{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Jenis fail yang boleh dilihat pada telefon atau tablet

Tunjukkan arahan untuk:

Android

Melihat pratonton fail di dalam apl Dropbox

Apl Dropbox Android akan memapar pratonton jenis fail yang berikut secara automatik:

  • Fail Adobe:
    • PDF (.pdf)
    • Illustrator (.ai, .eps)
    • Photoshop (.psd)
  • Imej (.bmp, gif, .jpeg, .jpg, .png, .tif, .tiff, .svg)
  • Fail Microsoft
    • Dokumen Microsoft Word (.doc, .docx)
    • Persembahan Microsoft PowerPoint (.ppt, .pptx, .pptm, .pps, .ppsm, .ppsx)
    • Hamparan Microsoft Excel (.xls, .xlsx)
  • Imej belum diproses (.cr2, .crw, .nef, .nrw, .sr2, .dng, .arw, .orf)
  • Fail teks (.txt, .csv, .rtf, .odt, .md)
  • Video (.3gp, .3gpp, .3gpp2, .asf, .avi, .dv, .m2t, .m4v, .mkv, .mov, .mp4, .mpeg, .mpg, .mts, .oggtheora, .ogv, .rm, .ts, .vob, .webm, .wmv, .flv)

Perhatian: Anda mungkin melihat pemberitahuan timbul di atas pratonton. Ini akan memberitahu anda jika terdapat versi baru, dan siapa yang telah membuat perubahan itu. Menekan Muat semula akan mengemas kini pratonton untuk menunjukkan versi fail terkini.

Untuk jenis fail yang lain, apl ini akan mencari peranti anda secara automatik untuk aplikasi yang boleh membuka jenis fail yang anda cuba lihat atau sunting. Secara lalai, sistem pengendalian Android boleh membuka format fail yang berikut:

  • Audio (.aac, .flac, .m4a, .mp3, .oga, .wav, .wma)

Peranti anda mungkin boleh membuka lebih banyak format fail secara natif, bergantung kepada perkakasan dan versi sistem pengendalian anda. Jika tidak, jika Dropbox tidak dapat mencari aplikasi yang boleh melihat jenis fail anda, anda perlu memasang apl yang boleh membuka fail anda.

Laman web Android mempunyai lebih banyak maklumat tentang format media yang disokong Android. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang memainkan media melalui aplikasi mudah alih Dropbox, lawati artikel pusat bantuan kami berkenaan menukar media untuk peranti anda.

Membuka dan menyunting fail dalam apl lain

Jika anda mahu membuka atau menyunting sebarang fail Dropbox di dalam aplikasi pihak ketiga, anda boleh melakukannya dengan membuka fail itu dengan apl lain.

  1. Lancarkan Dropbox dan layari fail yang anda mahu buka dengan apl lain.
  2. Tekan anak panah ke bawah di sebelah fail yang anda mahu buka atau sunting.
  3. Tekan Buka Dengan untuk melihat senarai aplikasi yang boleh digunakan untuk membuka fail. Anda boleh tekan Sentiasa untuk menetapkannya sebagai apl lalai untuk membuka fail jenis ini. Jika anda mahu menetapkan semula apl lalai anda, anda boleh melakukannya dalam tetapan apl Dropbox.

Mengeksport fail ke storan tempatan

Apl Dropbox Android juga membenarkan anda untuk mengeksport fail anda secara manual ke storan tempatan anda atau kad SD anda, jika ada.

  1. Lancarkan Dropbox dan semak imbas ke fail yang anda mahu eksport.
  2. Tekan anak panah ke bawah di sebelah kanan fail yang anda mahu eksport.
  3. Tekan Eksport.

Dropbox akan menjana senarai apl untuk anda mengeksport fail secara automatik, atau anda boleh pilih Simpan ke peranti untuk menyimpan fail ke storan tempatan anda. Jika anda tidak boleh melihat kad SD anda selepas menekan Simpan ke peranti, tekan butang menu di sebelah atas kanan skrin dan pilih Tetapan. Pastikan Tunjuk peranti lanjutan ditanda rait.

Bagaimana jika dokumen saya tidak memapar pratonton pada apl Dropbox?

Jika pratonton dokumen tidak berfungsi, ini barang kali kerana fail anda dilindungi kata laluan. Ini untuk memastikan fail anda kekal sulit sehingga kata laluan dimasukkan. Untuk membuka fail yang dilindungi kata laluan dari Dropbox:

  1. Tekan fail yang anda mahu buka (anda akan melihat mesej Pratonton tidak tersedia ).
  2. Tekan butang Buka Dengan.
  3. Jika diberikan pilihan, pilih program untuk membuka fail.
  4. Anda kemudian akan melihat skrin yang membolehkan anda memasukkan kata laluan.

Jika anda mempunyai fail dengan jenis fail yang disokong yang masih tidak boleh dipratonton pada peranti Android anda, hubungi pasukan Sokongan Dropbox.

iPad

Semua fail yang disokong oleh iPad anda dipratonton di dalam apl Dropbox. Apl Dropbox juga membolehkan anda membuka fail menggunakan apl lain yang menyokong jenis fail tersebut.

Perhatian: Anda mungkin melihat pemberitahuan timbul di atas pratonton. Ini akan memberitahu anda jika terdapat versi baru, dan siapa yang telah membuat perubahan itu. Menekan Muat semula akan mengemas kini pratonton untuk menunjukkan versi fail terkini.

Mengeksport fail ke apl lain

  1. Pilih fail yang anda ingin eksport ke apl lain.
  2. Tekan ikon perkongsian yang menunjukkan anak panah ke atas yang keluar daripada kotak.
  3. Tekan ikon Buka Dalam... daripada menu timbul. Senarai apl yang boleh membuka fail tersebut akan muncul. Pilih apl yang anda mahu untuk membuka fail.

Perhatian: Sebaik sahaja anda mengeksport fail ke apl lain, sebarang perubahan terhadap fail tersebut mungkin tidak akan disimpan kembali ke Dropbox anda kecuali apl secara khusus berintegrasi dengan Dropbox. Rujuk kepada dokumen atau sokongan apl tersebut untuk mengetahuinya dengan pasti.

Jenis fail asli

Format fail yang disokong secara asal oleh Apple boleh dipaparkan di dalam apl Dropbox dengan menekannya. Berikut merupakan senarai jenis-jenis fail yang disokong buat masa ini:

  • Audio (.aac, .aif, .aiff, .flac, .m4a, .mp3, .wav)
  • Fail Adobe:
    • PDF (.pdf)
    • Illustrator (.ai, .eps)
    • Photoshop (.psd)
  • Fail Apple
    • Pembentangan Keynote (.key)
    • Dokumen Pages (.pages)
    • Hamparan Numbers (.numbers)
  • Imej (.jpg, .tiff, .gif, .svg, .svgz, bmp, .png, .tif)
  • Fail pautan (.url, .webloc, .website)
  • Fail Microsoft
    • Dokumen Microsoft Word (.doc, .docx, .docm, .dot, .dotx, .dotm)
    • Persembahan Microsoft PowerPoint (.ppt, .pptx, .pps, .ppsx, .ppsm, .pptm, .potm, .pot)
    • Hamparan Microsoft Excel (.xls, .xlsx, .xslsm, .xlt, .xltx, .xltm)
  • Imej belum diproses (.cr2, .crw, .nef, .nrw, .sr2, .dng, .arw, .orf)
  • Fail teks dan rich-text (.csv, .txt, .rtf, dan banyak lagi)
  • Video (.mov, .mp4, .m4v, .3gp, .3gpp, .3gpp2, .asf, .avi, .dv, .m2t, .mkv, .mpeg, .mpg, .mts, .oggtheora, .ogv, .rm, .ts, .vob, .webm, .wmv, .flv)

iPhone

Semua fail yang disokong oleh iPhone anda dipratonton di dalam apl Dropbox. Apl Dropbox juga membolehkan anda membuka fail menggunakan apl lain yang menyokong jenis fail tersebut.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan