Cara mengarkib atau memulihkan dokumen Paper dan folder

Dikemas kini Apr 14, 2024
person icon

Artikel ini adalah untuk pelanggan Dropbox yang menggunakan Dropbox Paper keluaran lama. Pengarkiban tidak tersedia untuk mereka yang menggunakan Dropbox Paper keluaran 2020.

 

Untuk mengetahui sama ada anda sedang menggunakan Dropbox Paper keluaran lama:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Cipta.
  3. Layangkan tetikus ke atas Dokumen

 

Jika anda tidak nampak Dropbox Paper dalam senarai jenis dokumen, maka anda sedang menggunakan keluaran lama.

 

Jika anda dapat melihat Dropbox Paper dalam senarai jenis dokumen, maka anda sedang menggunakan Dropbox Paper keluaran 2020.

Artikel ini menerangkan cara mengarkibkan, memulihkan dan menghapuskan dokumen dan folder Dropbox Paper secara kekal . Sebaliknya, jika anda ingin memulihkan fail Dropbox yang lain, ketahui cara memulihkan fail dan folder terhapus.

 

Hanya pencipta dan pengguna yang mempunyai keizinan menyunting boleh mengarkibkan dokumen Paper. Apabila dokumen Paper diarkibkan, dokumen itu akan menjadi baca sahaja untuk semua orang yang telah menerima perkongsian.

Cara mengarkib dokumen Paper

Untuk mengarkibkan dokumen Dropbox Paper:

  1. Buka dokumen yang ingin diarkibkan.
  2. Klik "" (elipsis).
  3. Klik Arkib.

Cara mengarkib folder Paper

Untuk mengarkibkan folder Dropbox Paper:

  1. Layangkan tetikus ke atas folder yang ingin diarkibkan.
  2. Klik kotak rait.
  3. Klik Arkib.

Cara mencari dan memulihkan dokumen Paper yang diarkibkan

Untuk mencari dan memulihkan dokumen Dropbox Paper:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Klik Paper daripada menu yang muncul.
  4. Klik tab Dokumen.
  5. Klik menu pilihan pengisihan/penapisan di bahagian atas sebelah kanan pada senarai dokumen anda. Secara lalai, dokumen itu ditetapkan kepada Dilihat baru-baru ini.
  6. Klik Diarkibkan. Anda akan melihat senarai dokumen anda yang diarkibkan.
  7. Klik dokumen untuk dibuka.
  8. Klik “” (elipsis) di bahagian sudut atas kanan.
  9. Klik Pulihkan

Cara mencari dan memulihkan folder Paper yang diarkibkan

Untuk mencari dan memulihkan folder Dropbox Paper:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Klik Paper daripada menu yang muncul.
  4. Klik tab Folder.
  5. Klik menu pilihan pengisihan/penapisan di bahagian atas sebelah kanan pada senarai dokumen anda. Secara lalai, folder itu ditetapkan kepada Mengikut Abjad.
  6. Klik Arkibkan.
  7. Klik folder.
  8. Klik Pulihkan.

Cara menghapuskan folder Paper secara kekal

Untuk menghapuskan folder Dropbox Paper secara kekal:

  1. Arkibkan folder.
  2. Klik Folder.
  3. Klik Arkibkan.
  4. Klik folder.
  5. Klik Hapuskan secara kekal.
  6. Klik Hapuskan secara kekal sekali lagi.
highlight icon

Perhatian: Dokumen Dropbox Paper yang diarkibkan sebelum 1 Jun 2017 akan dialihkan ke tab Terhapus dalam Paper (bukannya kekal dalam Diarkibkan).

Sebelum ini, Paper tidak menawarkan cara mudah untuk menghapuskan dokumen sehingga ramai pengguna menggunakan Arkib untuk membuang dokumen daripada senarai dokumen mereka sedangkan mereka sebenarnya ingin menghapuskan dokumen mereka. Sekarang Paper mempunyai pilihan untuk menghapuskan, kami akan mengalihkan semua dokumen yang diarkibkan ke senarai Terhapus.

 

Jika dokumen yang ingin disimpan berada dalam senarai Terhapus, anda boleh alihkan dokumen ini kembali ke senarai Arkib dengan mudah.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan