{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Apakah variasi promosi Vodafone + Dropbox, dan berapakah ruang yang saya boleh perolehi?

Aplikasi Vodafone Backup+ akan ditutup pada 31 Julai 2017. Ia tidak lagi akan tersedia selepas tarikh ini. Jika anda telah menyandarkan fail ke Dropbox menggunakan Vodafone Backup+, fail-fail itu akan masih selamat di dalam Dropbox. Hanya daftar masuk ke akaun Dropbox anda untuk mengakses fail anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai penutupan Vodafone Backup+.

Di sesetengah negara, pengguna Dropbox baru dan sedia ada boleh memperoleh 25 GB, 50 GB, malah 100 GB ruang Dropbox percuma, dengan menyambungkan akaun mereka dengan akaun Vodafone Backup+ . Ruang ini akan tersedia selama 3, 6, 12 atau 24 bulan (atau selagi tarif anda berlangsung dengan Vodafone), bergantung kepada negara asal anda.

Untuk menyemak jika anda layak untuk salah satu pelan storan tambahan ini, hubungi pasukan khidmat pelanggan Vodafone tempatan anda. Untuk melihat butir-butir promosi ini, dan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan lazim (FAQ), tatal ke bahagian Terma dan kelayakan artikel ini.

Perhatian:

  • Di beberapa negara, pengguna Dropbox baru boleh memperoleh 25 GB ruang tambahan selama 12 bulan, juga secara percuma.
  • Dropbox dan Vodafone juga telah bekerjasama untuk membolehkan pelanggan di beberapa negara untuk membeli 25 GB ruang tambahan. Ini akan diperbaharui secara bulanan selagi anda menjadi pelanggan kedua-dua perkhidmatan.

Terma dan kelayakan

Adakah saya perlu membayar untuk tawaran promosi ini?

Tidak. Jika anda berada di salah satu negara yang layak, Vodafone akan membayar untuk tempoh percuma sebagai sebahagian daripada pelan Vodafone anda.

Saya hanya melihat 3 GB ruang tambahan. Apa yang saya boleh lakukan untuk peroleh lebih banyak?

Untuk membuka semua ruang promosi yang tersedia untuk anda, lengkapkan 5 daripada 7 langkah daripada panduan Bermula Dropbox.

Ruang promosi sah untuk berapa lama?

Ruang promosi akan diperbaharui secara automatik secara bulanan. Jika anda dalam promosi 25 GB, anda akan dipindahkan kepada tawaran berbayar pada penghujung tempoh percuma anda. Promosi 50 GB dan 100 GB akan berakhir selepas 24 bulan dan tidak akan dipindahkan ke mana-mana pelan berbayar.

Bolehkah saya memautkan beberapa akaun Vodafone Backup+ dengan akaun Dropbox yang sama?

Tidak. Akaun Dropbox anda hanya boleh dipautkan dengan satu akaun Vodafone Backup+ pada satu-satu masa.

Bolehkah saya memautkan apl Backup+ dengan beberapa akaun Dropbox?

Tidak. Hanya satu akaun Dropbox boleh dipautkan dengan Backup+. Jika anda ingin menukar akaun Dropbox yang dipautkan dengan Backup+, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan Vodafone tempatan anda.

  • Perhatian: Hanya akaun Dropbox pertama yang anda cipta dan pautkan ke Backup+ akan layak untuk ruang promosi.

Mengapa saya tidak layak mendapat ruang promosi 25 GB tambahan?

Pengguna di beberapa negara layak menerima 25 GB tambahan selama 12 bulan, secara percuma. Terdapat beberapa sebab anda mungkin tidak layak untuk ruang ini, termasuk:

  • Anda bukan pengguna Dropbox pertama (tawaran ini adalah untuk pengguna Dropbox baru sahaja)
  • Akaun Backup+ anda telah pun dipautkan dengan akaun Dropbox yang lain
  • Promosi tidak boleh didapati dalam negara anda

Bilakah tawaran ini boleh didapati di negara saya?

Jika tawaran promosi ruang Dropbox belum tersedia di negara anda, sila sedia maklum bahawa kami sentiasa berusaha dengan Vodafone untuk mengembangkan tawaran ini ke negara lain. Semak semula dengan pasukan khidmat pelanggan Vodafone tempatan anda sekali sekala untuk melihat jika promosi baru boleh didapati.

Bagaimana saya berhenti melanggan promosi ini?

Anda boleh berhenti langganan pada bila-bila masa dengan melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Buka apl Vodafone Backup+.
  2. Tekan butang menu.
  3. Tekan Langganan saya.
  4. Tekan Berhenti melanggan.

Jika anda ada sebarang soalan lain tentang membatalkan langganan anda, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan Vodafone.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan