diminta untuk memuat naik fail, tetapi saya tidak menerima jemputan permintaan fail—apa yang telah berlaku?

Jika anda menunggu jemputan permintaan fail tetapi tidak menerimanya, cuba langkah yang berikut:

  • Semak jika jemputan permintaan fail itu pergi ke folder spam anda
  • Sahkan alamat e-mel anda dengan pengumpul fail
  • Tambah no-reply@dropbox.com kepada kenalan e-mel anda dan minta pengumpul fail untuk menghantar semula jemputan kepada anda
  • Jika langkah-langkah di atas tidak menyelesaikan isu ini, sila hubungi pembekal e-mel anda

Mengapa saya mendapat mesej ralat semasa saya cuba memuat naik fail?

Terdapat beberapa sebab mengapa anda melihat mesej ralat semasa cuba memuat naik fail kepada permintaan fail. Ini beberapa mesej ralat yang anda mungkin lihat dan bagaimana untuk membaikinya:

Ralat: Sila muat naik fail kurang daripada 2 GB.

Jika permintaan fail dicipta oleh pengguna Dropbox Basic, anda boleh memuat naik fail hingga 2 GB. Untuk fail yang lebih besar daripada 2 GB, lebih bagus jika anda gunakan pautan kongsian. Permintaan fail yang dicipta oleh ahli pasukan Dropbox Business atau pengguna Professional boleh menerima fail hingga sebesar 20 GB.

Ralat: [Nama pengumpul] tidak cukup Ruang Dropbox untuk fail-fail ini.

Minta pemungut fail untuk menyemak jumlah ruang yang mereka ada dalam akaun Dropbox mereka.

Ralat: Sesuatu tidak kena berlaku. Sila cuba hantar fail anda sekali lagi.

Jika pengumpul fail mempunyai ruang yang cukup dalam akaun Dropbox mereka dan fail di bawah saiz 2 GB, cuba muat naik ke permintaan fail dalam tetingkap pelayar yang baru (Google Chrome, Mozilla Firefox, atau Safari) ataupun dalam pelayar incognito/sulit. Anda juga boleh kosongkan cache pelayar anda dan cuba muat naik fail sekali lagi.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan