Bolehkan verifikasi dua langkah

Verifikasi dua langkah adalah ciri keselamatan tidak wajib tetapi amat disyorkan. Setelah dibolehkan, Dropbox akan memerlukan kod keselamatan atau kekunci keselamatan enam angka selain daripada kata laluan anda apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

Sudah menggunakan verifikasi dua langkah dan terkunci di luar? Ketahui bagaimana untuk mendapat semula akses kepada akaun anda.

Bahagian dalam artikel ini:

Bolehkan verifikasi dua langkah

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda.
  3. Ubah Tetapan.
  4. Pilih tab Keselamatan.
  5. Togol Verifikasi dua langkah ke Hidup.
  6. Klik Bermula.
  7. Masukkan semula kata laluan anda. 
  8. Pilih sama ada anda ingin menerima kod keselamatan anda melalui SMS atau apl mudah alih:

Gunakan SMS

Jika anda memilih untuk menerima kod keselamatan anda melalui SMS, anda memerlukan telefon yang boleh menerima SMS (kadar pembawa mungkin dikenakan).

Setiap kali anda berjaya mendaftar masuk ke Dropbox menggunakan kata laluan anda, sebuah SMS mengandungi kod keselamatan akan dihantar ke telefon anda.

Untuk mengaktifkan pilihan ini:

  1. Pilih Gunakan SMS semasa penyediaan verifikasi dua langkah.
  2. Masukkan nombor telefon yang anda ingin menerima SMS.
  3. Klik Seterusnya.
  4. Kod keselamatan akan dihantar kepada anda melalui SMS. Masukkan kod ini ke dalam prom di dropbox.com.
  5. Klik Seterusnya.

Gunakan aplikasi mudah alih

Terdapat beberapa aplikasi mudah alih yang boleh menjana kod keselamatan sensitif masa yang unik yang anda boleh gunakan untuk selesai mendaftar masuk ke akaun Dropbox anda. Mana-mana apl yang menyokong protokol Time-based One-Time Password (TOTP) sepatutnya boleh digunakan, termasuk:

Sebaik sahaja anda memuat turun salah satu daripada aplikasi ini, ikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakan aplikasi untuk verifikasi dua langkah Dropbox: 

  1. Pilih Gunakan apl mudah alih semasa penyediaan verifikasi dua langkah.
  2. Anda boleh sama ada:
    • Imbas kod bar (jika apl anda menyokongnya): Buka apl pilihan anda dan pilih untuk menambah akaun baru. Anda kemudiannya boleh menggunakan kamera telefon anda untuk mengimbas kod bar di dropbox.com.
    • Masukkan kekunci rahsia anda secara manual: Anda akan diberikan kekunci rahsia di dropbox.com yang boleh anda taipkan ke dalam apl. Gunakan langkah-langkah dalam apl anda untuk menambah akaun baru menggunakan kekunci rahsia.
  3. Klik Seterusnya.
  4. Setelah apl anda dikonfigurasikan, memasukkan kod keselamatan yang dijana oleh apl pengesah anda untuk mengesahkan penyediaan dan membolehkan verifikasi dua langkah.
  5. Klik Seterusnya.

Kebanyakan apl akan menjana kod keselamatan walaupun semasa perkhidmatan selular/data tidak boleh didapati - ia berguna semasa dalam perjalanan atau di mana liputan tidak menentu.

Perhatian: Jika anda pilih untuk menggunakan apl pengesah untuk menerima kod pengesahan anda, kami syorkan anda memasukkan nombor telefon utama dan sandaran dalam tetapan akaun anda. Ini langkah penting kerana kami menggunakan maklumat hubungan ini untuk membantu anda mendapatkan semula akses kepada akaun anda jika anda terkunci di luar disebabkan kesilapan dengan verifikasi dua langkah.

Tambah kaedah sandaran

Selepas membolehkan verifikasi dua langkah, pertimbang untuk menambah nombor telefon sandaran yang boleh menerima SMS juga. Jika anda kehilangan telefon utama anda, atau tidak boleh menggunakan apl pengesah anda, anda boleh menghantar kod keselamatan kepada nombor telefon sandaran anda pula.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda.
  3. Pilih Tetapan.
  4. Pilih tab Keselamatan .
  5. Di bawah Verifikasi dua langkah, klik Tambah yang bersebelahan dengan Kaedah sandaran.
  6. Masukkan kata laluan anda.
  7. Masukkan nombor telefon yang anda ingin gunakan sebagai peranti sandaran anda.

Menyimpan kod sandaran kecemasan anda

Apabila membolehkan verifikasi dua langkah, anda akan menerima sepuluh kod sandaran 8 angka. Ia amat penting untuk anda menulis kod ini dan menyimpannya di tempat selamat. Jika anda kehilangan telefon anda, atau tidak boleh menerima atau menjana kod keselamatan, anda akan perlukan salah satu kod sandaran ini untuk akses kecemasan kepada Dropbox anda. Setelah kod sandaran digunakan, ia tidak boleh digunakan semula.

Jika anda tidak mencatat kod sandaran anda pada pertama kami anda menyediakan verifikasi dua langkah, anda boleh mendapatkannya di dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda.
  3. Pilih Tetapan.
  4. Pilih tab Keselamatan .
  5. Di bawah Verifikasi dua langkah, klik Tunjukkan yang bersebelahan dengan Kod pemulihan.
  6. Masukkan kata laluan anda.
  7. Gunakan atau simpan kod yang tertera.

Gunakan kunci keselamatan

Tentang kunci keselamatan

Kunci keselamatan adalah USB kecil atau peranti Near Field Communication (NFC) yang anda boleh bawa bersama rantai kunci. Semasa melengkapkan verifikasi dua langkah, memasukkan kunci keselamatan anda ke dalam komputer akan mentauliahkan anda dengan Dropbox.com dan selesai mendaftarkan anda masuk ke akaun Dropbox anda.

Kunci keselamatan tidak memerlukan bateri atau sambungan rangkaian yang berasingan seperti semasa menggunakan SMS atau apl mudah alih untuk verifikasi dua langkah. Ia memberi kemudahan untuk hanya memasukkan kunci anda untuk mentauliah, daripada perlu menaip kod enam digit. Paling penting sekali, kunci keselamatan menggunakan komunikasi bertauliah untuk berlindung daripada ancaman phishing, di mana pengancam menyediakan halaman log masuk Dropbox palsu untuk mengumpan anda mendedahkan maklumat sulit anda.

Sediakan kunci keselamatan untuk akaun Dropbox anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda.
  3. Ubah Tetapan.
  4. Pilih tab Keselamatan .
  5. Di bawah Verifikasi dua langkah, klik Tambah yang bersebelahan dengan Kekunci keselamatan. Jika anda tidak melihat bahagian ini, ikut Bolehkan arahan verifikasi dua langkah sebelum meneruskan.
  6. Masukkan kata laluan anda
  7. Masukkan kunci keselamatan anda ke dalam port USB, kemudian klik Mulakan penyediaan.

Mendapatkan kunci keselamatan

Menyediakan kunci keselamatan memerlukan pembelian kunci USB sekali sahaja yang mengikut piawaian terbuka bernama ‘FIDO Universal 2nd Factor (U2F).’

Di mana saya boleh menggunakan kunci keselamatan saya?

Setelah anda memiliki kunci keselamatan, ia dapat dibolehkan untuk kedua-dua akaun Dropbox peribadi dan kerja anda. Ia juga boleh digunakan dengan sebarang perkhidmatan lain yang menggunakan U2F, seperti apl Google.

Buat masa ini, kunci keselamatan hanya disokong pada peranti dan pelayar terpilih; jadi anda perlu menyediakan verifikasi dua langkah untuk akaun Dropbox anda terlebih dahulu dan pilih untuk menerima kod melalui SMS atau apl mudah alih. Langkah ini memastikan anda mempunyai kaedah sandaran, sekiranya peranti anda tidak menyokong kunci keselamatan anda.

Dropbox hanya menyokong menggunakan kunci keselamatan apabila mendaftar masuk ke dropbox.com menggunakan pelayar web Chrome. Anda tidak boleh menggunakan kunci keselamatan untuk mendaftar masuk ke desktop atau apl mudah alih buat masa ini. Jangan bimbang, anda masih mempunyai pilihan untuk menggunakan verifikasi dua langkah biasa SMS atau apl mudah alih pada peranti dan platform yang tidak menyokong U2F, atau jika anda tidak mempunyai kunci keselamatan anda tersedia.

Menggunakan kunci keselamatan

Perhatian: Kunci keselamatan berbeza dalam arahan untuk mengaktifkannya. Kunci anda mungkin perlu ditekan butang untuk mengaktifkan pendaftaran. Jika anda mengalami masalah melengkapkan pendaftaran kunci keselamatan, sahkan bahawa kunci keselamatan anda boleh menggunakan U2F. Anda juga boleh merujuk arahan pengilang tertentu untuk peranti anda.

Dropbox Business

Jika anda kehilangan telefon dan tidak dapat mendaftar masuk dengan verifikasi dua langkah, pentadir anda boleh mematikan verifikasi dua langkah untuk anda di dalam konsol pentadbir.

Jika pentadbir anda memerlukan anda untuk mendaftar masuk melalui single sign-on (SSO), anda akan lihat Diuruskan oleh single sign-on di bawah tab Keselamatan di dalam tetapan akaun anda.

Pentadbir Dropbox Business: Anda boleh mewajibkan verifikasi dua langkah untuk pasukan anda. Anda boleh sama ada melakukannya melalui konsol pentadbir atau melalui pembekal pengurusan identiti anda jika anda menggunakan single sign-on (SSO).

Ketahui lebih lanjut

Pengguna Linux: Menjana kod keselamatan daripada garis perintah

Pengguna cangkerang Unix atau Linux boleh menjana kod keselamatan menggunakan peralatan OATH. Dengan cara ini anda boleh menjana kod keselamatan dari komputer anda dengan selamat daripada garis perintah.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Contact support