Bagaimanakah saya boleh mengakses fail luar talian saya?

Anda boleh menyediakan fail untuk akses luar talian dengan menghidupkan pilihan Tersedia luar talian. Apabila fail disediakan di luar talian, anda boleh mengakses fail itu walaupun semasa telefon anda tidak bersambung dengan Wi-Fi atau pelan data.

Pilih sistem pengendalian anda untuk arahan:

Android

Secara khususnya, menjadikan fail tersedia di luar talian:

  • Menambah fail ke paparan Luar Talian anda untuk akses mudah (seperti penanda buku)
  • Menyimpan fail ke peranti Android anda untuk paparan luar talian di dalam Dropbox
  • Mencuba mengemas kini fail sebaik mungkin dan memberikan anda pilihan untuk mengemas kini secara manual
  • Memastikan sebarang perubahan yang anda lakukan terhadap fail semasa di luar talian akan diselaraskan ke akaun Dropbox anda sebaik sahaja anda mempunyai sambungan

Menjadikan fail tersedia untuk paparan luar talian daripada apl Android

  1. Pergi ke fail yang anda mahu sediakan untuk paparan luar talian.
  2. Daripada senarai fail, tekan anak panah ke bawah di sebelah nama fail.
  3. Tekan untuk menjadikan fail Tersedia di luar talian.

Setelah anda menyediakan fail di luar talian, dan ia telah dimuat turun ke telefon atau tablet, anda akan dapat mengaksesnya pada bila-bila masa dengan menekan Luar Talian daripada menu utama, walaupun anda tidak bersambung ke internet.

Apabila berada dalam rangkaian selular (bukan Wi-Fi), Dropbox akan cuba menjimatkan pelan data anda. Ia tidak akan mengemas kini fail melainkan anda menekan butang Kemas kini semua daripada skrin Luar Talian. Jika anda akan ke kawasan tanpa internet (seperti perjalanan penerbangan yang lama), tekan butang Kemas kini semua untuk memastikan anda mempunyai versi terkini bagi setiap fail.

Untuk membuang fail dari skrin Fail luar talian anda, pergi ke fail dan tekan anak panah ke bawah di sebelah kanan nama fail. Togol butang di sebelah Tersedia di luar talian untuk menghidupkan ciri.

Mengeksport fail ke storan tempatan

Jika anda berminat untuk menyimpan fail pada memori tempatan telefon anda di luar Dropbox, anda boleh pilih untuk Eksport fail. Ini akan menyimpan salinan fail di luar Dropbox. Sebarang perubahan yang anda buat terhadap salinan fail ini tidak akan diselaraskan ke Dropbox.

  1. Buka apl Dropbox dan semak imbas ke fail yang anda mahu eksport.
  2. Tekan anak panah ke bawah di sebelah kanan fail yang anda mahu eksport.
  3. Tekan Eksport.
  4. Pilih Simpan ke peranti.
  5. Pilih di mana anda mahu mengeksport fail anda.

iOS

Secara khususnya, menjadikan fail tersedia di luar talian:

  • Menambah fail ke tab Luar Talian apl untuk akses mudah (seperti penanda buku)
  • Menyimpan fail ke iPhone atau iPod Touch untuk melihat di luar talian
  • Mengemas kini fail sekerap yang mungkin

Daripada apl iOS:

  1. Cari fail yang anda ingin simpan di luar talian dalam paparan senarai fail.
  2. Klik ikon (elipsis) di sebelah nama fail.
  3. Tekan Sediakan Di Luar Talian.

Apabila melihat satu fail, anda boleh menekan ikon elipsis (...) dan pilih Jadikan Tersedia di Luar Talian.

Sebaik sahaja dimuat turun, anda akan dapat mengakses fail luar talian anda pada bila-bila masa. Untuk memastikan anda mempunyai versi terkini, Dropbox akan mengemaskininya secara automatik jika anda berada dalam rangkaian Wi-Fi. Jika anda berada dalam rangkaian selular (3G atau 4G) dan beberapa fail telah berubah, tekan setiap fail untuk membukanya dan mendapatkan perubahan yang terkini.

Windows Phone

Secara khususnya, menjadikan fail tersedia di luar talian:

  • Menambah fail ke tab Luar talian untuk akses mudah (seperti penanda buku)
  • Menyimpan fail ke Windows phone anda untuk paparan luar talian
  • Mengemas kini fail sekerap yang mungkin

Jadikan fail tersedia di luar talian di dalam apl Windows phone

  1. Cari fail yang anda mahu sediakan di luar talian dalam paparan senarai fail.
  2. Tekan dan tahan pada nama fail untuk mendedahkan senarai tindakan.
  3. Tekan Sediakan di luar talian.

Sediakan fail di luar talian pada Windows phone anda

Anda juga boleh sediakan fail di luar talian semasa melihat pratontonnya: tekan ikon di luar talian di bahagian bawah skrin.

Setelah dimuat turun, anda akan dapat mengakses fail luar talian anda pada bila-bila masa. Untuk memastikan anda mempunyai versi terkini, Dropbox akan mengemas kini fail secara automatik apabila apl dibuka dan terdapat sambungan Wi-Fi. Jika anda berada pada rangkaian selular (3G atau 4G) dan beberapa fail telah berubah, tekan setiap fail untuk membukanya dan mendapatkan versi terbaru.

Tablet Windows

Secara khususnya, menjadikan fail tersedia di luar talian:

  • Menambah fail ke tab Luar talian untuk akses mudah (seperti penanda buku)
  • Menyimpan fail ke tablet Windows anda untuk paparan luar talian
  • Mengemas kini fail sekerap yang mungkin

Sediakan fail di luar talian di dalam apl tablet Windows

  1. Cari fail yang anda ingin tandakan sebagai kegemaran dalam paparan senarai fail.
  2. Leret dari kiri ke kanan di atas nama fail untuk mendedahkan bar tindakan.
  3. Tekan ikon luar talian.

Anda juga boleh sediakan fail di luar talian semasa melihat pratontonnya: tekan ikon di luar talian di bahagian bawah skrin.

Setelah dimuat turun, anda akan dapat mengakses fail luar talian anda pada bila-bila masa. Untuk memastikan anda mempunyai versi terkini, Dropbox akan mengemas kini fail secara automatik apabila apl dibuka dan terdapat sambungan Wi-Fi. Jika anda berada pada rangkaian selular (3G atau 4G) dan beberapa fail telah berubah, tekan setiap fail untuk membukanya dan mendapatkan versi terbaru.

Dropbox Business

Jika anda telah menyambungkan akaun peribadi dan perniagaan, anda akan melihat fail luar talian yang disimpan untuk akaun yang sedang diakses. Tukar antara akaun anda untuk mengakses fail luar talian kerja atau peribadi anda.

Jika anda pelanggan Dropbox Professional, Dropbox Business, atau Dropbox Enterprise, anda juga boleh sediakan folder di luar talian.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan