Menghapuskan akaun Dropbox

Beberapa perkara akan berlaku apabila anda menghapuskan akaun Dropbox anda:

  • Sebarang komputer atau peranti mudah alih yang telah dipautkan dengan Dropbox akan berhenti menyelaras
  • Anda tidak lagi dapat mengakses akaun anda di dropbox.com
  • Anda tidak lagi dapat menyunting fail di dalam folder kongsian
  • Fail-fail di dalam folder Dropbox pada cakera keras anda akan terus ada
  • Fail-fail di dalam folder yang anda telah berkongsi dengan orang lain akan kekal tersedia

Jika anda ingin teruskan dengan menghapuskan akaun Dropbox anda, teruskan membaca.

Pengguna Dropbox Basic (percuma) dan Plus

Menghapus akaun Dropbox Basic (percuma) akan memulakan proses penghapusan semua failnya selama-lamanya. Proses ini mengambil dari 30 hingga 60 hari dalam tempoh operasi biasa.

Jika anda membatalkan langganan Dropbox Plus,akaun anda akan diturunkan taraf pada mulanya kepada Dropbox Basic. Jika anda memilih untuk berbuat demikian, anda boleh menghapuskan akaun anda selama-lamanya. Proses ini mengambil dari 30 hingga 60 hari dalam tempoh operasi biasa.

Pentadbir pasukan Dropbox Business

Jika anda membatalkan langganan Dropbox Business,semua ahli pasukan akan diturunkan taraf kepada akaun Dropbox Basic. Walau bagaimanapun, akaun ini masih akan bersambung melalui pasukan percuma. Ahli pasukan boleh memilih untuk meninggalkan pasukan pada bila-bila masa.

Untuk menghapuskan pasukan secara kekal—bersama-sama semua data akaun ahlinya dan data fail—ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hapuskan semua ahli daripada pasukan anda.
  2. Batalkan langganan Dropbox Business anda.
  3. Hapuskan akaun anda sendiri.

Penghapusan penuh akaun mengambil dari 30 hingga 60 hari dalam tempoh operasi biasa.

Ahli pasukan Dropbox Business

Ahli pasukan Dropbox Business tidak boleh menghapuskan akaun atau membatalkan langganan. Jika anda adalah ahli pasukan, dan anda ingin menghapuskan akaun anda, hubungi pentadbir pasukan anda.

Pentadbir pasukan Dropbox Business boleh membuang ahli pasukan menggunakan fungsi Hapuskan Pengguna. Dengan menggunakan fungsi ini, data dan fail yang berkaitan dengan akaun itu akan dipegang sehingga salah satu yang berikut berlaku:

  • Pentadbir memindahkan atau menghapuskan akaun secara kekal
  • Pentadbir membatalkan seluruh langganan Dropbox Business

Penghapusan data akan mengambil dari 30 hingga 60 hari dalam tempoh operasi biasa.

  • Perhatian: Fail yang terletak di dalam folder kongsian pengguna yang telah dihapuskan masih tersedia kepada ahli folder kongsian yang lain. Fail-fail ini boleh akses, disunting, dihapus, atau dihapuskan selamanya oleh ahli folder kongsian yang masih ada, bergantung kepada keizinan yang ditetapkan oleh pentadbir pasukan.
  • Perhatian: Salinan data fail anda masih tersedia di dalam organisasi anda selepas penghapusan akaun. Semak dengan pentadbir pasukan anda jika anda mempunyai pertanyaan tentang polisi pengekalan data organisasi anda, proses sandaran, atau obligasi lain

Apa yang akan terjadi jika akaun kerja saya dihapuskan dari pasukan Dropbox Business?

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu