Apakah percanggahan ruang kosong?

Dikemas kini Nov 21, 2023

Percanggahan ruang kosong berlaku apabila anda memberi nama fail atau folder dengan nama yang sama seperti fail atau folder lain di lokasi yang sama, tetapi dengan ruang kosong selepas nama fail itu. Contohnya, dua folder yang dipanggil “Rekod” and “Rekod “, atau dua fail yang bernama “halaman.png” dan “halaman .png”.

Fail atau folder baru yang anda cipta akan ditambahkan secara automatik dengan perkataan (Percanggahan Ruang Kosong).

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan penyelarasan fail mudah.

Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?

Jika salah satu nama fail anda ditambahkan dengan perkataan (Percanggahan Ruang Kosong), anda boleh menyelesaikannya dengan salah satu pilihan berikut:

  • Biarkan sahaja kedua-dua fail atau folder, dan biarkan salah satu untuk terus mempunyai nama yang ditambah dengan (Percanggahan Ruang Kosong)
  • Namakan semula salah satu fail atau folder

Bagaimana saya boleh mencegah percanggahan ruang kosong daripada berlaku lagi?

Jika anda ingin mencegah percanggahan ruang kosong pada masa akan datang, jangan cipta fail atau folder dengan nama yang sama seperti fail atau folder lain di lokasi yang sama, walaupun ia ada satu ruang kosong selepas nama fail.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan