Mengakses maklumat peribadi dalam akaun Dropbox anda

Mengakses fail

Jika anda mempunyai apl desktop Dropbox dipautkan kepada akaun anda, maka semua fail anda sudah berada pada komputer anda. Jika tidak, anda boleh memautkan komputer baru untuk memuat turun semua fail anda. Jika anda mempunyai Pelarasan Terpilih diaktifkan untuk mana-mana folder, anda boleh menyunting tetapan Pelarasan Terpilih anda untuk memuat turun fail ke komputer anda juga.

Mengakses maklumat akaun dan perkakasan saya

Untuk maklumat selain daripada fail yang anda simpan dalam Dropbox, anda boleh mendaftar masuk ke laman web dan pergi ke halaman akaun anda untuk melihat maklumat akaun seperti nama dan alamat e-mel untuk akaun anda. Anda juga boleh melihat alamat IP bagi sesi, komputer, dan peranti mudah alih yang bersambung, serta aplikasi yang bersambung ke akaun anda daripada halaman keselamatan.

Mengakses komunikasi saya dengan Dropbox

Jika anda telah berkomunikasi dengan pasukan sokongan teknikal Dropbox, anda boleh mendaftar masuk ke portal khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan rekod komunikasi anda dengan kami. Jika anda tidak dapat mendaftar masuk, gunakan pautan Terlupa kata laluan di halaman itu — ini tidak akan menjejaskan kelayakan daftar masuk Dropbox anda dalam apa jua cara pun.

Permintaan maklumat sulit dan akses data

Jika anda ingin menghantar permintaan akses data, sila hubungi kami di privacy@dropbox.com dengan ayat "Data Access Request" dalam tajuk atau kandungan mesej anda.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan