Showcase

Artikel ini membincangkan ciri yang tersedia kepada semua pengguna dalam pelan Dropbox Professional, dan kepada pasukan Dropbox Business yang berada dalam pelan Advanced, Enterprise, atau Education.
Showcase merupakan satu cara baru untuk berkongsi dengan Dropbox. Dengan Showcase, anda boleh memilih fail daripada akaun Dropbox anda, mengaturnya pada satu halaman, dan berkongsi bersama orang lain. Anda juga boleh menjejak paparan, muat turun, atau komen pada fail dalam showcase. Showcase adalah cara yang hebat untuk mengkurasi kerja anda, dan menambah penjenamaan, susun atur tersuai, dan kapsyen.

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Cipta showcase, dan tambah fail

Terdapat dua cara untuk mencipta showcase:

  • Daftar masuk ke dropbox.com, dan kemudian klik Showcase dalam bar sisi kiri (anda akan dilencongkan ke showcase.dropbox.com)
    • Anda boleh memilih showcase sedia ada, atau pilih Cipta showcase untuk mencipta yang baru
  • Daftar masuk ke dropbox.com, dan kemudian pilih Fail
    • Anda boleh pilih satu atau lebih banyak fail, dan kemudian klik Tambah ke showcase

Setelah anda mencipta showcase, terdapat dua cara untuk menambah fail ke dalamnya:

  • Klik Tambah fail di bahagian bawah showcase
  • Seret dan lepas kandungan ke bahagian utama showcase

Sila ambil perhatian bahawa apabila anda menyeret dan melepaskan fail ke showcase, ia akan dimuat naik ke folder yang dinamakan sebagai Muat naik Showcase

Kandungan tersuai

Anda juga boleh menambah kandungan tersuai kepada showcase:

  • Logo
  • Tajuk
  • Pengenalan showcase
  • Kapsyen fail
  • Imej pilihan (satu imej besar untuk dijadikan latar belakang untuk tajuk projek dan logo anda)

Aset-aset ini akan dipaparkan pada halaman showcase, serta di dalam e-mel yang dihantar apabila anda berkongsi showcase anda.

Perhatian tentang kandungan tersuai:

  • Setelah anda memuat naik imej pilihan, anda boleh memilih daripada lima susun atur yang berbeza
  • Imej logo dan pilihan harus bersaiz minimum 350 x 350px, dan maksimum 1000 x 350px

Produk akhir boleh kelihatan seperti showcase contoh di bawah:

Showcase contoh
Showcase contoh

Suaikan showcase

Ubah saiz atau kedudukan pratonton fail

Anda boleh mengubah saiz atau kedudukan pratonton fail pada halaman dalam dua cara:

  • Seret dan lepaskan pratonton fail dari satu kedudukan kepada kedudukan baru pada halaman
  • Klik sekali pada pratonton fail supaya ia diserlahkan, dan kemudian pilih daripada pilihan dalam bar alat yang muncul

Perhatian: Jika anda layangkan tetikus ke atas ikon dalam bar alat, anda akan melihat penerangan bagi setiap satu.

Suaikan imej dalam showcase
Suaikan imej dalam showcase

Tajuk yang muncul di sebelah fail anda dalam showcase akan mengikut nama fail secara lalai. Anda boleh klik tajuk ini untuk menukarnya. Anda juga boleh menulis kapsyen bagi setiap fail.

Perhatian: Tajuk dan kapsyen pratonton fail adalah unik kepada showcase, dan tidak akan menukar nama fail sumber dalam akaun Dropbox anda.

Laraskan imej atau pratonton fail

Anda boleh mengubah bahagian pratonton fail yang dipaparkan pada halaman dengan tiga cara berbeza:

  • Gunakan pilihan Laras imej  (klik sekali pratonton fail dan pilih Laras imej daripada bar alat yang muncul)
  • Seret imej untuk mengubah posisinya
  • Zum masuk atau keluar pada imej individu

Tambah blok teks

Anda boleh menambah teks kepada pengepala dan kapsyen fail. Anda juga boleh menambah blok teks di luar elemen ini. Blok teks ini boleh disusun di dalam showcase anda, dan malah boleh diperluaskan kepada lebar halaman penuh. Untuk memasukkan blok teks:

  1. Buka showcase anda.
  2. Klik "+" (ikon tambah)  di bahagian atas showcase, atau klik Aa pada bahagian bawah showcase.
  3. Pilih Teks.

Gantikan imej atau pratonton fail

Anda boleh menggantikan imej atau pratonton fail pada halaman dalam tiga cara berbeza:

  • Hapuskan imej atau pratonton fail menggunakan pilihan Sampah dalam bar alat, dan kemudian tambah yang baru pada tempatnya
  • Gunakan pilihan Ganti item dalam bar alat
  • Seret fail ke dalam showcase, dan layangkannya ke atas imej sedia ada

Untuk mengakses kedua-dua pilihan ini, klik sekali pada pratonton fail dan pilih daripada bar alat yang muncul.

Guna semula logo

Setelah anda memuat naik logo ke showcase, anda boleh menggunakan semula logo itu untuk showcase akan datang. Anda juga boleh memuat naik pelbagai logo, dan memilih mana-mana daripadanya. Untuk menggunakan semula logo:

  1. Klik Tambah logo.
  2. Pilih logo daripada senarai.
  3. Klik Pilih.

Anda juga boleh menambah logo baru pada bila-bila masa. Untuk melakukannya, klik Logo baru.

Sunting fail dalam showcase

Jika anda menyunting salah satu fail yang dikongsi dalam showcase, perubahan itu akan dicerminkan dalam showcase itu.

Sebagai contoh, pemilik showcase "Battlesnake…" yang ditunjukkan di atas boleh membuka pembentangan "Identity Mood Boards" dalam akaun Dropbox mereka dan menyuntingnya. Suntingan itu kemudian akan tersedia kepada sesiapa sahaja yang berkongsi showcase itu (sama ada sebagai pratonton atau sebagai salinan fail yang dimuat turun).

Dalam cara ini, showcase berfungsi sama seperti folder kongsian Dropbox: orang yang mempunyai akses akan sentiasa melihat salinan fail yang terkini.

Kongsi showcase, dan lihat aktiviti

Terdapat tiga cara untuk berkongsi showcase:

  • Semasa melihat showcase, klik butang Kongsi di bahagian atas skrin
    • Perhatian: Jika anda berkongsi menggunakan butang Kongsi, e-mel yang dihantar akan dijenamakan menggunakan imej pilihan, logo, dan tajuk yang anda telah tetapkan untuk showcase itu
  • Dari halaman utama Showcase (showcase.dropbox.com), layangkan tetikus anda ke atas showcase anda dan klik butang Kongsi yang muncul
  • Salin pautan untuk showcase itu daripada bar alamat pelayar web anda, dan kongsi pautan ini melalui e-mel, chat, atau sebarang kaedah yang diingini

Contoh pautan showcase:

https://showcase.dropbox.com/s/battlesnake-coffee-brand-identity-[contoh]

Untuk menguruskan orang yang mempunyai akses kepada pautan ini:

  1. Klik Kongsi.
  2. Klik Tetapan.

Perhatian tentang berkongsi showcase:

  • Secara lalai, penerima showcase hanya boleh meninggalkan komen pada fail dalam showcase—mereka tidak boleh menyunting showcase, atau meninggalkan komen pada showcase itu
  • Secara lalai, penerima showcase boleh melihat, memuat turun, dan meninggalkan komen pada fail dalam showcase

Lihat aktiviti dalam showcase anda: paparan, muat turun, dan komen

Anda boleh lihat berapa ramai orang yang telah melihat, memuat turun, atau meninggalkan komen pada showcase dengan pantas:

  1. Layari halaman Showcase dalam akaun Dropbox anda:
    • Daftar masuk ke dropbox.com dan kemudian klik Showcase, atau
    • Daftar masuk ke dropbox.com dan kemudian layari showcase.dropbox.com
  2. Layangkan tetikus ke atas nama atau pratonton showcase.
  3. Klik "" (elipsis) yang muncul.
  4. Klik Lihat aktiviti.

Sebagai alternatif, anda boleh membuka showcase untuk melihat statistik, klik "" (elipsis), dan kemudian klik Lihat Aktiviti.

Perhatian: Anda juga akan menerima pemberitahuan e-mel jika seseorang telah melihat atau menulis komen pada showcase anda, atau memuat turun failnya.

Kawalan muat turun

Orang yang anda berkongsi showcase boleh memuat turun semua kandungan showcase dengan menggunakan satu butang. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pencipta showcase, anda boleh menghalang muat turun ini. Untuk melakukannya:

  1. Layari https://showcase.dropbox.com/showcases
  2. Klik Kongsi di sebelah showcase yang anda ingin halang muat turun.
  3. Klik Tetapan.
  4. Buangkan tanda rait Benarkan muat turun.

Perhatian berkenaan kawalan muat turun:

  • Pilihan muat turun hanya boleh diubah suai pada showcase yang anda cipta
  • Melumpuhkan muat turun untuk showcase akan menghalang orang daripada memuat turun kandungan melalui Dropbox, tetapi tidak menghalang orang daripada menyimpan kandungan menggunakan kaedah lain

Salin showcase

Untuk membuat salinan duplikasi showcase:

  1. Buka showcase yang anda ingin salin.
  2. Klik "" (elipsis).
  3. Pilih Buat salinan.
  4. Klik Buat salinan sekali lagi.

Salinan duplikasi showcase akan mempunyai (Salinan 1) dilampirkan pada tajuk.

 

Soalan-soalan lazim tentang mencipta, mengubah suai, dan berkongsi showcase

Adakah menukar nama fail dalam showcase juga akan mengubah nama fail itu dalam Dropbox saya?

Tidak. Jika anda menukar nama fail dalam showcase, nama asal (atau "sumber") fail itu dalam akaun Dropbox anda akan tetap sama. Menukar nama fail dalam showcase tidak akan mengubah metadata untuk fail sumber dalam apa juga cara.

Adakah showcase menggunakan ruang storan Dropbox?

Tidak, showcase tidak menggunakan ruang storan Dropbox tambahan. Hanya fail dalam showcase itu yang menggunakan ruang storan anda.

Adakah saya perlu memastikan fail selaras dalam showcase?

Jika anda berhenti menyelaraskan fail dalam showcase, showcase itu akan mengekalkan salinan fail yang paling terakhir diselaraskan.

Jika anda mempunyai fail dalam showcase dan kemudian anda membuangnya daripada akaun Dropbox anda, ikon (atau "jubin") untuk fail itu akan terus ada. Bagaimanapun, pratonton fail itu akan memaparkan "fail tidak diketahui."

Apakah jenis fail yang boleh dipratonton dalam showcase?

Sebarang jenis fail yang boleh dipratonton di dalam Dropbox akan turut dipratonton dalam showcase.

Pratonton video tidak akan dimainkan terus pada halaman showcase—ia akan muncul sebagai imej pegun. Walau bagaimanapun, jika anda klik imej ini lightbox akan terbuka di mana pratonton video boleh dimainkan.

Lihat senarai jenis fail yang boleh dipratonton di dalam Dropbox.

Apakah perbezaan antara showcase dan folder?

Showcase dan folder kedua-duanya melakukan perkara yang serupa, dari segi cara fail dipakej (atau "dibungkus") di dalam akaun Dropbox anda. Kemudian anda boleh berkongsi pakej ini bersama orang lain.

Terdapat tiga perbezaan penting antara showcase dan folder:

  • Folder hanyalah satu senarai fail di dalamnya, manakala showcase membolehkan anda mengatur fail pada halaman berjenama dengan pratonton visual, susun atur tersuai, dan kapsyen fail
  • Anda boleh menjejak aktiviti pada showcase; ini tidak boleh dilakukan pada folder
  • Mana-mana fail hanya boleh wujud di dalam satu folder shaja, manakala satu fail boleh dimasukkan ke dalam banyak showcase

Terdapat juga satu persamaan penting: Jika anda menyunting fail dalam showcase atau folder kongsian, penerima akan sentiasa melihat versi terkini fail itu.

Bolehkah saya menyimpan showcase sebagai templat? Bolehkah saya menyalin showcase sedia ada?

Tidak. Buat masa ini, showcase baru sentiasa dicipta dari kosong, dan anda tidak boleh menyalin showcase sedia ada.

Bagaimanakah saya menghapuskan showcase?

  1. Daftar masuk ke dropbox.com, dan kemudian klik Showcase.
  2. Layangkan tetikus ke atas showcase yang ingin dihapuskan, dan klik "" (elipsis) yang muncul.
  3. Klik Hapus.
  4. Klik Hapus sekali lagi.

Bagaimanakah orang yang saya berkongsi akan melihat showcase?

Bagaimanakah orang yang saya berkongsi akan melihat showcase?

Jika anda berkongsi showcase menggunakan butang Kongsi, penerima akan menerima e-mel yang mengandungi pengepala daripada showcase anda (imej pilihan, tajuk, penerangan, dan logo). Penerima kemudian boleh mengklik Lihat showcase di dalam e-mel itu untuk membuka showcase.

Jika anda berkongsi pautan ke showcase, penerima akan dibawa terus ke showcase apabila mereka mengklik pautan itu.

Dalam kedua-dua situasi, showcase itu akan kelihatan sama seperti versi yang anda sunting, dengan satu perbezaan utama: Penerima tidak akan melihat pilihan untuk menambah, mengalih, atau menghapuskan fail.

Adakah orang yang saya kongsikan showcase perlu memiliki akaun Dropbox?

Tidak. Penerima boleh melihat showcase yang dikongsi dengan mereka, walaupun tanpa akaun Dropbox.

Bagaimanapun, orang yang anda kongsikan showcase akan memerlukan akaun Dropbox—dan perlu mendaftar masuk ke akaun itu—untuk meninggalkan komen pada showcase anda.

Adakah orang yang saya kongsikan showcase perlu mendaftar masuk ke Dropbox untuk melihatnya?

Tidak. Penerima boleh melihat showcase walaupun mereka tiada akaun Dropbox, jadi mereka tidak perlu mendaftar masuk untuk melihat.

Bolehkah orang yang saya kongsikan showcase memuat turun failnya?

Ya. Orang yang anda kongsikan showcase boleh memuat turun fail di dalamnya. Bagaimanapun, semua fail dalam showcase berada dalam mod baca-sahaja. Jadi walaupun penerima memuat turun fail, mereka tidak akan dapat menyunting versi asal (atau "sumber").

Bolehkah saya pratonton bagaimana showcase akan kelihatan untuk orang yang saya berkongsi?

Ya. Untuk pratonton showcase anda sebagai penerima, klik  mata (ikon mata) di sebelah butang Kongsi.

Siapakah yang boleh menyunting showcase?

Hanya pemilik (atau pencipta) showcase boleh menyuntingnya.

Bagaimanapun, jika anda mempunyai fail daripada folder kongsian dalam showcase anda, sesiapa sahaja yang berkongsi folder itu boleh menyunting fail di dalamnya. Perubahan itu kemudian akan muncul dalam showcase.

Adakah showcase akan berfungsi pada telefon atau tablet?

Ya. Jika anda berkongsi showcase dengan seseorang, mereka akan dapat membuka dan melihatnya pada sebarang peranti: komputer, telefon, atau tablet. Semua imej dan teks akan muncul, tanpa mengira peranti.

Perhatian: Anda tidak boleh mencipta atau menyunting showcase pada telefon atau tablet buat masa ini.

Menggunakan Showcase dengan Dropbox Business

Jika anda sedang cuba untuk menggunakan Showcase dengan akaun Dropbox Business, terdapat satu batasan untuk diberikan perhatian:

  • Showcase tersedia kepada pasukan Dropbox Business dalam pelan Advanced, Enterprise, dan Education, tetapi tidak tersedia kepada pasukan dalam pelan Standard

Pentadbir Dropbox Business: bolehkan atau lumpuhkan Showcase untuk pasukan anda

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Showcase.
  4. Klik juntai bawah.
  5. Pilih Hidup atau Mati.

Pentadbir Dropbox Business: ubah suai tetapan perkongsian untuk pasukan anda

Jika anda adalah pentadbir, anda boleh memilih untuk membenarkan ahli pasukan anda untuk berkongsi showcase di luar pasukan anda, atau membataskan showcase untuk hanya boleh diakses oleh ahli pasukan.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Showcase.
  4. Klik juntai bawah di sebelah Perkongsian luaran.
  5. Pilih Hidup atau Mati.

Pentadbir Dropbox Business: ubah suai tetapan muat turun

Jika anda adalah seorang pentadbir, anda boleh mengubah suai tetapan muat turun lalai untuk ciri Showcase. Ini boleh membantu anda mengawal sama ada bukan ahli pasukan yang menerima showcase boleh memuat turun kandungannya.

  • Perhatian: Jika ahli pasukan mencipta showcase, mereka masih boleh mengubah suai tetapan muat turun untuk showcase itu secara sekali.
  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Showcase.
  4. Klik menu juntai bawah di sebelah Muat turun.
  5. Pilih Hidupkan secara lalai atau Matikan secara lalai.

Pentadbir Dropbox Business: cipta log audit aktiviti Showcase untuk pasukan anda

Pentadbir Dropbox Business boleh melihat log sebarang tindakan yang diambil di dalam showcase dengan menggunakan log audit. Tindakan yang dilog seperti penciptaan, pengarkiban, penghapusan secara kekal, pemulihan, penamaan semula, penyuntingan, penambahan atau pembuangan fail, kongsian, penglihatan dan komen.

Piawaian dan peraturan tidak tersedia untuk Dropbox Showcase

Dropbox Showcase tidak termasuk dalam skop piawaian dan peraturan berikut:

Ketahui lebih lanjut mengenai pematuhan Dropbox dengan piawaian ini.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan