Aplikasi Android Dropbox menggunakan pemain video asal sistem pengendalian Android. Kebanyakan video di dalam Dropbox anda mungkin sudah disokong, bergantung pada peranti dan versi sistem operasi Android anda.
Jika anda mendapat video yang tidak disokong secara asal, terdapat banyak aplikasi boleh didapati yang direka untuk mengekodnya untuk bermain dengan betul. Kami mencadangkan aplikasi desktop Handbrake (untuk Windows, Mac, dan Linux). Baca dokumentasi atas talian Handbrake untuk maklumat terperinci tentang bagaimana untuk menukar untuk peranti mudah alih anda.
Anda akan mendapat hasil penukaran terbaik jika anda memenuhi kriteria peranti mudah alih anda. Contohnya, aplikasi Android Dropbox boleh memainkan sebarang video yang dapat disokong oleh peranti mudah alih anda. Sistem pengendalian Android boleh memainkan fail H.263 .3gp dan .mp4, fail H.264 AVC .3gp dan .mp4, dan fail MPEG-4 SP .3gp. Sesetengah ciri, seperti saiz skrin dan memori, berbeza dari peranti ke peranti. Anda mungkin boleh membaca manual pengguna telefon anda atau dokumentasi bantuan untuk butiran lanjut.
Apabila bersambung ke internet, apl Dropbox iOS akan memainkan hampir semua jenis fail video yang anda berikan. Kami menggunakan protokol HTTP Live Streaming (HLS) yang telah direka khas untuk strim fail ke iPhone atau iPad anda. Kualiti strim akan bergantung pada kelajuan sambungan wayarles anda.
Apl iOS dan Dropbox menyokong pelbagai format video, termasuk:
Jika anda menyediakan fail video untuk akses luar talian dan ia tidak disokong oleh iOS secara natif, anda perlu membukanya dengan apl pihak ketiga yang menyokong format itu.
Dalam keadaan dimana anda mungkin perlu menukar fail video kepada format mesra-iOS, kami sarankan aplikasi desktop Handbrake percuma (untuk Windows, Mac, dan Linux). Handbrake mempunyai praset video yang mudah untuk menukar fail video untuk iPhone dan iPad. Baca dokumentasi dalam talian Handbrake untuk maklumat terperinci tentang prasetnya dan bagaimana untuk menggunakannya.
Apabila menukar menggunakan selain daripada praset iTunes atau Handbrake yang dinyatakan di atas, anda perlu memenuhi kriteria tertentu. Apl Dropbox boleh memainkan jenis filem serasi iOS yang berikut: