Isu dengan muat naik kamera Dropbox pada Mac

Kami menemui satu ketidakserasian antara apl desktop Dropbox dan versi tertentu macOS Sierra. Isu ini mungkin telah menghalang sesetengah fail daripada diimport sepenuhnya ke Dropbox, jika anda telah menggunakan ciri muat naik kamera untuk mengimport ke Dropbox daripada komputer desktop anda. Ia menjejaskan hanya sebilangan kecil pengguna tertentu. Dalam situasi terpencil ini, isu ini mungkin menyebabkan foto dan video yang tidak lengkap atau tidak boleh digunakan lagi.

Artikel ini menggariskan siapa yang mungkin telah terjejas dengan isu ini. Jika akaun anda telah terjejas, artikel ini juga menjelaskan apa yang anda boleh lakukan seterusnya.

Nota penting:

  • Kami cadangkan supaya anda tidak menghapuskan sebarang fail daripada peranti anda sehingga anda mengesahkan ia telah diimport ke Dropbox dengan betul.

Siapakah yang terjejas dengan isu ini?

Masalah ketidakserasian ini menjejaskan hanya sebilangan pengguna tertentu pada macOS Sierra, dan orang yang mengimport fail ke Dropbox dengan cara tertentu.

Anda mungkin telah terjejas dengan isu ini jika semua yang berikut adalah benar:

  • Anda menggunakan apl desktop Dropbox (versi 17.4.33 atau lebih lama) pada komputer Apple
  • Anda sedang menjalankan macOS Sierra 10.12.2 pada komputer tersebut
  • Anda mengimport fail ke Dropbox pada komputer itu menggunakan ciri muat naik kamera
  • Anda mengimport fail-fail ini dengan menyambungkan peranti terus ke komputer anda melalui USB
  • Fail-fail ini diimport selepas 12 Disember 2016
  • Sekurang-kurangnya satu fail lebih besar daripada 4 MB

Setiap satu situasi ini mestilah benar untuk anda berkemungkinan untuk terjejas oleh isu ini. Walaupun jika salah satu situasi ini adalah salah, maka anda tidak sepatutnya terjejas oleh isu ini.

Nota penting:

  • Anda tidak sepatutnya terjejas oleh isu ini jika anda mengimport foto atau video daripada peranti mudah alih ke Dropbox melalui apl mudah alih.
  • Anda hanya akan terjejas oleh isu ini jika anda menyambungkan peranti terus ke komputer anda melalui USB, dan kemudian mengimport foto atau video ke Dropbox menggunakan muat naik kamera. "Peranti" dalam situasi ini boleh jadi telefon mudah alih, kad SD, atau kamera digital.

Bagaimana saya boleh tahu jika saya terjejas dengan ketidakserasian ini?

Pertama sekali, pastikan anda sudah membaca bahagian di atas. Ia menjelaskan satu set kriteria tertentu yang mestilah benar untuk anda berkemungkinan untuk terjejas oleh isu ini. Jika mana-mana enam kriteria itu adalah tidak benar, maka anda barang kali tidak terjejas.

Jika anda terjejas, anda akan mengetahuinya dengan menyemak fail besar yang telah diimport ke Dropbox dengan menyambungkan peranti ke komputer anda melalui USB. Secara khususnya, anda akan melihat salah satu daripada tiga tingkah laku yang berikut:

  • Foto anda tidak lengkap (anda hanya melihat sebahagian kecil imej)
  • Video anda tidak boleh dimainkan
  • Foto atau video anda gagal untuk dibuka sama sekali

Saya terjejas oleh ketidakserasian ini. Apakah yang harus saya lakukan?

Jika anda terjejas dengan isu ini, anda perlu melakukan dua perkara:

  1. Kemas kini terhadap versi terkini apl desktop Dropbox (+17.4.34)—kami telah menyelesaikan isu keserasian dalam versi terbaru apl kami.
  2. Sambungkan semula peranti asal yang anda gunakan untuk muat naik kamera—kemudian Dropbox sepatutnya mengimport semula dan menggantikan fail yang tidak lengkap atau tidak boleh digunakan.

Versi terbaru apl desktop Dropbox (+17.4.34) akan membaiki isu ini untuk import fail masa hadapan. Ia juga akan membantu anda membaiki sebarang fail yang mungkin tidak lengkap atau tidak boleh digunakan.

Nota penting:

  • Kami cadangkan supaya anda tidak menghapuskan sebarang fail daripada peranti anda sehingga anda mengesahkan ia telah diimport ke Dropbox dengan betul
  • Penggantian automatik fail yang tidak lengkap atau tidak boleh digunakan hanya akan berfungsi jika fail yang baru mempunyai nama yang sama, dan versi asal (tidak lengkap) terus berada di dalam folder Muat naik kamera
  • Jika anda menamakan semula fail atau mengeluarkannya daripada folder Muat naik kamera selepas import yang pertama, pengimportan semula boleh mencipta set fail yang kedua (anda akan melihat versi baru dan versi tidak lengkap atau tidak boleh digunakan)
    • Anda kemudian boleh menghapuskan versi tidak lengkap atau tidak boleh digunakan daripada Dropbox secara manual

Bagaimana jika saya sudah menghapuskan fail tidak lengkap atau tidak boleh digunakan daripada peranti saya?

Jika anda sudah menghapuskan fail yang terjejas dengan isu ini, kami mungkin tidak akan dapat memulihkannya untuk anda. Sila hubungi kami secepat yang mungkin supaya kami boleh menyiasatnya lebih lanjut. Jika kami mampu untuk memulihkan fail yang terhapus, kami akan berusaha sedaya upaya untuk melakukannya.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu