{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Hubungi Sokongan Dropbox berkenaan fail yang hilang atau rosak

Sokongan Dropbox boleh membantu anda memulihkan fail yang hilang atau rosak. Walau bagaimanapun, ini akan memerlukan beberapa maklumat tambahan daripada anda supaya ejen kami boleh mengenal pasti masalah dan membaikinya dengan baik. Sila ikut arahan dalam artikel ini dengan berhati-hati.

Mengenal pasti masalah

Terdapat pelbagai sebab yang berbeza bagi fail yang hilang atau rosak. Sokongan Dropbox akan memerlukan bantuan anda untuk memahami apa yang sebenarnya terjadi sebelum mereka boleh menyelesaikan isu anda. Sebelum meneruskan dengan mana-mana langkah dalam artikel ini, pelajari jenis pemulihan yang anda perlukan terlebih dahulu.

Setelah anda mempelajari jenis pemulihan yang anda perlukan, teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan cara terbaik untuk memberi maklumat ini kepada sokongan Dropbox.

Dapatkan pautan acara

Langkah-langkah untuk mendapatkan pautan acara adalah sama tanpa mengira jenis pemulihan yang anda perlukan. Ikut langkah-langkah ini untuk mendapatkan pautan acara yang anda perlukan, dan berikannya kepada sokongan Dropbox.


  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layari dropbox.com/events.
    • Jika acara yang anda cari terletak di dalam folder kongsian, klik menu pilihan Semua dan pilih folder kongsian.
  3. Cari acara yang mempunyai fail yang anda ingin pulihkan, dan kemudian klik Nama fail dan [X] lagi fail.
    • Jika acara anda tidak menyatakan Nama fail dan [X] lagi fail, sila senaraikan nama setiap fail atau folder yang terjejas apabila anda menghubungi Sokongan Dropbox.
  4. Salin pautan dari ruang alamat web pelayar anda.
    • Jika anda mempunyai beberapa acara, anda perlu dapatkan pautan acara bagi setiap satu. Semuanya boleh diserahkan dalam permintaan sokongan yang sama.
    • Untuk pemulihan akaun: Berikan pautan ke acara paling lama yang ingin dipulihkan oleh sokongan Dropbox. Ini boleh jadi terhad kepada folder individu, atau dilanjutkan kepada semua kandungan yang dinyahkongsi di dalam akaun anda.
    • Untuk pemulihan folder kongsian individu: Berikan pautan acara ke setiap folder kongsian yang anda ingin pulihkan.
  5. Hubungi sokongan Dropbox.

Saya tidak menemui pautan acara—apa yang saya perlu lakukan?

Jika anda tidak menemui acara yang berkait dengan isu anda, anda boleh hubungi kami dan kakitangan sokongan kami akan cuba mencari pautan acara itu untuk anda.

Perhatian: Sila ikut arahan hubungi kami dengan teliti. Ejen Sokongan Dropbox memerlukan beberapa maklumat khusus daripada anda untuk melengkapkan pemulihan.

Menghubungi sokongan Dropbox

Pertama sekali, sila pastikan anda sudah membaca maklumat dalam bahagian Dapatkan pautan acara di atas. Anda perlu tahu apakah tindakan yang mahu diambil oleh Sokongan Dropbox bagi pihak anda. Anda juga perlu memberi semua maklumat yang diperlukan kepada ejen sokongan sebelum kami boleh melengkapkan pemulihan.

Jika anda sudah ada permintaan sokongan terbuka:

Balas sokongan Dropbox dengan maklumat berikut:

  1. Pautan acara yang anda kenal pasti.
    • Jika anda tidak dapat mencari pautan acara, sertakan seberapa banyak maklumat yang berikut:
      • Dua atau tiga nama fail contoh (khususkan nama dalam senarai anda)
      • Anggaran laluan fail, termasuk sebarang folder kongsian, di mana fail sepatutnya diletakkan (contohnya: Dropbox/Folder A/Subfolder/Folder Kongsian/Fail.pdf)
      • Tarikh anggaran fail terjejas atau hilang
  2. Apakah jenis pemulihan yang anda mahu.
    • Buat asal hanya acara yang anda senaraikan
    • Pemulihan satu atau lebih folder kongsian
    • Pemulihan akaun penuh
  3. Pernyataan keizinan supaya sokongan Dropbox boleh mengambil tindakan ke atas akaun anda (sila salin dan tampal pernyataan ini ke dalam e-mel anda):
    • "Ya, saya faham apa yang akan dilakukan oleh pemulihan, dan saya memberi anda keizinan untuk mengambil tindakan ini di dalam akaun Dropbox saya."

Ketahui lebih lanjut tentang jenis pemulihan tertentu yang tersedia kepada anda.

Perhatian:

Untuk pengguna Dropbox Basic, dan untuk kebanyakan pengguna Dropbox Plus, fail akan dihapuskan secara kekal 30 hari selepas penghapusan pertama. Fail ini tidak boleh dipulihkan, walaupun oleh Sokongan Dropbox.

Pengguna Dropbox Professional dan Business, dan pengguna Dropbox Plus yang telah membeli sejarah versi lanjutan akan mempunyai tempoh masa yang lebih panjang untuk fail dipulihkan.

Jika anda perlu membuka permintaan sokongan yang baru:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layari halaman sokongan Dropbox, dan ikut laluan ini:
    1. Pilih jenis akaun Dropbox anda.
    2. Klik Pemulihan fail.
    3. Klik Buat asal sebilangan besar perubahan terhadap fail dan folder.
    4. Klik Buat asal sebilangan besar perubahan.
  3. Jelaskan masalah yang anda alami dalam permintaan sokongan, bahawa anda telah cuba untuk mencari pautan acara, dan kemudian senaraikan sebarang pautan acara yang relevan.
    • Jika anda tidak dapat mencari pautan acara, sertakan sebanyak mana maklumat berikut yang boleh:
      • Dua hingga tiga nama fail contoh (khususkan nama dalam senarai anda)
      • Anggaran laluan fail, termasuk sebarang folder kongsian, di mana fail sepatutnya diletakkan (contohnya: Dropbox/Folder A/Subfolder/Folder Kongsian/Fail.pdf)
      • Tarikh anggaran fail terjejas atau hilang
  4. Apakah jenis pemulihan yang anda mahu.
    • Buat asal hanya acara yang anda senaraikan
    • Pemulihan satu atau lebih folder kongsian
    • Pemulihan akaun penuh
  5. Pernyataan keizinan supaya sokongan Dropbox boleh mengambil tindakan ke atas akaun anda (sila salin dan tampal pernyataan ini ke dalam e-mel anda):
    • "Ya, saya faham apa yang akan dilakukan oleh pemulihan, dan saya memberi anda keizinan untuk mengambil tindakan ini di dalam akaun Dropbox saya."

Perhatian:

Untuk pengguna Dropbox Basic, dan untuk kebanyakan pengguna Dropbox Plus, fail akan dihapuskan secara kekal 30 hari selepas penghapusan pertama. Fail ini tidak boleh dipulihkan, walaupun oleh Sokongan Dropbox.

Pengguna Dropbox Professional dan Business, dan pengguna Dropbox Plus yang telah membeli sejarah versi lanjutan akan mempunyai tempoh masa yang lebih panjang untuk fail dipulihkan.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan