Berapa lama Dropbox menyimpan fail dan maklumat saya yang dihapuskan?

Dropbox menyimpan versi fail terhapus dan terdahulu selama tempoh tertentu sekiranya anda mahu memulihkannya. Selepas tempoh ini, fail yang dihapuskan akan ditanda untuk dihapuskan dalam sistem kami dan disingkirkan daripada pelayan kami. Ia tidak lagi boleh dihapuskan selepas tempoh itu.

Tempoh masa untuk fail berkenaan tersedia untuk pemulihan bergantung pada pelan Dropbox anda:

  • Pengguna Dropbox Basic (percuma) dan Plus users mempunyai masa 30 hari
  • Pengguna Dropbox Plus yang pernah membeli sejarah versi lanjutan mempunyai masa satu tahun (walau bagaimanapun, tambahan ini tidak lagi tersedia untuk pembelian)
  • Pengguna Dropbox Professional dan Business (Standard, Advanced, Enterprise, atau Education), mempunyai 120 hari untuk memulihkan fail

Menghapuskan fail secara kekal

Anda boleh menghapuskan fail secara kekal untuk menyingkirkannya daripada pelayan kami secepat yang mungkin.

Pengguna Dropbox Business: Keupayaan untuk menghapuskan fail secara kekal boleh jadi terhad kepada pentadbir pasukan anda.

Menghapuskan akaun anda

Jika anda menghapuskan akaun Dropbox anda, maklumat fail dan akaun anda akan disingkirkan daripada pelayan kami selepas 30 hari.

Lihat bahagian "Pegangan" dalam Dasar Privasi kami untuk maklumat lanjut.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Contact support