Bagaimana untuk mengubah keizinan folder kongsian

Jika anda berkongsi folder dengan seseorang, anda boleh tentukan apakah keizinan yang mereka ada untuk folder anda. 

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Bagaimana untuk mengubah keizinan untuk fail dan folder kongsian

Folder kongsian

Anda boleh berikan ahli folder kongsian anda keizinan yang berbeza:

  • Editor: Mana-mana ahli yang anda berikan keizinan ini boleh menambah, menyunting, atau menghapuskan fail di dalam folder itu.
  • Pelihat: Mana-mana ahli yang anda berikan keizinan ini boleh melihat dan menulis komen pada fail di dalam folder, tetapi tidak boleh menambah, menyunting, atau menghapuskan fail.
  • Pemilik: Hanya seorang ahli boleh menjadi pemilik folder. Pencipta folder kongsian adalah pemilik secara automatik, melainkan mereka menukar pemilik kepada orang lain.

Fail kongsian

Ahli fail kongsian hanya boleh melihat fail. Anda tidak boleh berikan keizinan menyunting kepada ahli fail kongsian.

Tetapkan keizinan di dropbox.com

Jika anda pemilik ataupun editor folder kongsian, anda boleh mengubah keizinan folder. Jika anda pemilik fail kongsian, anda boleh menambah atau membuang orang daripada fail itu.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail.
  3. Layari fail atau folder yang diingini.
  4. Layangkan tetikus di atas nama fail atau folder dan klik Kongsi.
  5. Di sebelah nama ahli, klik menu pilihan dan pilih Boleh sunting, Boleh lihat, atau Buang.
    • Jika anda sedang mengubah keizinan pada fail kongsian, anda akan mempunyai pilihan untuk Buang ahli sahaja.

Tetapkan keizinan pada komputer anda

  1. Buka folder Dropbox pada komputer anda.
  2. Klik kanan atau command-klik folder kongsian itu.
  3. Pilih Kongsi…
  4. Di sebelah nama ahli, klik menu pilihan dan pilih Boleh sunting, Boleh lihat, atau Buang.
    • Jika anda sedang mengubah keizinan pada fail kongsian, anda akan mempunyai pilihan untuk Buang ahli sahaja.
  5. Klik Kongsi.

Tetapkan keizinan pada telefon atau tablet anda

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Cari folder yang anda mahu kongsi.
    • Pada Android: Tekan anak panah ke bawah.
    • Pada iOS: Tekan ikon  (elipsis) atau tekan # ahli di bawah nama folder kongsian.
  3. Tekan Kongsi.
  4. Di sebelah nama ahli, klik menu pilihan dan pilih Boleh sunting, Boleh lihat, atau Buang.
  5. Jika anda sedang mengubah keizinan pada fail kongsian, anda akan mempunyai pilihan untuk Buang ahli sahaja.
  6. Tekan Hantar.

Bagaimana untuk mengawal siapa yang boleh menjemput orang ke folder kongsian

Jika anda pemilik folder kongsian, anda boleh menghalang editor di dalam folder itu daripada menjemput orang lain ke folder.

Ketahui lebih lanjut tentang peranan dalam folder kongsian.

Dari dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail.
  3. Layari atau cari folder kongsian yang diingini.
  4. Klik Kongsi, kemudian pilih Tetapan folder.
  5. Pilih keutamaan anda untuk tetapan Pengurusan: Siapakah yang boleh menguruskan akses kepada folder ini?
  6. Klik Save.

Daripada komputer anda

  1. Buka folder Dropbox pada komputer anda.
  2. Klik kanan atau command-klik folder kongsian itu.
  3. Pilih Kongsi…
  4. Klik Tetapan folder…
  5. Pilih keutamaan anda untuk tetapan Siapakah yang boleh menguruskan keahlian folder ini.
  6. Klik Simpan tetapan.

Tetapkan keizinan pada telefon atau tablet anda

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Cari folder yang anda mahu kongsi.
    • Pada Android: Tekan anak panah ke bawah.
    • Pada iOS: Tekan ikon  (elipsis) atau klik # ahli di bawah nama folder kongsian.
  3. Tekan Pengurusan.
  4. Pilih keutamaan anda di bawah Siapakah yang boleh menguruskan akses?

Bagaimana untuk menamakan semula folder kongsian

Anda boleh menamakan semula atau mengalihkan folder kongsian daripada apl desktop Dropbox atau dropbox.com. Di dalam aplikasi desktop, anda boleh menamakan semula atau mengalihkan folder kongsian seperti mana-mana folder lain pada pemacu keras anda. Jika anda menamakan semula atau mengalihkan folder kongsian, folder itu akan kekal dikongsi.

Penamaan semula atau pengalihan ini tidak akan dipaparkan di dalam akaun Dropbox ahli folder kongsian yang lain. Folder kongsian berfungsi seperti ini untuk mengelakkan kekeliruan antara ahli folder kongsian anda: tiada sesiapa mahu folder mereka diatur atau dinamakan semula tanpa pengetahuan mereka. Jika anda perlu menamakan semula folder kongsian untuk semua ahli, lihat arahan yang selanjutnya.

Namakan semula folder kongsian untuk semua ahli

Jika anda ingin menamakan semula folder kongsian untuk semua ahli, anda perlu berkongsinya sebagai folder kongsian yang baru. Apabila anda mula-mula berkongsi folder, namanya adalah sama untuk semua ahli.

Ikut langkah-langkah ini untuk menamakan semula folder kongsian:

  1. Nyahkongsi folder.
  2. Namakan semula folder.
  3. Kongsi semula folder yang dinamakan semula.

Ahli pasukan Dropbox Business: bagaimana untuk mengehadkan akses kepada pautan kongsian untuk ahli pasukan anda

Ahli pasukan Dropbox Business boleh memilih sama ada ahli pasukan boleh berkongsi fail dengan orang di luar pasukan mereka. Anda boleh ubah tetapan ini untuk folder yang tertentu:

Dari dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail.
  3. Layari atau cari folder kongsian yang diingini.
  4. Klik Kongsi.
  5. Dalam tetingkap timbul, klik Tetapan pautan.
  6. Klik Hanya orang dalam [nama pasukan] di sebelah Benarkan pautan dikongsi dengan orang di luar folder ini?
  7. Klik Simpan tetapan.

Daripada komputer anda

  1. Buka folder Dropbox pada komputer anda.
  2. Klik kanan atau command-klik folder kongsian itu.
  3. Pilih Kongsi…
  4. Klik Tetapan folder…
  5. Pilih keutamaan anda untuk tetapan Benarkan pautan untuk dikongsi dengan orang di luar folder ini?
  6. Klik Simpan tetapan.

Peranan dan keizinan untuk ahli folder pasukan

Ahli folder kongsian boleh memiliki tiga peranan: pelihat, editor atau pemilik.

 

Pemilik

Editor

Pelihat

Tindakan fail

 

 

 

Lihat kandungan folder

Lihat ahli folder kongsian dan peranan mereka

Komen pada fail di dalam folder

*

Edit kandungan folder

Tindakan ahli

 

 

 

Jemput dan buang ahli

*

Tukar peranan ahli lain

*

Batalkan jemputan dan menjemput semula ahli

*

E-mel ahli

Menjadikan ahli lain sebagai pemilik

Tinggalkan folder

Menentukan siapa yang boleh dijemput ke folder

Menentukan siapa yang boleh menguruskan keahlian folder

Pindahkan folder kongsian ke dalam folder pasukan

Tindakan folder

 

 

 

Menyahkongsi folder

Perhatian: * (asterisk) bermaksud bahawa ini adalah tetapan lalai untuk folder kongsian. Pemilik folder kongsian boleh mengubah tetapan ini.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan