Mengintegrasi Dropbox Paper dengan Dropbox

Paper adalah produk Dropbox. Setiap dokumen dan folder yang dicipta dalam Paper disimpan di dalam Dropbox, dan anda harus mempunyai akaun Dropbox untuk mengakses Paper.

Adakah dokumen Paper dikira terhadap kuota simpanan Dropbox saya?

Tidak buat masa ini. Buat masa ini, Dropbox Paper tidak mengehadkan bilangan dokumen yang anda boleh cipta, dan termasuk sejarah versi tanpa had tanpa mengira anda berada dalam pelan Dropbox yang mana. Walau bagaimanapun, kami boleh menyemak semula dasar ini pada masa hadapan.

Bolehkah saya mengakses dokumen Paper dari Dropbox?

Anda boleh mengakses Paper dengan mengklik tab Paper di dropbox.com atau dengan melayari paper.dropbox.com.

Jika anda tidak melihat pautan untuk Paper dan anda menggunakan Dropbox Business, pentadbir pasukan anda mungkin telah melumpuhkan Paper. Hubungi pentadbir anda untuk berbincang mengenai akses ke Paper.

Bolehkah saya mengakses fail Dropbox dalam Paper?

Walaupun anda tidak boleh mengakses secara terus fail Dropbox anda dalam Paper, anda boleh memaut atau membenamkan fail dari Dropbox anda secara terus ke dalam dokumen (sebagai contoh, fail imej atau media):

  1. Layangkan tetikus anda pada margin di sebelah kiri teks anda.
  2. Klik ikon + (tambah) yang muncul.
  3. Klik ikon Dropbox.
  4. Dalam tetingkap yang timbul, pilih fail yang anda ingin tambah ke dokumen.

Adakah saya perlu mendaftar masuk ke Dropbox untuk mengakses Paper?

Ya, anda perlu mendaftar masuk ke dalam Dropbox untuk mengakses Paper. Jika anda tidak mendaftar masuk ke dalam Dropbox, anda akan diminta untuk mendaftar masuk apabila anda melayari halaman utama Paper .

Adakah Paper disertakan dalam Dropbox API?

Paper API v1 membolehkan anda berkongsi, mengarkib, menghapuskan, atau mengeksport dokumen. Rakan kongsi pihak ketiga boleh membina penyelesaian yang membantu pentadbir Dropbox Business memantau aktiviti pekerja, menguruskan dasar perkongsian, dan melindungi data.

Ketahui lebih lanjut tentang Paper API.

Adakah Paper mempunyai tahap keselamatan dan privasi yang sama yang saya dapat dengan Dropbox?

Paper mempunyai keselamatan yang sama seperti Dropbox, dengan beberapa pengecualian untuk pasukan Dropbox Business.

Ketahui lebih lanjut tentang keselamatan di Dropbox.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Contact support