Bagaimana untuk menyelesaikan isu verifikasi dua langkah

Setelah verifikasi dua langkah anda dibolehkan, Dropbox akan memerlukan kod keselamatan enam angka—selain daripada kata laluan anda—apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda. Langkah-langkah di bawah boleh membantu sekiranya anda menghadapi masalah dengan verifikasi dua langkah.

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Saya mempunyai kod keselamatan, tetapi ia tidak berfungsi.

Jika anda mempunyai kod yang tidak berfungsi, cuba langkah-langkah ini:

  • Masukkan kod keselamatan anda sebaik sahaja ia tiba. Kod keselamatan adalah unik dan peka masa.
  • Pastikan supaya waktu sistem pada telefon anda dan komputer yang anda sedang gunakan untuk mengakses Dropbox sepadan.
  • Gunakan kod sandaran jika anda memilikinya.
  • Jika anda berada dalam pasukan Dropbox Business, dapatkan bantuan pentadbir anda.

Saya tidak mempunyai kod keselamatan dan tidak menerimanya.

Jika anda telah kehilangan telefon anda, tidak boleh menerima pesanan teks, atau aplikasi pengesahan mudah alih anda tidak dapat menjana kod, cuba langkah-langkah ini:

Bagaimana untuk menetapkan semula verifikasi dua langkah di dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com pada komputer yang anda gunakan baru-baru ini untuk mengakses Dropbox. 
    1. Jika anda belum mendaftar keluar, atau jika anda memilih pilihan Percayakan komputer ini semasa mendaftar masuk, anda patut boleh pergi ke dropbox.com pada pelayar anda. 
  2. Ikuti langkah-langkah untuk membolehkan verifikasi dua langkah.
  3. Togol Verifikasi dua langkah kepada Mati

Bagaimana untuk menetapkan semula verifikasi dua langkah menggunakan aplikasi desktop Dropbox

Jika aplikasi sedang berjalan dan dipautkan ke akaun Dropbox anda, anda boleh mengakses tetapan akaun anda daripada aplikasi tanpa perlu mendaftar masuk.

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem atau bar menu anda.
  2. Klik ikon dunia. Anda akan dibawa ke dropbox.com, di mana anda akan didaftar masuk secara automatik.
  3. Ikuti langkah-langkah untuk membolehkan verifikasi dua langkah.
  4. Togol Verifikasi dua langkah kepada Mati

Bagaimana untuk menetapkan semula verifikasi dua langkah pada peranti iOS

  1. Jika akaun anda dipautkan kepada peranti iOS anda, buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan Tetapan.
  3. Tekan Pautkan Komputer.
  4. Ikut arahan yang diberi.
  5. Setelah anda mengimbas kod QR, anda akan didaftar masuk ke akaun Dropbox anda secara automatik.
    • Perhatian: Jika anda tidak diminta kod verifikasi dua langkah anda, maka aplikasi pada telefon anda tidak dipautkan ke Dropbox anda, dan anda tidak akan dapat mendaftar masuk menggunakan kaedah ini
  6. Klik ikon Dropbox di sudut kiri atas halaman utama untuk mengakses akaun Dropbox anda. Dari sana, anda boleh melumpuhkan verifikasi dua langkah daripada halaman Keselamatan.

Bagaimana untuk menetapkan semula verifikasi dua langkah pada telefon atau tablet yang bersambung

Jika anda mendaftar masuk ke apl Dropbox pada peranti iOS atau Android, anda boleh menghantar pemberitahuan untuk melengkapkan daftar masuk anda.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Ada masalah menerima kod?
  3. Semak senarai peranti mudah alih yang bersambung, dan klik Hantar pemberitahuan kepada saya di sebelah nama peranti yang anda ingin pemberitahuan dihantar.
  4. Buka pemberitahuan pada peranti itu.
  5. Tekan Ya pada peranti mudah alih anda. Anda akan dibawa ke dropbox.com, di mana anda akan didaftar masuk secara automatik.
  6. Ikuti langkah-langkah untuk membolehkan verifikasi dua langkah.
  7. Togol Verifikasi dua langkah kepada Mati

Selepas anda menyelesaikan isu verifikasi dua langkah anda, sila pastikan untuk membolehkan semula verifikasi dua langkah. Jika anda kerap menghadapi masalah dalam menerima pesanan teks SMS, anda mungkin perlu membolehkan semula verifikasi dua langkah menggunakan aplikasi pengesah luar talian.

Saya telah mencuba semua langkah-langkah penyelesaian, dan masih tidak boleh mendapatkan verifikasi dua langkah untuk berfungsi.

Jika langkah-langkah penyelesaian di atas tidak berfungsi untuk anda, hubungi sokongan Dropbox. Perhatian, kami akan pada mulanya meminta anda untuk mencuba setiap langkah yang disenaraikan di dalam artikel ini, termasuk menggunakan kod sandaran dan menetapkan semula verifikasi dua langkah. Sila lengkapkan semua langkah-langkah di dalam artikel ini sebelum mengemukakan tiket.

Saya adalah seorang pentadbir dan salah seorang ahli pasukan saya perlukan bantuan berkenaan verifikasi dua langkah.

Jika anda adalah pentadbir untuk pasukan Dropbox Business, anda boleh menetapkan semula verifikasi dua langkah untuk akaun ahli pasukan di dalam konsol pentadbir.

Bagaimana untuk menetapkan semula verifikasi dua langkah untuk ahli pasukan

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Ahli.
  4. Cari ahli pasukan, dan klik ikon gear di sebelah nama orang tersebut.
  5. Klik Tetapkan semula verifikasi dua langkah.

Saya mendapat kod SMS untuk verifikasi dua langkah, tetapi saya tidak cuba untuk mendaftar masuk.

Dropbox hanya akan menghantar pesanan SMS verifikasi dua langkah jika anda (atau orang lain) memasukkan alamat e-mel dan kata laluan yang betul pada akaun.

Jika anda menerima SMS tetapi tidak cuba untuk mendaftar masuk, ada kemungkinan bahawa orang lain memasukkan alamat e-mel dan kata laluan anda yang betul. Seseorang yang lain mungkin mempunyai kata laluan anda jika:

  • Anda berkongsinya dengan orang lain.
  • Ia mudah untuk diteka.
  • Anda menggunakan kata laluan yang sama untuk perkhidmatan lain yang telah dicerobohi.

Ambil langkah-langkah berikut untuk menjadikan akaun anda lebih selamat:

  • Tukar kata laluan anda. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang kukuh yang anda tidak gunakan untuk mana-mana perkhidmatan lain. Apabila penggodam mendapat maklumat sensitif dari satu perkhidmatan, mereka sering menggunakannya untuk mengakses akaun di perkhidmatan lain. Ini dimungkinkan oleh fakta bahawa ramai orang menggunakan kata laluan yang sama pada pelbagai perkhidmatan.
  • Tukar kata laluan untuk akaun e-mel yang anda gunakan untuk akaun Dropbox anda.
  • Nyahpaut mana-mana peranti yang tidak dikenali, sesi web dan apl yang dipautkan kepada akaun anda dengan pergi ke halaman keselamatan anda.

Jika anda masih mengambil berat tentang keselamatan akaun anda, hubungi kami.

Saya tidak diminta untuk memasukkan kod verifikasi dua langkah saya semasa mendaftar masuk. Kenapa tidak?

Jika anda sudah menetapkan verifikasi dua langkah tetapi tidak diminta untuk memasukkan kod semasa anda mendaftar masuk ke dropbox.com, ia mungkin bermaksud anda memilih pilihan Trust this computer pada kali terakhir anda mendaftar masuk. Trust this computer membolehkan anda mengakses akaun anda di dalam pelayar web tanpa kod keselamatan tambahan.

Untuk membuat asal ini, kosongkan cache dan kuki dalam pelayar web pada komputer anda. Selepas itu apabila anda mendaftar masuk, anda akan diminta untuk memasukkan kod verifikasi dua langkah.

Kod verifikasi dua langkah daripada aplikasi desktop Dropbox

Apabila anda menggunakan aplikasi desktop Dropbox untuk mengakses dropbox.com, anda akan perasan bahawa kami tidak akan meminta anda memasukkan kod verifikasi dua langkah. Ini kerana komputer itu telah pun disahkan.

Menambah verifikasi dua langkah untuk akses web dari aplikasi desktop tidak memberikan sebarang perlindungan tambahan untuk fail anda, kerana fail di dalam akaun Dropbox anda sudah diselaraskan dengan folder Dropbox pada komputer anda. Atas sebab ini, kami cadangkan anda mengikut amalan keselamatan yang baik untuk melindungi komputer anda, termasuk:

  • Sentiasa kunci komputer anda apabila ia ditinggalkan
  • Wajibkan kata laluan apabila ia menyambung semula daripada tidur, penyelamat skrin, dan skrin kuncian
  • Hanya pasang aplikasi desktop pada komputer yang dipercayai dan bukan awam

Jika penjelasan di atas tidak boleh dipakai untuk situasi anda dan anda masih tidak diminta kod verifikasi dua langkah, hubungi kami.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan