Menggunakan ciri muat naik kamera Dropbox

Muat naik kamera boleh menambah foto dan video dari kamera, telefon atau tablet anda ke Dropbox. Foto dan video anda akan tersedia dan boleh dilihat dari mana sahaja dalam akaun Dropbox anda. 

Anda boleh menggunakan muat naik kamera dalam dua cara:

  • Secara wayarles daripada telefon atau tablet anda, menggunakan apl iOS, Android, atau Windows Mobile
  • Menyambungkan kamera, telefon atau tablet ke komputer anda dan menggunakan apl desktop Dropbox untuk Mac atau Windows

Foto dan video anda akan dimuat naik ke dalam folder Muat Naik Kamera dalam akaun Dropbox anda.

Syarat-syarat

Muat naik kamera boleh didapati untuk:

Perhatian: Jika anda merupakan pelanggan Dropbox Business, ketahui cara untuk memuat naik foto ke dalam akaun anda.

Untuk menggunakan muat naik kamera, anda perlu:

Tunjukkan arahan untuk:

Android

Bolehkan muat naik kamera

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan butang menu.
  3. Tekan ikon gear.
  4. Di bawah Muat naik kamera, pilih Hidupkan muat naik kamera.
  5. Pilih Benarkan.

Anda juga boleh memilih cara bagaimana muat naik kamera berfungsi pada telefon anda:

  • Perkara untuk dimuat naik: pilih jika anda ingin memuat naik foto dan video sahaja ke dalam folder Muat Naik Kamera.
  • Cara untuk muat naik: pilih jika muat naik kamera berfungsi apabila anda menggunakan pelan data, atau hanya pada Wi-Fi.
  • Gunakan pelan data: jika anda memilih untuk muat naik menggunakan pelan data dan Wi-Fi, anda boleh memilih jika muat naik kamera menggunakan pelan data anda untuk semua fail, atau hanya untuk fail di bawah 25 MB.
  • Bila untuk muat naik: pilih jika muat naik kamera berfungsi hanya apabila telefon anda sedang dicas atau tetapkan had paras bateri. Jika bateri anda berada di bawah had ini, muat naik kamera akan berhenti berfungsi.

Jika anda ingin melumpuhkan muat naik kamera, gunakan arahan yang sama dan pilih Matikan muat naik kamera.

iOS

Bolehkan muat naik kamera

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Pilih tab Terkini dan ketik ikon gear.
  3. Di bawah Tetapan, pilih Muat Naik Kamera.
  4. Togol Muat Naik Kamera hidup.

Anda juga boleh memilih cara bagaimana muat naik kamera berfungsi pada telefon anda:

  • Muat Naik Video: pilih jika anda ingin muat naik kedua-dua foto atau video ke dalam folder Muat Naik Kamera
  • Gunakan Data Selular: pilih jika muat naik kamera berfungsi apabila anda menggunakan data selular. Dropbox tidak akan memuat naik video menggunakan data selular.
  • Gunakan Data Selular untuk Video: jika kedua-dua Muat Naik Video dan Gunakan Data Selular ditogolkan hidup, anda mempunyai pilihan untuk memilih jika video dimuat naik menggunakan data selular.
  • Muat Naik Latar Belakang: membolehkan muat naik kamera untuk selesai menambah foto ke Dropbox anda, walaupun anda tidak membuka apl Dropbox. Secara lalainya, apl Dropbox tidak memuat naik fail apabila apl ditutup. Jika anda menghidupkan muat naik latar belakang, Dropbox akan terus memuat naik foto dan video apabila apl mengesan perubahan ketara dalam lokasi peranti anda.

Perhatian: Muat naik latar belakang membantu muat naik kamera untuk berfungsi dengan lebih efisien; ia tidak mengumpul maklumat lokasi anda dalam apa jua cara.

Jika anda ingin melumpuhkan muat naik kamera, gunakan arahan yang sama dan togol Muat naik kamera mati.

Windows Mobile

Bolehkan muat naik kamera

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan ikon gear.
  3. Pilih Muat naik kamera.
  4. Togol Muat naik kamera hidup.

Setelah dibolehkan, muat naik kamera akan menambah foto secara automatik, malah apabila apl Dropbox ditutup. Foto hanya akan dimuat naik apabila:

  • Telefon anda dicucuk, dan mempunyai bateri penuh atau hampir penuh
  • Anda bersambung dengan Wi-Fi
  • Telefon anda dikunci

Jika anda ingin melumpuhkan muat naik kamera, gunakan arahan yang sama dan togol Muat naik kamera mati.

Tukar tetapan muat naik kamera

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Buka tab Fail, Foto, atau Kegemaran.
  3. Tekan ikon (elipsis).
  4. Tekan Muat Naik Kamera.
    • Togol pilihan Muat Naik Apabila Dibuka dalam tetapan muat naik kamera. Ini memastikan foto akan dimuat naik walaupun telefon anda tidak dikunci dan tidak dicucuk, selagi ia bukan dalam mod Penjimatan Tenaga.
    • Togol pilihan Gunakan Data Selular untuk memuat naik foto anda apabila apl dibuka, tetapi anda bersambung ke rangkaian selular.

Perhatian: Muat naik video automatik tidak disokong oleh Windows Mobile buat masa ini.

Mac

Bolehkan muat naik kamera

  1. Jika anda belum melakukannya, pasangkan apl desktop Dropbox dan daftar masuk.
  2. Sambungkan kamera, telefon, atau tablet dalam komputer anda. Anda akan digesa untuk memuat naik foto ke folder Dropbox anda.
  3. Pilih Import Gambar dan Video menggunakan Dropbox

Jika anda telah memutuskan untuk tidak menggunakan muat naik kamera dengan peranti anda sebelum ini, anda boleh membolehkannya dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Klik ikon Dropbox dalam bar menu anda.
  2. Klik ikon gear.
  3. Pilih Keutamaan…
  4. Di bawah Import, tandakan rait pada kotak di sebelah Bolehkan muat naik kamera untuk. Anda boleh memilih untuk membolehkan muat naik kamera untuk foto dan video, atau foto sahaja.

Foto anda akan disimpan secara automatik ke folder Muat Naik Kamera dalam akaun Dropbox anda.

  • Peranti Android: Pilih Sambung sebagai Pemacu Cakera daripada bar status
  • Peranti iOS: Buka skrin untuk membolehkan muat naik kamera diteruskan

Windows

Bolehkan muat naik kamera

  1. Jika anda belum melakukannya, pasangkan apl desktop Dropbox dan daftar masuk.
  2. Sambungkan kamera, telefon, atau tablet dalam komputer anda. Anda akan digesa untuk memuat naik foto ke folder Dropbox anda.
  3. Pilih Import Gambar dan Video menggunakan Dropbox

Jika anda telah memutuskan untuk tidak menggunakan muat naik kamera dengan peranti anda sebelum ini, anda boleh membolehkannya dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem anda.
  2. Klik ikon gear.
  3. Pilih Keutamaan…
  4. Di bawah Import, tandakan rait pada kotak di sebelah Bolehkan muat naik kamera untuk. Anda boleh memilih untuk membolehkan muat naik kamera untuk foto dan video, atau foto sahaja.

Foto anda akan disimpan secara automatik ke folder Muat Naik Kamera dalam akaun Dropbox anda.

  • Peranti Android: Pilih Sambung sebagai Pemacu Cakera daripada bar status
  • Peranti iOS: Buka skrin untuk membolehkan muat naik kamera diteruskan

Linux

Muat naik kamera tidak tersedia pada Linux. Semak Komuniti Dropbox untuk kemas kini dan maklumat lanjut.

Memuat naik foto daripada berbilang peranti

Muat naik kamera hanya memuat naik setiap foto dan video ke dalam folder Muat Naik Kamera sekali sahaja. Jika anda melumpuhkan kemudian membolehkan semula muat naik kamera, atau jika anda membolehkan muat naik kamera pada kedua-dua telefon dan komputer anda, foto dan video anda hanya akan dimuat naik sekali sahaja.

Lihat foto anda dalam apl Dropbox

Anda boleh melihat semua foto di dalam Dropbox dengan memilih tab Foto (ikon foto) di bahagian bawah skrin telefon anda.

Dropbox Business

Jika anda merupakan pengguna Dropbox Business, anda boleh menggunakan muat naik kamera dengan menghubungkan akaun peribadi ke akaun kerja anda. Untuk menambah foto dan video dari telefon anda ke akaun kerja anda, anda boleh memilih fail individu dan menambahnya secara manual.

Muat naik kamera telah dimatikan untuk Dropbox Business pada 9 April 2014. Perubahan ini dibuat untuk membantu anda mengelak daripada mencampuradukkan fail peribadi dan kerja.

Jika anda menggunakan Dropbox Busines sebelum 9 April 2014, atau jika akaun kerja anda pernah menjadi akaun peribadi anda, anda mungkin mempunyai folder Muat Naik Kamera . Walau bagaimanapun, ciri muat naik kamera tidak akan berfungsi dengan akaun kerja anda.

Ketahui lebih lanjut tentang menyimpan foto di dalam akaun Dropbox Business.

 

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu