Mengapakah apl mudah alih Dropbox meminta akses kepada kenalan saya?

Dikemas kini Feb 13, 2024
person icon

Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada semua pengguna Dropbox.

Apl mudah alih Dropbox meminta akses kepada kenalan anda untuk menyediakan ciri-ciri untuk memudahkan anda menggunakan Dropbox, termasuk berkongsi kandungan dengan rakan-rakan tanpa perlu mengingati maklumat hubungan mereka. Contohnya, apabila anda berkongsi fail dan foto, Dropbox boleh mencadangkan nama dan alamat e-mel daripada buku alamat anda semasa anda menaip nama atau alamat tersebut.

Adakah Dropbox mengumpul atau menyimpan maklumat kenalan saya?

Jika anda memutuskan untuk memberikan Dropbox keizinan untuk mengakses kenalan anda, kenalan anda akan diselaraskan ke pelayan kami.Di Dropbox, keselamatan data anda adalah keutamaan tertinggi kami. Ketahui lagi tentang cara Dropbox mengendalikan data anda dengan selamat.

Adakah Dropbox berkongsi kenalan saya dengan orang lain?

Kami tidak berkongsi kenalan anda melainkan anda meminta supaya kami melakukannya. Jika and memilih untuk berkongsi fail dengan seseorang atau menjemput seseorang ke Dropbox, kami menghantar e-mel bagi pihak anda kepada kenalan itu.

Bolehkah saya menggunakan apl mudah alih Dropbox tanpa memberikan akses kepada kenalan saya?

Ya. Memberikan akses kepada kenalan anda tidak diwajibkan. 

Bolehkah saya membatalkan akses Dropbox kepada kenalan saya?

Jika sebelum ini anda telah memberikan akses kepada kenalan anda dan tidak lagi mahu meneruskan, anda boleh membuang keizinan untuk Dropbox daripada tetapan privasi telefon anda.

Untuk membuang akses kepada kenalan pada iPhone atau iPad:

  1. Buka Tetapan.
  2. Tekan Privasi & Keselamatan.
  3. Tekan Kenalan.
  4. Cari Dropbox dan togol tetapan kepada Mati.

Untuk membuang akses kepada kenalan pada peranti Android:

  1. Buka Tetapan.
  2. Tekan Apl & pemberitahuan.
  3. Tekan Dropbox.Jika anda tidak jumpa, tekan dahulu Lihat semua apl atau Maklumat apl.
  4. Tekan Keizinan.
  5. Cari Kenalan dan pilih Tolak.

Mengapakah kenalan daripada peranti atau apl lain muncul dalam akaun Dropbox saya?

Dengan keizinan anda, Dropbox akan menyelaraskan kenalan daripada peranti yang anda gunakan untuk mengakses Dropbox. Ciri ini memudahkan anda untuk berkongsi dan bekerjasama dengan semua kenalan anda terus daripada Dropbox, sama ada melalui daripada peranti yang dipautkan atau sumber pihak ketiga seperti Google atau X (dahulunya Twitter). Anda boleh membuang cadangan kenalan daripada akaun Dropbox anda pada bila-bila masa.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan