Cipta album foto

Halaman Foto telah berubah pada 17 Julai 2017, tetapi gambar-gambar anda akan kekal selamat di dalam akaun Dropbox anda. Selepas 17 Julai, anda tidak lagi akan dapat mencipta atau berkongsi album di web, atau melayari foto dalam paparan garis masa sekarang.

Ketahui lebih lanjut.

Album cara termudah untuk mengatur dan berkongsi foto dan video di dalam Dropbox anda. Foto yang ditambah ke album tidak akan diduplikat di dalam Dropbox anda—ia hanya masih disimpan di lokasi asalnya.

Mencipta album di halaman Foto anda

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Pergi ke photos.dropbox.com.
  3. Klik foto yang anda ingin masukkan ke dalam album di sudut atas kanan setiap foto. Sempadan biru dan tanda rait akan muncul.
  4. Klik ikon elipsis (...) dan pilih Tambah ke album...
  5. Klik Cipta album baru di dalam tetingkap timbul dan masukkan nama album.

Bagaimana jika perubahan yang saya buat terhadap album tidak menyelaras?

Foto yang ditambah ke album kongsian melalui photos.dropbox.com tidak akan diselaraskan dengan komputer anda seperti folder biasa. Walaupun foto di dalam album sepatutnya berada pada komputer anda (di dalam folder Dropbox tempatan), ia mungkin tidak diatur menjadi album seperti yang kelihatan di dropbox.com.

Jika anda ingin memuat turun salinan berasingan hanya foto dalam album ini, ikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke photos.dropbox.com dan buka album yang ingin dimuat turun.
  2. Pilih semua foto yang anda mahu muat turun melalui butang Pilih semua di bahagian atas halaman album.
  3. Klik ikon elipsis (...) dan pilih Muat turun. Ini akan memuat turun arkib zip bagi semua foto di dalam album itu.
Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu