Adakah peranti Samsung saya layak untuk promosi ruang Dropbox?

Promosi Dropbox dengan Samsung telah luput. Ini tidak akan menjejaskan ruang promosi sedia ada yang anda terima dengan memautkan peranti Samsung yang layak dengan Dropbox.

Bahagian dalam artikel ini:

Apakah promosi pada peranti Samsung?

Promosi Dropbox pada peranti Samsung menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk mengakses foto, dokumen dan video terpenting anda dari mana sahaja dan berkongsinya dengan orang lain.

Jika anda mempunyai telefon atau tablet Samsung baru, anda mungkin layak untuk mendapat 48 GB ruang Dropbox tambahan, untuk sehingga dua tahun. Ini adalah tambahan kepada 2 GB ruang yang disertakan dengan akaun Dropbox Basic, untuk sejumlah 50 GB dalam ruang Dropbox.

Terma dan kelayakan promosi

Berapa lama ruang promosi ini akan sah?

45 GB ruang promosi Samsung adalah sah untuk tempoh masa yang tetap. Tempoh promosi berbeza-beza mengikut peranti dan pembawa:

  • Peranti Samsung terpilih yang layak untuk menerima 48 GB selama dua tahun, termasuk:
    • Peranti yang dilancarkan selepas Musim Luruh 2014 dengan apl Dropbox dipra-muat
    • Peranti yang dilancarkan antara tahun 2012 dan 2014 yang mempunyai apl Dropbox dipra-muat dengan pengalaman "pengenalan"
  • Peranti Samsung terpilih yang dilancarkan antara tahun 2012 dan 2014 yang mempunyai apl Dropbox dipra-muat tetapi tidak mempunyai "pengalaman pengenalan" layak untuk menerima 48 GB selama satu tahun.
  • Peranti AT&T: Peranti Note 4 dengan pembawa AT&T layak untuk menerima 48 GB selama enam bulan.

Jika peranti anda layak untuk promosi, anda akan menerima e-mel yang menjelaskan tempoh promosi anda apabila anda log masuk ke Dropbox pada peranti berkelayakan untuk kali pertama. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang tempoh ruang promosi anda selepas anda menebusnya, anda boleh menyemak tarikh luput dengan mendaftar masuk ke halaman akaun anda dan klik “Lihat semua ruang yang diperolehi.”

Peranti Samsung mana yang layak untuk promosi?

  • Telefon pintar dan tablet Samsung Android terpilih yang mempunyai aplikasi Dropbox dipra-muat layak untuk menerima ruang promosi.
  • Peranti AT&T Note 4 yang dibeli di Amerika Syarikat layak untuk menerima ruang promosi.
  • Batasan pembawa dikenakan.

Siapa yang layak untuk menebus promosi?

  • Hanya pembeli asal peranti yang layak boleh menebus promosi.
  • Hanya pengguna pertama yang log masuk ke Dropbox pada peranti berkelayakan boleh menebus promosi.
  • Hanya pengguna Dropbox baru boleh menebus promosi pada peranti Samsung yang dilancarkan selepas Musim Luruh 2014.
  • Pengguna sedia ada boleh menebus promosi pada peranti Samsung berkelayakan yang dilancarkan sebelum Musim Luruh 2014. Pengguna sedia ada tidak layak untuk promosi peranti Note 4.
  • Setiap pengguna Dropbox layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus tawaran promosi 48 GB selama dua tahun Samsung lebih daripada sekali, walaupun jika anda membeli beberapa peranti berkelayakan.

Pembawa rangkaian mana yang tidak mengambil bahagian dalam tawaran promosi?

Sesetengah pembawa telah menarik diri daripada promosi pada telefon yang sepatutnya layak. Antara yang tidak mengambil bahagian ialah pembawa-pembawa berikut:

  • Amerika Syarikat:
    • Verizon
    • AT&T: Hanya sesetengah peranti AT&T layak untuk promosi. Peranti Note 4 AT&T layak untuk 48 GB ruang selama enam bulan. Peranti AT&T yang lain tidak layak.
  • Jepun:
    • NTT DoCoMo

Bagaimana saya menyemak jika peranti saya layak?

Peranti anda mungkin layak jika syarat-syarat berikut dipenuhi:

  • Apl Dropbox dipra-muat pada peranti anda.
  • Anda mempunyai peranti Note 4 AT&T, dan Dropbox berada dalam widget Galaxy Gifts.
  • Pembawa rangkaian anda mengambil bahagian dalam promosi ini.

Untuk menebus promosi, anda perlu melengkapkan 5 langkah dalam panduan Bermula kami.

Soalan Lazim Kelayakan

Saya sudah mempunyai akaun Dropbox. Adakah saya layak untuk promosi Samsung?

  • Hanya pengguna Dropbox baru boleh menebus promosi pada peranti Samsung yang dilancarkan selepas Musim Luruh 2014.
  • Pengguna sedia ada boleh menebus promosi pada peranti Samsung berkelayakan yang dilancarkan sebelum Musim Luruh 2014. Pengguna sedia ada tidak layak untuk promosi peranti Note 4.

Jika saya membeli beberapa peranti yang berkelayakan, bolehkah saya menebus tawaran yang sama beberapa kali?

Tidak. Setiap akaun Dropbox hanya boleh menebus jenis tawaran yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus tawaran promosi 48 GB selama dua tahun Samsung lebih daripada sekali.

Bagaimana saya tahu jika Dropbox telah dipra-muatkan pada peranti saya?

Jika Dropbox telah dipra-muat, apl Dropbox datang terpasang tanpa perlu memuat turunnya dari gedung Google Play.

Bolehkah saya memindahkan ruang promosi kepada akaun Dropbox yang lain?

Tidak. Ruang promosi tidak boleh dipindahkan dan hanya akan diberikan kepada akaun Dropbox yang anda gunakan semasa mula-mula mendaftar masuk ke apl Dropbox pada peranti berkelayakan.

Bolehkah saya mendapat promosi pada peranti yang diubah suai atau terpakai?

Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pembeli asal peranti yang layak.

Mengapa saya tidak layak untuk ruang promosi?

Terdapat beberapa sebab anda mungkin tidak layak untuk menebus ruang promosi:

  • Anda hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus tawaran promosi 48 GB selama dua tahun Samsung lebih daripada sekali, walaupun jika anda membeli beberapa peranti berkelayakan.
  • Aplikasi Dropbox tidak dipramuat pada peranti anda
  • Pembawa rangkaian anda tidak mengambil bahagian
  • Anda membeli peranti terpakai atau diubah suai, dan pemilik sebelumnya menebus tawaran promosi yang dikaitkan dengan peranti itu. Hanya satu orang boleh menebus promosi untuk setiap peranti.

Menebus promosi

Bagaimana saya menebus ruang promosi?

Jika peranti anda layak, anda harus mengikut langkah-langkah ini untuk menebus ruang anda:

  1. Daftar masuk ke akaun Dropbox anda, atau cipta akaun baru, daripada apl Dropbox pada peranti anda.
  2. Lengkapkan 5 daripada 7 langkah dalam panduan Bermula kami.

Selepas anda melengkapkan 5 langkah Bermula, ruang bonus akan ditambah ke akaun anda secara automatik. Anda boleh menyemak status promosi bila-bila masa dengan melawat tab ruang bonus pada halaman akaun anda.

Saya tidak dapat menebus ruang promosi pada peranti berkelayakan. Bolehkah anda bantu?

Jika anda tidak dapat menebus ruang promosi anda daripada peranti anda yang layak selepas melengkapkan 5 daripada 7 langkah Bermula, sila sahkan yang berikut:

  • Adakah anda mendaftar masuk ke dalam apl Dropbox dengan akaun Dropbox yang lain? Hanya pengguna pertama yang log masuk ke Dropbox pada peranti berkelayakan boleh menebus promosi.
  • Sila semak bahawa anda mendaftar masuk ke akaun yang sama pada aplikasi desktop Dropbox anda dan peranti mudah alih yang layak.
  • Pernahkah anda menebus promosi Samsung jenis yang sama? Setiap pengguna hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus tawaran promosi 48 GB selama dua tahun Samsung lebih daripada sekali, walaupun jika anda membeli beberapa peranti berkelayakan.
  • Adakah anda sudah mempunyai akaun Dropbox? Pada sesetengah peranti, termasuk peranti Samsung yang dilancarkan selepas Musim Luruh 2014, hanya pengguna Dropbox baru layak untuk menebus promosi.
  • Adakah anda membeli peranti terpakai atau diubah suai? Jika ya, anda tidak layak untuk menebus promosi.

Bagaimana saya menyemak jika saya telah berjaya menebus promosi?

Anda boleh mengesahkan ruang promosi anda dengan pergi ke halaman akaun anda dan klik Lihat ruang yang diperolehi.

Saya telah menghapuskan apl Dropbox pada peranti saya secara tidak sengaja. Adakah cara lain saya boleh menebus promosi?

Pasangkan semula apl Dropbox daripada gedung Google Play. Daftar atau daftar masuk ke akaun Dropbox dan lengkapkan 5 daripada 7 langkah Bermula.

Apabila promosi tamat

Bagaimana saya menyemak bila ruang promosi saya luput?

Anda boleh sahkan bila ruang bonus anda akan luput dengan pergi ke halaman akaun anda dan klik Lihat ruang yang diperolehi.

Apa yang terjadi apabila ruang promosi saya luput?

Apabila tawaran promosi anda tamat, had ruang Dropbox anda akan kembali kepada ruang asal semasa ia tiada ruang promosi secara automatik. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Basic, had anda akan kembali kepada 2 GB dan sebarang ruang tambahan yang anda telah perolehi melalui rujukan atau bonus yang lain.

Jika anda melebihi had anda selepas tarikh luput, anda tidak lagi akan dapat menyimpan foto, video dan dokumen baru ke Dropbox. Anda boleh mendapat lebih banyak ruang dengan menaik taraf kepada Dropbox Plus.

Belum menemui jawapan anda di sini? Tanya Pakar komuniti kami!

Forum Dropbox

Terma ruang percuma untuk promosi setahun

Untuk telefon pintar dan tablet Samsung Android yang mempunyai aplikasi Dropbox dipra-muat tanpa “pengalaman pengenalan,” promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar untuk Dropbox melalui telefon pintar atau tablet Samsung yang dipra-muat dengan aplikasi Dropbox dan (b) melengkapkan panduan "Bermula" Dropbox. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima, pada tahun pertama, 48 GB ruang simpanan tambahan di samping ruang simpanan yang ditawarkan Dropbox kepada pengguna dengan akaun Basic. Setelah tempoh promosi 1 tahun berakhir, ruang promosi 48 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox adalah tertakluk pada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox lain yang boleh didapati di http://www.dropbox.com/terms. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria atau rantau Crimea.

Terma ruang percuma untuk promosi dua tahun

Untuk telefon pintar dan tablet Samsung Android yang mempunyai aplikasi Dropbox dipra-muat dengan “pengalaman pengenalan,” promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar untuk Dropbox melalui “pengalaman pengenalan” dan (b) melengkapkan panduan "Bermula" Dropbox. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima, selama 2 tahun, 48 GB ruang simpanan tambahan di samping ruang simpanan yang ditawarkan Dropbox kepada pengguna dengan akaun Basic. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini untuk setiap akaun. Setelah tempoh promosi 2 tahun berakhir, 48 GB ruang promosi yang ditambah kepada perkhidmatan pengguna Dropbox akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox adalah tertakluk pada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox lain yang boleh didapati di http://www.dropbox.com/terms. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria atau rantau Crimea.

Terma ruang percuma untuk promosi enam bulan

Untuk peranti Note 4 Samsung AT&T yang dibeli di Amerika Syarikat selepas Musim Luruh 2014, promosi ini tersedia kepada pengguna baru pertama yang (a) mendaftar untuk Dropbox dan (b) melengkapkan panduan "Bermula" Dropbox. Promosi ini untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima, selama enam bulan, ruang simpanan tambahan sebanyak 48 GB selain daripada ruang simpanan yang ditawarkan Dropbox kepada pengguna dengan akaun Basic. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini untuk setiap akaun. Apabila tempoh promosi enam bulan tamat, ruang promosi sebanyak 48 GB yang ditambah kepada perkhidmatan pengguna Dropbox akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk pada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox lain yang boleh didapati di http://www.dropbox.com/terms. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria atau rantau Crimea.

Topik berkaitan:

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu