Cara mencipta dan memformatkan jadual dalam Dropbox Paper

Dikemas kini Nov 07, 2023

Cara paling mudah untuk menambah jadual kepada dokumen Paper anda adalah dengan:

  1. Taip “/table” ke dalam dokumen anda (ini adalah ciri perintah pintas).
  2. Tambah bilangan baris dan lajur yang diingini.
    • Contohnya, jika anda ingin mencipta jadual dengan 3 baris dan 4 lajur, anda boleh taip “/table 3x4”
  3. Tekan kekunci Enter.

Selain itu, anda boleh mencipta jadual secara manual:

  1. Klik pada satu baris kosong dalam dokumen anda.
  2. Klik ikon grid (Tambah jadual) dalam menu ikon berwarna kelabu yang muncul.

Cara memformatkan jadual anda dalam Paper

Tambah baris atau lajur

  1. Klik di mana-mana dalam jadual anda. Pemilih akan muncul di luar jadual anda.
  2. Jika anda ingin menambah satu lajur, klik ikon  +  di bahagian atas jadual anda.
  3. Jika anda ingin menambah satu baris, klik ikon + di bahagian kiri jadual anda.
  4. Jika anda ingin menambah beberapa lajur atau baris, klik dan seret ikon +.

Hapuskan baris atau lajur

  1. Klik mana-mana pada baris atau lajur yang ingin dibuang. Pemilih akan muncul di luar jadual anda.
  2. Untuk menghapuskan satu jalur, klik pemilih di atasnya dan klik ikon tong sampah. 
  3. Untuk menghapuskan satu baris, klik pemilih di sebelah kirinya dan klik ikon tong sampah.
  4. Untuk menghapuskan beberapa baris atau lajur, tahan kekunci Shift sambil mengklik beberapa pemilih dan klik ikon tong sampah. 

Susun semula baris atau lajur

  1. Klik satu sel dalam baris atau lajur yang ingin diatur semula. Pemilih akan muncul di luar jadual anda.
  2. Klik pemilih baris atau lajur yang ingin dialih dan seretkan ia ke posisi yang diingini. 

Tambah imej

  1. Klik di mana sahaja dalam sel yang anda mahu tambah imej.
  2. Klik ikon Tambah imej dalam menu yang muncul. 

Tambah warna latar belakang pada baris atau lajur

  1. Klik mana-mana pada baris atau lajur yang ingin diubah warna. Pemilih akan muncul di luar jadual anda.
  2. Untuk mengubah warna latar belakang baris, klik pemilih di bahagian kirinya dan klik ikon palet.
  3. Untuk mengubah warna latar belakang lajur, klik pemilih di atasnya dan klik ikon palet. 
  4. Untuk menukar warna latar belakang beberapa baris atau lajur, tahan kekunci Shift sambil anda mengklik beberapa pemilih dan klik ikon palet.
highlight icon

Perhatian: Jadual skrin penuh tidak lagi disokong. Sebaliknya, anda boleh menatal jadual anda secara mendatar.

Cara mengatur jadual dalam Paper

Anda boleh mengatur lajur dalam jadual anda mengikut kronologi, mengikut abjad, atau angka. Untuk melakukannya:

  1. Tukar baris teratas jadual anda kepada pengepala dengan mengklik pemilih di sebelah kiri baris dan menogol butang pengepala (Hidupkan/matikan pengepala teratas)
  2. Klik mana-mana dalam sel pengepala lajur yang ingin diatur. Anak panah akan muncul di dalam sel.
  3. Klik anak panah untuk mengatur.
highlight icon

Perhatian: Penyusunan akan mengubah kandungan jadual anda secara kekal.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan