Ubah pengalaman foto di laman web Dropbox

Halaman Foto di laman web Dropbox (photos.dropbox.com) akan berubah pada 30 Jun 2017.

Selepas tarikh itu, anda tidak lagi akan dapat mencipta atau berkongsi album di web, dan garis masa halaman Foto akan dikemas kini untuk wajah dan cita rasa yang baru. Semua foto anda akan kekal selamat di dalam akaun Dropbox anda, dan anda boleh terus melihat semua foto di dalam akaun Dropbox anda pada halaman ini.

Keep in mind that the photo albums on photos.dropbox.com are only one of the ways to share and organize your photos through Dropbox. Dropbox continues to support sharing and organizing your photos through folders, shared folders, and shared links. These features aren’t changing, and you’ll still be able to use them to share and organize photos after June 30. We’ve also created an album export tool to help you download your existing albums.

Hingga 30 Jun, anda boleh terus melihat, mencipta, dan berkongsi album dengan orang lain di photos.dropbox.com. Selepas 30 Jun:

  • Anda tidak lagi akan dapat melihat, mencipta, atau berkongsi album bersama orang lain daripada halaman ini. Sebaliknya, anda boleh menggunakan folder untuk mengatur foto anda, dan folder kongsian dan pautan kongsian untuk berkongsi.
  • Halaman Foto akan digantikan dengan pengalaman foto yang baru dan diperkemas, yang kelihatan serupa dengan laman web Dropbox berwajah baru kami. Anda akan dapat mengaksesnya dengan melayari dropbox.com/photos atau mengklik pada Foto dalam menu sebelah kiri dari dropbox.com
  • Anda boleh terus mengakses semua foto anda dengan melayari ke folder atau lokasi asal ia disimpan di dalam Dropbox anda

Kami akan terus mengusahakan pengalaman foto dan fail baru di dropbox.com. Semakin banyak kami belajar tentang bagaimana pengguna kami lebih suka bekerja dengan foto, kami akan melancarkan penambahbaikan terhadap halaman Foto.

Perhatian: Perubahan terhadap photos.dropbox.com tidak menjejaskan muat naik kamera. Anda masih boleh menggunakan muat naik kamera untuk memuat naik foto secara automatik ke akaun Dropbox anda.

Lihat album kongsian sedia ada

Jika anda sudah berkongsi album sedia ada, anda boleh melihatnya dengan melayari dropbox.com/share/links. Anda boleh terus melihat album kongsian pada halaman ini selepas 30 Jun. Sebagai peringatan, anda hanya akan dapat melihat album itu, dan tidak akan dapat mengubahsuainya.

Gunakan folder Dropbox sebagai alternatif kepada album

Jika anda ingin memastikan foto teratur dalam cara yang sama seperti album sedia ada, anda perlu mencipta semula pengumpulan itu di dalam folder Dropbox biasa sebelum 30 Jun. Sila ambil perhatian bahawa Dropbox tidak akan dapat menukar album sedia ada menjadi folder secara automatik.

Terdapat dua cara untuk mencipta semula album di dropbox.com :

Recreate albums by downloading them using the album exporting tool: :

  1. Navigate to www.dropbox.com/photos/album_download.
  2. Locate the album you’d like to download.
  3. Klik Muat turun.

The album will now be saved to your computer. Albums that are larger than 1GB will be split into multiple files of 1GB or less.

You can then re-upload the album to Dropbox as a folder. Keep in mind that this will create duplicate files in your account, which will count towards your storage quota. To avoid duplicate files, you can delete the photos from their original location before you re-upload the album.

To re-upload the album to Dropbox as a folder:

  1. Layari ke dropbox.com.
  2. Klik Folder baru.
  3. Masukkan nama untuk folder baru anda dan tekan Enter.
  4. Muat naik album yang dimuat turun ke dalam folder baru ini.
  5. Untuk berkongsi foto bersama orang lain, jadikan folder baru itu folder kongsian atau kongsikan pautan.

Perhatian: Jika anda mempunyai aplikasi Dropbox dipasang pada komputer anda, anda juga boleh memuat naik foto anda daripada aplikasi.

Cipta semula album dengan mengalihkan foto ke folder:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail.
  3. Klik Folder baru.
  4. Masukkan nama untuk folder baru anda dan tekan Enter.
  5. Layari ke lokasi di mana foto disimpan di dalam akaun Dropbox anda. Anda perlu pergi ke lokasi asal di mana anda menyimpan setiap foto, bukannya album foto.
  6. Untuk melihat di mana foto di dalam album disimpan, klik tanda rait untuk memilih foto di dalam album, dan kemudian pilih Tunjuk di dalam folder.
  7. Setelah anda mengenal pasti lokasi foto di dalam akaun Dropbox anda, pilih foto yang anda ingin alihkan dengan mengklik kotak rait di sebelah kiri nama fail.
  8. Klik Alih, dan pilih folder baru anda daripada senarai folder yang muncul.
  9. Untuk berkongsi foto bersama orang lain, jadikan folder baru itu folder kongsian atau kongsikan pautan.

Gunakan paparan galeri untuk melihat foto anda

Satu lagi cara untuk melayari foto anda adalah melalui paparan galeri. Paparan galeri, yang merupakan sebahagian daripada reka bentuk web kami yang dikemas kini, membenarkan anda melihat pratonton mini besar bagi foto-foto dan jenis fail yang lain.

Anda boleh melihat foto anda (jenis fail .PNG, .JPEG, dan RAW) dengan mudah, serta video, PDF, fail Microsoft Office, dan fail kreatif Adobe. Lihat senarai penuh jenis fail yang disokong di dropbox.com.

Untuk menggunakan paparan galeri di dropbox.com, klik ikon grid di sudut atas kanan skrin anda.

Soalan-soalan lazim

Adakah saya masih boleh berkongsi koleksi foto?

Ya. Gunakan pautan kongsian untuk memberikan satu atau lebih ramai orang akses kepada folder yang mengandungi koleksi foto.

Kumpulkan foto yang anda ingin kongsi ke dalam satu folder, dan kemudian gunakan pautan kongsian untuk memberi akses kepada orang lain.

Adakah saya masih dapat berkongsi foto secara langsung daripada akaun Dropbox saya ke Facebook atau Twitter?

Selepas 30 Jun, anda tidak lagi akan dapat berkongsi foto secara langsung daripada akaun Dropbox ke media sosial. Anda boleh menggunakan pautan kongsian untuk berkongsi fail atau folder di media sosial.

Adakah saya akan masih dapat menatal foto saya dengan pantas, seperti sebelum ini?

Halaman Foto yang baru akan mengatur foto mengikut kronologi dan membenarkan anda untuk menatal foto anda. Penatal pecut – garis masa di sebelah kanan halaman yang membenarkan anda melihat foto dengan pantas dari tarikh tertentu – tidak lagi akan tersedia selepas 30 Jun.

Bagaimanakah dengan membuang foto daripada album saya akan mempengaruhi kuota storan saya?

Sila ingat bahawa sekarang apabila anda menambah foto ke album, foto itu masih disimpan di dalam akaun Dropbox anda. Jika anda membuang foto daripada album tanpa menghapuskannya daripada lokasi di mana ia disimpan, ia tidak akan mempengaruhi kuota storan anda. Untuk melihat di mana foto di dalam album disimpan, klik pada tanda rait untuk memilih foto, dan kemudian pilih Tunjuk di dalam folder.

Jika anda mencipta semula sebuah album dengan memuat turun ia dan kemudian memuat naik semula ke dalam folder, elakkan menduplikat foto dengan menghapuskan foto itu daripada lokasi asalnya sebelum memuat naik sekali lagi.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu