Maklumat pelihat pada fail kongsian

Artikel ini membincangkan ciri yang hanya tersedia kepada sesetengah pengguna dan melalui akses awal untuk pasukan Dropbox Business.

Jika anda ingin menggunakan ciri ini dalam pasukan Business, anda boleh aktifkan dan bermula. Jika anda pengguna Basic atau Plus, anda boleh memilih untuk menyertai ciri ini.

Apakah maksudnya untuk produk Dropbox berada dalam "alpha" atau "beta"?

Maklumat pelihat akan membantu anda bekerjasama dengan pasukan anda. Anda boleh lihat jika ahli sedang melihat fail kongsian, atau bila kali terakhir mereka melihatnya. Maklumat pelihat tersedia kepada pasukan Dropbox Business.

Periksa jika ahli pasukan sudah melihat fail anda

Semasa ahli sedang melihat fail kongsian, ikon mereka akan muncul berwarna. Jika anda layangkan tetikus ke atas ikon mreka, ia akan tertulis Sedang melihat.

Selepas ahli pasukan melihat fail, ikon mereka menjadi kelabu. Anda boleh melayangkan tetikus di atas ikon mereka untuk melihat bila kali terakhir mereka melihatnya.

Jika anda memberi ahli pasukan keizinan Boleh lihat atau Boleh sunting pada fail, ikon mereka akan muncul dalam warna kelabu di sebelah butang Kongsi. Jika anda layangkan tetikus di atas ikon mereka sebelum ahli pasukan melihat fail, ia akan tertulis Tidak pernah melihat. Jika anda berkongsi dengan ahli pasukan menerusi pautan kongsian, ikon mereka tidak akan muncul sehingga mereka melihat fail itu.

Maklumat pelihat

Lihat bila kali terakhir ahli melihat fail

Untuk melihat senarai penuh bagi orang yang telah melihat fail:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Cari fail yang diingini dan klik untuk membukanya.
  3. Klik senarai pelihat (ikon ahli yang mempunyai akses kepada fail).
  4. Terdapat senarai ahli pasukan dan editor yang mempunyai akses kepada fail menerusi fail atau folder kongsian di dalam kotak dialog. Jika anda mencipta pautan ke fail, klik senarai nama di bawah tetapan pautan untuk melihat semua ahli yang telah melihat pautan itu.

Lumpuhkan maklumat pelihat

Jika anda tidak mahu maklumat pelihat untuk dipaparkan, anda boleh melumpuhkan ciri ini untuk fail individu:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Cari fail yang diingini dan klik untuk membukanya.
  3. Klik Kongsi.
  4. Klik Tetapan fail.
  5. Di sebelah Tunjuk siapa yang telah mengakses fail ini?, pilih Jangan tunjuk.
  6. Klik Simpan tetapan.

Privasi

Ahli pasukan dan editor

Anda boleh nampak bila ahli pasukan anda atau orang dengan keizinan Boleh sunting melihat fail kongsian. Ahli pasukan dan editor boleh nampak bila anda melihat fail kongsian.

Ahli pasukan dan orang dengan keizinan Boleh sunting pada fail boleh melihat nama dan alamat e-mel ahli pasukan dan orang yang mempunyai keizinan Boleh sunting.

Pelihat yang bukan ahli pasukan atau editor

Apabila seseorang dengan keizinan Boleh lihat atau pun akses kepada pautan kongsian yang bukan ahli pasukan melihat fail kongsian, mereka akan muncul sebagai Tetamu yang melihat fail. Anda tidak boleh nampak nama atau alamat e-mel Tetamu pada fail.

Ahli pasukan dan orang dengan keizinan Boleh sunting pada fail boleh melihat bila Tetamu melihat fail itu.

Platform manakah yang disokong untuk maklumat pelihat?

Anda boleh nampak bila ahli melihat fail kongsian di dropbox.com atau di dalam aplikasi mudah alih Dropbox. Jika ahli menggunakan Lambang Dropbox, anda boleh lihat bila kali terakhir mereka melihat fail Microsoft Office yang dikongsi.

Bolehkah pentadbir melihat bila saya melihat sesuatu fail?

Pentadbir mempunyai penglihatan ke atas maklumat pelihat melalui log aktiviti.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu