{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Cara menyisip sebarang fail ke dalam Dropbox Paper

Untuk menyisipkan sebarang jenis fail—termasuk imej, video, atau dokumen—ke dalam badan dokumen Paper, anda boleh terus seret dan lepaskan fail, selagi ia kurang daripada 50 MB. 

Untuk menyeret fail masuk ke dalam dokumen Dropbox Paper:

  1. Buka dokumen Paper yang diingini.
  2. Seretkan mana-mana fail ke dalam dokumen itu. Satu garisan biru akan muncul untuk membantu anda meletaknya. 

Fail-fail anda akan dimuat naik secara automatik ke folder dalam Dropbox anda yang dinamakan Muat Naik Paper. Kemudian Dropbox akan mencipta pautan ke fail itu dan tampalkan ia ke dalam dokumen Paper anda. 

Perhatian: Imej tidak akan dimuat naik ke Dropbox anda dan tidak akan dikira terhadap kuota storan anda. 

Anda juga boleh menyisipkan fail secara manual:

  1. Klik pada satu baris kosong dalam dokumen Paper anda.
  2. Klik ikon Tambah mediadalam menu yang muncul. 
  3. Pilih fail.

Apa akan berlaku jika saya menyeret masuk fail yang sudah ada dalam Dropbox saya?

Jika anda menyeret masuk fail yang sepadan dengan fail yang sudah ada dalam akaun Dropbox anda, ia akan memaut ke fail sedia ada untuk menjimatkan ruang dalam akaun anda. 

Jika anda menyeret masuk fail yang separa sepadan dengan fail yang sudah ada dalam Dropbox, anda akan nampak mesej ini: Item mungkin sudah wujud dalam Dropbox. Kemudian anda boleh pilih untuk:

  • Memaut ke fail sedia ada dalam akaun Dropbox anda
  • Atau gunakan fail baru yang anda seret masuk

Bolehkah saya menyeret beberapa fail ke dalam Dropbox Paper serentak?

Ya, anda boleh menyeret beberapa fail ke dalam dokumen Paper secara serentak selagi ia berada di bawah had ruang Dropbox anda. 

Bolehkah saya menyeret folder ke dalam dokumen Dropbox Paper? 

Tidak, buat masa ini anda cuma boleh menyeret fail ke dalam dokumen Paper. Ketahui bagaimana untuk memaut ke folder dalam Dropbox Paper. 

Bagaimanakah wajah fail saya setelah ia dilepaskan?

Jika anda menyeret sejenis fail yang disokong oleh Paper, anda akan nampak tangkapan skrin atau pratonton fail tersebut. Lihat senarai lengkap jenis-jenis fail yang disokong di sini.

Jika jenis fail anda tidak disokong oleh Paper, anda akan nampak ikon UFO dan nama fail anda. Anda akan masih dapat mengklik dan mengakses fail anda—anda cuma tidak akan nampak pratontonnya. 

Ketahui lebih lanjut tentang jenis fail yang akan dipratonton dan bagaimana untuk menyesuaikan pratonton tersebut.

Apa akan berlaku jika saya menyeret masuk fail yang sudah ada dalam Dropbox saya?

Jika anda menyeret masuk fail yang sepadan dengan fail yang sudah ada dalam akaun Dropbox anda, ia akan memaut ke fail sedia ada untuk menjimatkan ruang dalam akaun anda. 

Jika anda menyeret masuk fail yang separa sepadan dengan fail yang sudah ada dalam Dropbox, anda akan nampak mesej ini: Fail mungkin sudah wujud dalam Dropbox. Kemudian anda boleh pilih untuk:

  • Memaut ke fail sedia ada dalam akaun Dropbox anda
  • Atau gunakan fail baru yang anda seret masuk

Bolehkah saya menyeret beberapa fail ke dalam Dropbox Paper serentak?

Ya, anda boleh menyeret beberapa fail ke dalam dokumen Paper secara serentak selagi ia berada di bawah had ruang Dropbox anda. 

Bolehkah saya menyeret folder ke dalam dokumen Dropbox Paper? 

Tidak, buat masa ini anda cuma boleh menyeret fail ke dalam dokumen Paper. Bagaimanapun, anda boleh menyisipkan pautan ke folder.

Bagaimanakah wajah fail saya setelah ia dilepaskan?

Jika anda menyeret sejenis fail yang disokong oleh Paper, anda akan nampak tangkapan skrin atau pratonton fail tersebut. Lihat senarai lengkap jenis-jenis fail yang disokong di sini

Jika jenis fail anda tidak disokong oleh Paper, anda akan nampak ikon UFO dan nama fail anda. Anda akan masih dapat mengklik dan mengakses fail anda—anda cuma tidak akan nampak pratontonnya. 

Ketahui lebih lanjut tentang jenis fail yang akan dipratonton dan bagaimana untuk menyesuaikan pratonton tersebut.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan