Berikan orang akses lihat-sahaja kepada fail anda

Artikel ini membincangkan dua cara untuk memberi orang lain akses lihat-sahaja kepada fail di dalam Dropbox anda: kongsi fail atau cipta pautan kongsian.

Kongsi fail jika anda hanya ingin orang tertentu mempunyai akses kepada fail anda.

  • Perhatian: Orang yang anda kongsikan fail harus mempunyai akaun Dropbox. Jika anda berkongsi fail dengan alamat e-mel yang tidak dikaitkan dengan akaun Dropbox, maka orang itu boleh mencipta akaun atau menggunakan akaun sedia ada di bawah e-mel yang lain.

Cipta pautan kongsian jika anda ingin sesiapa sahaja untuk dapat mengklik pautan untuk mengakses fail anda—mereka tidak memerlukan akaun Dropbox untuk melihat fail anda.

Tidak kira yang mana anda gunakan, orang boleh:

  • Lihat fail
  • komen pada fail
  • muat turun salinan fail

Tetapi, orang tidak boleh menyunting fail asal di dalam Dropbox anda.

Kongsi pada apl desktop atau mudah alih

Klik menu pilihan di bawah, dan pilih sistem pengendalian komputer atau peranti mudah alih yang anda gunakan.

Android

Kongsi fail

  1. Pergi ke fail atau folder yang anda mahu kongsi, kemudian tekan anak panah muat turun di sebelah kanan nama fail atau folder.
  2. Tekan Kongsi.
  3. Masukkan nama atau alamat e-mel orang yang memerlukan akses kepada fail anda.
  4. Di bawah Orang Ini, pilih Boleh lihat.
  5. Tambah meseh tentang fail dan tekan Hantar.

Kongsi pautan

  1. Pergi ke fail atau folder yang anda mahu kongsi, kemudian tekan anak panah muat turun di sebelah kanan nama fail atau folder.
  2. Tekan Kongsi.
  3. Tekan Cipta pautan.
    • Jika pautan telah pun dikongsi ke fail atau folder ini, tekan Kongsi di sebelah Sesiapa sahaja dengan pautan boleh melihat.
  4. Anda akan melihat menu apl, seperti e-mel atau teks, yang anda boleh pilih untuk menghantar fail anda. Pilih apl yang anda ingin gunakan dan Dropbox akan menampal pautan ke dalam apl.

iPad

Kongsi fail

  1. Cari fail yang anda mahu kongsi dalam paparan senarai fail.
  2. Tekan anak panah ke bawah di sebelah nama fail untuk mendedahkan sekumpulan tindakan.
  3. Tekan Kongsi.
  4. Masukkan nama atau alamat e-mel orang yang memerlukan akses kepada fail anda.
  5. Di bawah pilihan Orang Ini, pilih Boleh lihat.
  6. Tambah meseh tentang fail dan tekan Hantar.

Kongsi pautan

  1. Cari fail yang anda mahu kongsi dalam paparan senarai fail.
  2. Tekan anak panah ke bawah di sebelah nama fail untuk mendedahkan sekumpulan tindakan.
  3. Tekan Kongsi.
  4. Di bawah Siapa yang Mempunyai Akses tekan Cipta pautan.
    • Jika pautan telah pun dikongsi ke fail atau folder ini, tekan Kongsi di sebelah Sesiapa sahaja dengan pautan boleh melihat.
  5. Pilih cara anda ingin berkongsi pautan itu, seperti e-mel, SMS, atau kiriman media sosial.
  6. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki untuk menghantar atau mengirim pautan.

iPhone

Kongsi fail

  1. Cari fail yang anda mahu kongsi dalam paparan senarai fail.
  2. Tekan anak panah ke bawah di sebelah nama fail untuk mendedahkan sekumpulan tindakan.
  3. Tekan Kongsi.
  4. Masukkan nama atau alamat e-mel orang yang memerlukan akses kepada fail anda.

  5. Masukkan nama atau alamat e-mel orang yang anda ingin berkongsi
  6. Di bawah pilihan Orang Ini, pilih Boleh lihat.
  7. Tambah meseh tentang fail dan tekan Hantar.

Kongsi pautan

  1. Cari fail yang anda mahu kongsi dalam paparan senarai fail.
  2. Tekan anak panah ke bawah di sebelah nama fail untuk mendedahkan sekumpulan tindakan.
  3. Tekan Kongsi.
  4. Di bawah Siapa yang Mempunyai Akses tekan Cipta pautan.
    • Jika pautan telah pun dikongsi ke fail atau folder ini, tekan Kongsi di sebelah Sesiapa sahaja dengan pautan boleh melihat.
  5. Pilih cara anda ingin berkongsi pautan itu, seperti e-mel, SMS, atau kiriman media sosial.
  6. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki untuk menghantar atau mengirim pautan.

Linux

Kongsi pautan

  1. Pasang apl desktop Dropbox pada komputer anda (jika anda belum melakukannya).
  2. Klik kanan pada fail untuk membuka menu konteks dan pilih Kongsi pautan Dropbox. Pautan akan disalin dan anda boleh menampalnya ke mana-mana dengan segera.
Pilih Salin pautan Dropbox untuk berkongsi

Macintosh

Kongsi fail

  1. Jika anda belum melakukannya, pasangkan apl desktop Dropbox pada komputer anda.
  2. Tekan control pada papan kekunci anda dan klik fail serentak (atau klik kanan fail itu).
  3. Pilih Kongsi…
  4. Pilih Boleh lihat.
  5. Masukkan nama atau alamat e-mel orang yang memerlukan akses kepada fail anda.
  6. Klik Jemput.

Kongsi pautan

  1. Jika anda belum melakukannya, pasangkan apl desktop Dropbox pada komputer anda.
  2. Tekan control pada papan kekunci anda dan klik fail serentak (atau klik kanan fail itu).
  3. Pilih Salin Pautan Dropbox.
  4. Pautan akan disalin ke papan klip anda. Kemudian anda boleh menampalnya ke dalam e-mel, SMS, atau di mana-mana sahaja orang boleh mengaksesnya.

Vista/Win7/Win8/Win10

Kongsi fail

  1. Jika anda belum melakukannya, pasangkan apl desktop Dropbox pada komputer anda.
  2. Klik kanan fail atau folder dan pilih Kongsi…
  3. Pilih Boleh lihat.
  4. Masukkan nama atau alamat e-mel orang yang memerlukan akses kepada fail anda.
  5. Klik Jemput.

Kongsi pautan

  1. Jika anda belum melakukannya, pasangkan apl desktop Dropbox pada komputer anda.
  2. Klik kanan fail dan layangkan tetikus di atas Lagi…
  3. Pilih Salin pautan Dropbox.
  4. Pautan akan disalin ke papan klip anda. Kemudian anda boleh menampalnya ke dalam e-mel, SMS, atau di mana-mana sahaja orang boleh mengaksesnya.

Atau:

  1. Jika anda belum melakukannya, pasangkan apl desktop Dropbox pada komputer anda.
  2. Klik kanan fail.
  3. Pilih Kongsi...
  4. Klik Cipta pautan.
  5. Klik Salin pautan.

Windows Phone

Kongsi pautan

  1. Tekan dan tahan sebarang nama fail atau folder untuk mendedahkan senarai tindakan.
  2. Tekan Kongsi.
  3. Pilih sama ada anda ingin menghantar pautan atau menyalin pautan ke papan klip anda. Memilih Hantar pautan memberi anda pilihan untuk menggunakan apl lain, seperti e-mel, SMS, atau media sosial.
  4. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki untuk menghantar atau mengirim pautan.

Tablet Windows

Kongsi pautan

  1. Tekan pada folder atau fail yang anda ingin kongsi untuk membukanya.
  2. Tekan
  3. Pilih sama ada anda ingin menghantar pautan atau menyalin pautan ke papan klip anda. Menghantar pautan akan memberikan beberapa pilihan untuk berkongsi, seperti e-mel, Facebook, atau apl lain.
  4. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki untuk menghantar atau mengirim pautan.

Kongsi di dropbox.com

Kongsi fail

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus anda ke atas fail atau folder yang anda ingin kongsi dan klik Kongsi apabila ia muncul.
  3. Masukkan nama atau alamat e-mel orang yang memerlukan akses kepada fail anda.
    • Jika berkongsi folder, pilih Boleh lihat daripada senarai juntai bawah.
  4. Tambah mesej tentang fail dan klik Kongsi.
    • Pengguna Plus dan Business: Anda akan melihat pilihan dalam tetingkap timbul untuk menetapkan kata laluan dan/atau tarikh luput untuk pautan itu.

Kongsi pautan

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus anda ke atas fail atau folder yang anda ingin kongsi dan klik Kongsi apabila ia muncul.
  3. Jika pautan belum dicipta, klik Cipta pautan.
    • Jika pautan telah pun dicipta, klik Salin pautan.
  4. Pautan akan disalin ke papan klip anda. Kemudian anda boleh menampalnya ke dalam e-mel, SMS, atau di mana-mana sahaja orang boleh mengaksesnya.

Berkongsi pautan menggunakan lambang Dropbox

Tidak pernah dengar tentang lambang Dropbox? Ketahui lebih lanjut.

  1. Klik lambang Dropbox.
  2. Daripada tetingkap timbul, klik Salin Pautan Dropbox.
  3. Pilih Salin pautan Dropbox untuk berkongsi
  4. Pautan ini akan disalin, dan anda boleh menampalnya serta-merta ke dalam e-mel, mesej segera, kiriman blog, atau di mana sahaja anda ingin orang mengakses salinan fail itu.
Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu