Cara menyelesaikan mesej ralat “Pautan larangan: pautan kongsian atau permintaan fail tidak berfungsi“

Jika pautan atau permintaan fail anda telah diharamkan, anda masih ada akses kepada akaun Dropbox anda dan semua fail anda. Buat masa ini, cara terbaik untuk menyelesaikan pautan atau permintaan fail larangan adalah dengan menghubungi sokongan.

Jika anda mendapat mesej ralat pautan larangan, ini bermakna bahawa kami telah diminta untuk “mengharamkan“ pautan itu buat sementara waktu atau secara kekal kerana salah satu sebab yang berikut:

1. Pautan atau permintaan itu menjana jumlah trafik yang tinggi

Ini boleh terjadi jika anda berkongsi pautan dan seseorang berkongsinya dengan ramai orang, atau jika seseorang memanjangkan permintaan fail anda kepada ramai orang.

2. Pautan atau permintaan melebihi had lebar jalur atau muat turun kami

Ini boleh terjadi jika anda meminta fail dan menerima jumlah muat naik yang besar, atau anda berkongsi pautan dan seseorang memuat turun ia banyak kali.

3. Pautan atau permintaan menghala ke kandungan hak cipta

Ini boleh berlaku jika anda cuba untuk berkongsi muzik atau filem cetak rompak. 

Berapa lama tempoh larangan ini, dan apa yang saya harus lakukan? 

Kali pertama anda mendapat mesej ralat pautan larangan, pautan atau permintaan fail anda akan dilumpuhkan selama 24 jam. Selepas 24 jam, kami syorkan supaya anda:

  1. Namakan semula fail asal
  2. Muat naik fail sekali lagi ke Dropbox
  3. Cipta pautan kongsian atau permintaan fail yang baru.  

Perhatian: Bagi setiap larangan selepas yang pertama, pautan anda akan dilumpuhkan untuk tempoh yang lebih lama daripada 24 jam. 

Siapa yang akan nampak mesej ralat pautan larangan? 

Apabila anda menerima mesej ralat pautan larangan, kami akan menghantar mesej kepada alamat e-mel yang didaftarkan untuk akaun anda. Pautan anda akan dilumpuhkan buat sementara waktu, dan sesiapa yang cuba mengaksesnya akan melihat halaman ralat di sebalik fail anda.

Apakah had lebar jalur untuk pautan saya? Bolehkah saya membeli lebih banyak?

Dropbox tidak menawarkan cara untuk membeli lebih banyak lebar jalur untuk akaun anda.

Untuk mencegah penyalahgunaan, akaun Dropbox mempunyai had yang berikut:

  • Akaun Basic (percuma): 20 GB lebar jalur dan 100,000 muat turun setiap hari
  • Akaun Plus, Professional, dan Business: 200 GB dan muat turun tanpa had setiap hari

Saya tidak rasa pautan saya menjana begitu banyak trafik

Setiap muat naik dan muat turun, walaupun ia dibuat oleh orang yang sama banyak kali, akan dikira terhadap had lebar jalur anda. Contohnya, jika anda ada fail bersaiz 2 GB dan seseorang memuat turun ia sebanyak lima kali, itu adalah 10 GB lebar jalur.

Jika anda masih tidak yakin pautan anda menerima begitu banyak trafik, kami syorkan supaya anda menghubungi sokongan.

Mengapa saya melihat ”Ralat 429”?

Jika anda mendapat ”Ralat 429”, maka pemilik pautan kongsian atau permintaan fail itu telah menghasilkan terlalu banyak trafik. 

Bagaimana saya boleh mencegah pautan larangan pada masa akan datang? 

Pada masa akan datang, pastikan anda berikan nama yang unik untuk setiap fail baru berbanding nama fail yang telah diharamkan. 

Pengguna Dropbox Professional dan Business: Anda mungkin akan dapat mengurangkan trafik dengan menetapkan kata laluan dan tarikh luput untuk pautan anda.

Mengalami isu pautan kongsian yang lain? 

Ketahui lebih lanjut tentang isu dan pembaikan lazim pautan kongsian

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan