Nyahpaut atau pautkan semula komputer atau peranti mudah alih ke Dropbox

Apabila anda menyahpautkan komputer anda daripada akaun Dropbox anda, yang berikut akan berlaku:

  • Fail dan folder tidak lagi diselaraskan ke folder Dropbox pada komputer itu; secara dasarnya Dropbox akan dimatikan
  • Fail dan folder itu tidak akan disentuh di dalam folder Dropbox anda

Nyahpaut komputer dari dropbox.com

Untuk menukar akaun yang dipautkan ke komputer anda, mula-mula nyahpaut komputer itu dalam tetapan akaun atau keutamaan apl desktop anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik nama anda di bahagian atas mana-mana halaman untuk membuka menu akaun.
  3. Klik Tetapan.
  4. Buka tab Keselamatan .
  5. Dalam bahagian Peranti, klik X di sebelah nama komputer yang anda ingin nyahpautkan.

Pengguna Dropbox Plus, Professional, dan Business

Apabila anda menyahpautkan peranti dari dropbox.com, anda juga mempunyai pilihan untuk menghapuskan dari jauh folder Dropbox daripada peranti itu.

Untuk pengguna Smart Sync

Jika anda menyahpautkan peranti tanpa menghapuskan fail, sebarang fail dalam talian sahaja akan kekal pada komputer sebagai fail kosong. Jika anda ingin menyimpan semua fail anda pada komputer anda, kami mengesyorkan supaya anda menjadikan semua fail dalam komputer anda sebagai tempatan sebelum menyahpautkannya.

Tunjukkan arahan untuk:

Android

Nyahpaut menggunakan apl Android

  1. Buka aplikasi Dropbox dan tekan butang menu.
  2. Tekan Tetapan.
  3. Pilih akaun yang anda ingin menyahpaut.
  4. Tekan Daftar keluar dari Dropbox ini.
    • Sebagai alternatif, anda boleh menekan Daftar keluar semua akaun daripada menu Tetapan utama.

Pada peringkat ini, peranti anda sudah dinyahpaut, dan Dropbox akan meminta anda memautnya ke akaun lain atau mencipta akaun baru.

iPad

Nyahpaut menggunakan apl iPad

  1. Buka aplikasi Dropbox, tekan tab Tetapan di sebelah kanan bawah menu atau bar sisi.
  2. Pilih akaun yang anda ingin menyahpaut.
  3. Skrol bawah dan tekan Nyahpaut iPad daripada Dropbox.
  4. Tekan Nyahpaut iPad untuk mengesahkan pilihan anda.

Pada peringkat ini, peranti anda sudah dinyahpaut, dan Dropbox akan meminta anda memautnya ke akaun lain atau mencipta akaun baru.

iPhone

Nyahpaut menggunakan apl iPhone

  1. Buka aplikasi Dropbox dan tekan ikon orang di sebelah kanan bawah skrin.
  2. Tekan ikon gear.
  3. Pilih akaun yang anda ingin menyahpaut.
  4. Skrol bawah dan tekan Daftar Keluar daripada Dropbox.
  5. Tekan Nyahpaut iPhone untuk mengesahkan pilihan anda.

Pada peringkat ini, peranti anda sudah dinyahpaut, dan Dropbox akan meminta anda memautnya ke akaun lain atau mencipta akaun baru.

Linux

Nyahpaut komputer daripada apl desktop

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem.
  2. Klik ikon gear dan pilih Keutamaan... daripada menu.
  3. Pilih tab Akaun.
  4. Klik Nyahpaut Dropbox Ini... dan sahkan pilihan anda.
Apabila anda menyahpaut komputer anda, Dropbox akan meminta anda mendaftar masuk sekali lagi.

Pautkan semula komputer daripada apl desktop

Jika anda mendaftar masuk dengan akaun yang sama, apl akan menyambung semula penyelarasan untuk folder Dropbox dengan lancar di lokasi semasa. Jika lokasi atau nama folder telah berubah, anda perlu memilih lokasi ini atau menggabungkan kandungan folder secara manual (arahan di bawah).

Jika anda memautkan komputer anda ke akaun yang lain, apl akan mengesan bahawa folder Dropbox lain sudah pun wujud pada komputer itu. Ia akan memberi anda dua pilihan pada masa ini:

  • Pilih Lokasi Lain: Jika anda mahu folder Dropbox baru anda berada di lokasi lain daripada folder sedia ada anda, pilihan ini akan membenarkan anda untuk memilih lokasi lain untuk folder Dropbox baru yang dikaitkan dengan akaun yang sedang anda pautkan
  • Pasang: Jika anda mahu folder Dropbox baru anda berada di lokasi yang sama seperti folder sedia ada anda, pilih pilihan ini. Pilihan ini akan menamakan semula folder Dropbox sedia ada kepada Dropbox (Lama) dan akan mencipta folder Dropbox baru untuk akaun yang anda sedang pautkan.

Menggabung kandungan dua akaun Dropbox secara manual

Menggabung secara manual berguna jika anda ingin memindahkan semua fail anda ke Dropbox yang baru, atau menggabungkan dua akaun dengan fail yang berbeza. Ikut langkah-langkah di bawah untuk menggabungkan akaun Dropbox anda.

  • Perhatian: Proses ini tidak akan memindahkan keahlian untuk folder kongsian—ia hanya akan memindahkan folder itu sahaja. Jika anda pilih untuk menggabungkan akaun, anda perlu menyertai semula sebarang folder kongsian yang pernah disertai.

Arahan untuk menggabung secara manual:

Katakanlah akaun yang anda ingin salinkan kandungan adalah daripada akaun A. Akaun B adalah akaun kedua di mana anda ingin letakkan semua fail yang digabungkan.

Jika anda menyalin folder atau fail dengan nama yang sama dari satu fail ke fail yang lain, fail yang baru disalin kini akan mempunyai (1) ditambahkan kepada nama fail untuk menandakan ia berlainan daripada versi sedia ada. Anda harus menentukan bagaimana untuk menyelesaikan duplikat ini secara manual.

  1. Selaraskan semua kandungan akaun A ke komputer. Anda boleh melakukannya dengan mendaftar masuk ke apl desktop anda dan menyelaraskan kandungan akaun A ke peranti ini. Pastikan semua kandungan akaun A diselaraskan dengan memastikan bahawa Penyelarasan Terpilih tidak dibolehkan.
  2. Apabila akaun A selesai melaras, anda boleh menyahpautkannya mengikut arahan di atas.
  3. Log masuk dengan akaun B dan pilih Pasang. Jika anda sedang menggabungkan dua akaun peribadi, folder Dropbox untuk akaun A akan dinamakan semula kepada Dropbox (Lama) dan akaun B kini akan menggunakan folder Dropbox baru.
  4. Cari folder Dropbox (Lama), daripada akaun A, dalam komputer anda dan bukanya.
  5. Cari folder Dropbox, untuk akaun B, dan bukanya.
  6. Salin atau alihkan fail daripada folder Dropbox (Lama) (akaun A) kepada folder Dropbox baru (akaun B). Jika anda menerima mesej yang menyatakan bahawa sudah terdapat fail bernama “.dropbox” di dalam folder Dropbox baru anda, pilih “Jangan salin”.
  7. Penggabungan akan selesai selepas anda habis menyalin atau mengalihkan semua kandungan yang dikehendaki kepada folder Dropbox akaun B dan perubahan itu diselaraskan.

Mac

Nyahpaut komputer Mac anda daripada apl desktop

  1. Klik ikon Dropbox daripada bar menu. 
  2. Klik ikon gear dan pilih Keutamaan… daripada menu./li>
  3. Pilih tab Akaun.
  4. Klik Nyahpaut Dropbox Ini... dan sahkan pilihan anda.
Apabila anda menyahpaut komputer anda, Dropbox akan meminta anda mendaftar masuk sekali lagi.

Pautkan semula komputer Mac anda daripada apl desktop

Jika anda mendaftar masuk dengan akaun yang sama, apl akan menyambung semula penyelarasan untuk folder Dropbox dengan lancar di lokasi semasa. Jika lokasi atau nama folder telah berubah, anda perlu memilih lokasi ini atau menggabungkan kandungan folder secara manual (arahan di bawah).

Jika anda memautkan komputer anda ke akaun yang lain, aplikasi akan mengesan bahawa folder Dropbox lain sudah pun wujud pada komputer itu. Ia akan memberi anda dua pilihan pada masa ini:
  • Pilih Lokasi Lain: Jika anda ingin folder Dropbox baru anda untuk berada dalam lokasi berbeza daripada folder sedia ada anda, pilihan ini akan membolehkan anda untuk memilih lokasi lain untuk folder Dropbox baru yang dikaitkan dengan akaun yang anda sedang pautkan.
  • Pasang: Jika anda ingin folder Dropbox baru anda untuk berada dalam lokasi yang sama seperti folder sedia ada anda, pilih pilihan ini. Pilihan ini akan menamakan semula folder Dropbox sedia ada kepada Dropbox (Lama) dan akan mencipta folder Dropbox baru untuk akaun yang anda sedang pautkan.

Windows

Nyahpaut komputer Windows anda daripada apl desktop

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem. (Anda mungkin perlu klik anak panah untuk menunjukkan semua ikon dulang sistem.)
  2. Klik ikon gear dan pilih Keutamaan… daripada menu.
  3. Pilih tab Akaun.
  4. Klik Nyahpaut Dropbox Ini... dan sahkan pilihan anda.
Apabila anda menyahpaut komputer anda, Dropbox akan meminta anda mendaftar masuk sekali lagi.

Pautkan semula komputer Windows anda daripada apl desktop

Jika anda mendaftar masuk dengan akaun yang sama, apl akan menyambung semula penyelarasan untuk folder Dropbox dengan lancar di lokasi semasa. Jika lokasi atau nama folder telah berubah, anda perlu memilih lokasi ini atau menggabungkan kandungan folder secara manual (arahan di bawah).

Jika anda memautkan komputer anda ke akaun yang lain, aplikasi akan mengesan bahawa folder Dropbox lain sudah pun wujud pada komputer itu. Ia akan memberi anda dua pilihan pada masa ini:
  • Pilih Lokasi Lain: Jika anda ingin folder Dropbox baru anda untuk berada dalam lokasi berbeza daripada folder sedia ada anda, pilihan ini akan membolehkan anda untuk memilih lokasi lain untuk folder Dropbox baru yang dikaitkan dengan akaun yang anda sedang pautkan.
  • Pasang: Jika anda ingin folder Dropbox baru anda untuk berada dalam lokasi yang sama seperti folder sedia ada anda, pilih pilihan ini. Pilihan ini akan menamakan semula folder Dropbox sedia ada kepada Dropbox (Lama) dan akan mencipta folder Dropbox baru untuk akaun yang anda sedang pautkan.

Menggabung kandungan dua akaun Dropbox secara manual

Menggabung secara manual berguna jika anda ingin memindahkan semua fail anda ke Dropbox yang baru, atau menggabungkan dua akaun dengan fail yang berbeza. Ikut langkah-langkah di bawah untuk menggabungkan akaun Dropbox anda.

  • Perhatian: Proses ini tidak akan memindahkan keahlian untuk folder kongsian—ia hanya akan memindahkan folder itu sahaja. Jika anda pilih untuk menggabungkan akaun, anda perlu menyertai semula sebarang folder kongsian yang pernah disertai.

Arahan untuk menggabung secara manual:

Katakanlah akaun yang anda ingin salinkan kandungan adalah daripada Akaun A. Akaun B adalah akaun kedua di mana anda ingin letakkan semua fail yang digabungkan.

  1. Selaraskan semua kandungan Akaun A ke komputer. Anda boleh melakukannya dengan mendaftar masuk ke apl desktop anda dan menyelaraskan kandungan Akaun A ke peranti ini. Pastikan semua kandungan Akaun A diselaraskan dengan memastikan bahawa Penyelarasan Terpilih tidak dibolehkan.
  2. Apabila Akaun A selesai melaras, anda boleh menyahpautkannya mengikut arahan di atas.
  3. Log masuk dengan akaun B dan pilih Pasang. Jika anda sedang menggabungkan dua akaun peribadi, folder Dropbox untuk Akaun A akan dinamakan semula kepada Dropbox (Lama) dan akaun B kini akan menggunakan folder Dropbox baru.
  4. Cari folder Dropbox (Lama), daripada Akaun A, dalam komputer anda dan bukanya.
  5. Cari folder Dropbox, untuk akaun B, dan bukanya.
  6. Salin atau alihkan fail daripada folder Dropbox (Lama) (Akaun A) kepada folder Dropbox baru (akaun B). Jika anda menerima mesej yang menyatakan bahawa sudah terdapat fail bernama “.dropbox” di dalam folder Dropbox baru anda, pilih “Jangan salin”.
  7. Penggabungan akan selesai selepas anda habis menyalin atau mengalihkan semua kandungan yang dikehendaki kepada folder Dropbox akaun B dan perubahan itu diselaraskan.

Jika anda menyalin folder atau fail dengan nama yang sama dari satu fail ke fail yang lain, fail yang baru disalin kini akan mempunyai (1) ditambahkan kepada nama fail untuk menandakan ia berlainan daripada versi sedia ada. Anda harus menentukan bagaimana untuk menyelesaikan duplikat ini secara manual.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan