{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Pautan kongsian berhenti berfungsi, atau menunjukkan ralat 404

Pemilik fail boleh berkongsi fail dan folder secara baca-sahaja menggunakan pautan kongsian. Jika anda menerima pautan kongsian, klik ia untuk melihat pratonton fail atau folder yang dikongsi bersama anda.

Sama ada anda menghantar pautan kongsian atau menerimanya, pautan boleh gagal berfungsi atau memberikan ralat 404. Jika ini berlaku, sila semak yang berikut:

Adakah fail atau folder telah dihapuskan?Untuk mewujudkan semula pautan, pulihkan fail atau folder. Sebaik sahaja anda memulihkan fail atau folder, pautan kongsian akan berfungsi semula.

Adakah pautan telah dilumpuhkan?Daftar masuk di dropbox.com dan klik Pautan dalam bar sisi kiri. Jika anda tidak nampak pautan dalam senarai anda, anda mungkin telah membuangnya sebelum ini. Anda sentiasa boleh mencipta pautan baru ke fail atau folder yang ingin dikongsi.

Pautan sudah tamat tempoh? Jika anda pengguna Dropbox Plus atau Dropbox Business , dan anda menetapkan tarikh luput untuk pautan kongsian anda, ia mungkin telah luput. Dalam keadaan itu, anda perlu mencipta pautan baru ke fail atau folder.

Adakah fail berada di dalam folder kongsian? Adakah pemilik telah mengubah tetapannya?Jika anda pengguna Dropbox Business atau pengguna pasukan , pemilik folder kongsian mungkin telah mengubah tetapan perkongsian untuk menentukan bahawa pautan hanya boleh dikongsi bersama ahli pasukan lain (dan bukan orang luar).

Adakah pentadbir telah mengubah tetapan perkongsian untuk pasukan anda.Jika anda pengguna Dropbox Business, pentadbir anda mungkin telah mematikan keupayaan untuk berkongsi pautan dengan bukan ahli pasukan. Jika benar, pautan kongsian yang anda cipta tidak akan berfungsi kepada bukan ahli pasukan, melainkan jika pentadbir anda menghidupkan kembali izin ini.

Adakah pautan kongsian membawa anda kembali ke Dropbox anda?Jika anda sudah mempunyai akses kepada fail atau folder (dalam kata lain, jika pemilik fail telah berkongsinya bersama anda sebelum ini), mengklik pautan kongsian akan membawa anda terus ke Dropbox anda. Ini berfungsi untuk folder juga: jika anda sudah mempunyai folder di dalam Dropbox anda, mengklik pautan kongsian yang menghala ke folder itu akan membawa anda ke lokasinya di dalam Dropbox anda.

Adakah pautan kongsian gagal dibuka dalam pelayar anda?Jika anda klik pada pautan kongsian dan ia gagal untuk dibuka, anda mungkin menghadapi masalah pelayar. Untuk membetulkannya, daftar keluar dari Dropbox dan kemudian klik pautan kongsian semula.

Pautan yang disekat

Kami menyekat pautan kongsian apabila ia menyebabkan jumlah trafik luar biasa, atau apabila ia melanggar Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami (contohnya, dengan mengehos spam atau perisian hasad).

Ketahui lebih lanjut tentang had trafik dan pautan terlarang.

Terlalu banyak jemputan

Jika anda pengguna Dropbox Basic yang mencipta pautan kongsian, anda mungkin menerima mesej ralat Anda sedang cuba berkongsi dengan terlalu ramai orang sekali gus. Ini bermakna bahawa anda telah mencecah had harian untuk jemputan folder dan pautan kongsian. Had ini akan dikosongkan setiap hari, jadi cuba kongsi fail anda keesokan hari.

Catatan penting berkenaan bahan hak cipta

Anda hanya patut menggunakan pautan yang boleh dikongsi untuk fail yang anda punyai hak undang-undang untuk berkongsinya dengan orang lain (contohnya, dokumen, foto, perisian, muzik, dan video yang anda cipta sendiri). Anda tidak mempunyai hak untuk berkongsi fail melainkan anda memiliki hak cipta ke atasnya atau telah diberi kebenaran oleh pemilik hak cipta untuk berkongsinya. Membeli atau memperoleh video, muzik, ebuku, atau perisian secara sah tidak memberikan anda hak untuk berkongsi bahan tersebut dengan pihak ketiga melalui Internet.

Jika anda ragu-ragu sama ada anda berhak dari segi undang-undang untuk berkongsi fail-fail tertentu, anda tidak patut berkongsinya. Anda menyatakan bahawa fail yang dikongsi menggunakan pautan boleh kongsi tidak melanggar terma perkhidmatan Dropbox dan anda memiliki hak cipta sepenuhnya atau telah diberi kebenaran daripada pemilik hak cipta untuk berkongsinya. Dropbox mengamalkan dasar menamatkan akaun pengguna yang melanggar hak cipta berulang kali atau akaun sesiapa yang didakwa melanggar berulang kali. Jika anda berkali-kali berkongsi fail yang melanggar hak cipta orang lain, akaun anda akan ditamatkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai dasar hak cipta Dropbox, sila layari halaman DMCA Dropbox.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan