Tambah imej, video, dan media lain ke Dropbox Paper

Pertingkatkan dokumen Paper anda dengan menambah imej, video, dan media lain secara terus ke dalam dokumen anda. Dalam Paper, anda boleh:

  • Susun media dengan cara yang anda mahu
  • Benamkan fail dari perkhidmatan lain ke dalam dokumen Paper

Masukkan media ke dalam dokumen Paper

Anda boleh memasukkan media ke dalam dokumen Paper dengan beberapa cara:

  • Klik pada barisan kosong dalam dokumen Paper anda, kemudian klik ikon dua segi empat tepat. Pilih fail untuk ditambah daripada komputer anda atau dari Dropbox.
  • Seret fail media dari komputer anda terus ke dalam dokumen Paper.
  • Salin dan tampal fail media atau URL.
  • Dalam aplikasi mudah alih, tekan ikon kamera semasa menyunting dokumen.

Dalam setiap keadaan imej akan muncul secara automatik.

Selepas anda sisipkan imej, anda boleh tambah kapsyen:

  1. Klik imej untuk memilihnya.
  2. Klik Tulis kapsyen di bawah imej.
  3. Taipkan kapsyen anda.

Galeri dan susun atur imej

Jika anda seret atau salin dan tampal imej sebelah menyebelah di dalam dokumen anda, imej akan diatur secara automatik kepada paparan galeri.

Anda boleh mengheret imej di sekitar halaman untuk menyusunnya semula dan ia akan berubah saiz supaya muat. Jenis imej yang disokong termasuk .png, .tiff, .jpeg, .gif, dan banyak lagi.

Untuk mencipta imej skrin lebar, atau untuk mengubah orientasi imej pada halaman, klik imej sekali dan pilih dari menu yang muncul.

Perhatian: Anda hanya boleh mengalih atau membesarkan imej individu, bukan yang berada sebelah menyebelah di dalam galeri.

Pilih format imej

Lightbox imej

Klik imej dalam dokumen untuk membuka lightbox imej. Daripada lightbox imej, anda boleh:

  • Lihat imej saiz penuh
  • Ulas, balas, dan selesaikan komen pada imej
  • Klik antara imej dalam dokumen

Benamkan media dalam dokumen

Paper menyokong pembenaman fail video dan bunyi, serta jenis dokumen yang lain. Dengan sesetengah jenis fail, seperti Figma atau Google Maps, orang ramai boleh berinteraksi dengannya.

Anda boleh membenamnya seperti yang anda lakukan dengan imej: menggunakan salin/tampal pautan, menyeret pautan, atau menggunakan ikon + (tambah). Paper menyokong semua jenis fail yang anda boleh pratonton dalam Dropbox, dan:

  • Facebook
  • Figma
  • Framer
  • Gist
  • Isu Github dalam repositori awam
  • Google Calendar
  • Dokumen Google
  • Google Drive
  • Google Maps
  • Google Sheets
  • Google Slides
  • Instagram
  • Invision
  • Marvel
  • Pastebin
  • Pinterest
  • Prezi
  • Slideshare
  • Soundcloud
  • Speaker Deck
  • Spotify
  • Trello
  • Twitter
  • Vimeo
  • XKCD
  • YouTube

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan