Fail hilang, muncul semula, atau telah rosak. Kenapa seperti ada yang tidak kena dengan Dropbox?

Boleh terdapat beberapa kemungkinan punca fail yang hilang atau rosak. Cara terpantas untuk kami membantu mencari fail yang hilang adalah dengan anda membaca artikel ini dengan teliti.

Perhatian: Kadang-kala fail yang "hilang" sebenarnya langsung tidak hilang—ia hanya telah dialihkan. Dropbox selalunya merekodkan peralihan fail sebagai penghapusan (dari lokasi asalnya) dan penambahan (kepada lokasi barunya).

Jika anda mengalih atau menamakan semula fail, anda mungkin menerima pemberitahuan Fail terhapus. Walau bagaimanapun, anda mungkin terlepas pemberitahuan bahawa fail itu telah ditambah di tempat lain. Jika anda (atau ahli folder kongsian) mengalihkan fail "hilang" anda, anda boleh mula mengaksesnya semula di lokasi baru. Tiada pemulihan diperlukan.

Jika fail anda betul-betul hilang, atau sesuatu tidak kena, pilih Pautan pintas yang paling baik menggambarkan apa yang berlaku di dalam Dropbox anda. Anda akan mempelajari apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Bahagian dalam artikel ini:

Saya tidak dapat mencari fail atau folder, tetapi saya tidak rasa saya menghapuskannya

Terdapat beberapa sebab mengapa fail atau folder boleh hilang. Jika fail berada di dalam folder kongsian, ahli folder lain mungkin telah menghapuskannya secara tidak sengaja. Atau ia hanya mungkin telah dialihkan ke folder lain di dalam Dropbox anda.

Apa pun sebabnya, Dropbox menyimpan log bagi segala-gala yang berlaku di dalam akaun anda, dan anda boleh menggunakan log ini untuk mengetahui apa yang berlaku dan untuk memulihkan fail yang hilang. Terdapat beberapa cara untuk menyiasat:

Gunakan bar carian:


  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik dalam bar Carian di bahagian atas halaman, dan masukkan beberapa kata kunci yang terdapat dalam fail atau folder anda yang hilang.
  3. Tatal ke bawah halaman hasil carian—fail terhapus akan muncul di sini.
  4. Cari entri log untuk penghapusan fail atau folder anda, dan layangkan tetikus di atas entri ini. Klik butang Pulih yang muncul di sebelah kanan.
  • Perhatian: Pemulihan boleh mengambil masa jika terdapat sebilangan besar fail untuk dipulihkan

Tidak menemui fail anda yang hilang? Cuba gunakan halaman Fail Terhapus .

Gunakan halaman Fail Terhapus:


  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail Terhapus dalam bar sisi kiri.
  3. Imbas halaman, cari fail atau folder terhapus yang anda ingin pulihkan.
  4. Jika anda jumpa fail atau folder anda, layangkan tetikus ke atas senarai fail, dan klik  (ikon elipsis) yang muncul di sebelah kanan.
  5. Klik butang Pulih .
  • Perhatian: Pemulihan boleh mengambil masa jika terdapat sebilangan besar fail untuk dipulihkan

Masih tidak jumpa fail anda yang hilang? Cuba gunakan halaman Acara .

Gunakan halaman Acara:


  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layari dropbox.com/events.
  3. Imbas halaman, cari sebarang penghapusan yang mungkin berkaitan dengan fail atau folder yang hilang. Tindakan ini termasuk penambahan, penyuntingan, penghapusan, penamaan semula atau pemindahan.
  • Perhatian: Pemulihan boleh mengambil masa jika terdapat sebilangan besar fail untuk dipulihkan

Saya tidak jumpa fail saya yang hilang menggunakan mana-mana kaedah di atas—apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda tidak jumpa sebarang rekod bagi fail yang dialihkan, dinamakan semula, atau dihapuskan, fikirkan kemungkinan lain ini:

Saya masih mengalami masalah. Bawa saya kembali ke bahagian atas artikel supaya saya boleh mulakan sekali lagi.

Saya—atau seseorang yang saya berkongsi folder— menghapuskan sesuatu, dan saya mahukannya kembali

Jika anda tahu bahawa anda menghapuskan fail—atau bahawa seseorang yang anda berkongsi folder menghapuskannya—anda boleh lakukan beberapa perkara untuk mendapatkannya kembali. Anda akan tahu bahawa anda atau ahli folder kongsian menghapuskan fail jika:

  • Anda menerima e-mel yang memaklumkan anda tentang sebilangan besar penghapusan daripada akaun Dropbox anda
  • Anda sudah melawat halaman acara dan menemui senarai untuk fail atau folder anda yang hilang
  • Anda ingat anda menghapuskan fail atau folder, atau ahli folder kongsian memberitahu anda mereka menghapuskannya

Untuk memulihkan fail terhapus, anda boleh cari di dalam folder asal fail itu menggunakan bar carian, halaman Acara , atau halaman Fail Terhapus . Dengan mengehadkan carian, anda boleh mengetahui apa yang berlaku di dalam folder kongsian tertentu dengan pantas.

Gunakan bar carian:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik bar Carian di bahagian atas halaman, dan masukkan beberapa kata kunci yang digunakan untuk fail atau folder anda yang hilang.
  3. Tatal ke bawah halaman hasil carian—fail terhapus akan muncul di sini.
  4. Cari entri log untuk penghapusan fail atau folder anda, dan layangkan tetikus di atas entri ini. Klik butang Pulih yang muncul di sebelah kanan.

Tidak nampak butang Pulih ? Ikut langkah-langkah ini untuk mendapat bantuan memulihkan fail anda.

  • Perhatian: Pemulihan boleh mengambil masa jika terdapat sebilangan besar fail untuk dipulihkan

Tidak menemui fail anda yang hilang? Cuba gunakan halaman Acara .

Gunakan halaman Acara:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layari dropbox.com/events.
  3. Jika acara yang anda cari berlaku di dalam folder kongsian, klik menu juntai bawah Semua dan pilih folder kongsian yang anda ingin pulihkan
  4. Jika acara yang anda cari tidak berlaku di dalam folder kongsian, imbas acara di mana fail yang anda ingin pulihkan telah dihapuskan, klik  (ikon elipsis), dan kemudian klik Pulih .
  5. Tatal halaman, cari sebarang penghapusan yang mungkin berkaitan dengan fail atau folder yang hilang.

Tidak menemui fail anda yang hilang? Cuba gunakan halaman Fail Terhapus .

Gunakan halaman Fail Terhapus:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail Terhapus dalam bar sisi kiri.
    • Jika acara yang anda cari berlaku di dalam folder kongsian, klik menu juntai bawah Semua dan pilih folder kongsian yang anda ingin pulihkan
    • Jika acara yang anda cari tidak berlaku di dalam folder kongsian, imbas acara di mana fail yang anda ingin pulihkan telah dihapuskan, klik  (ikon elipsis), dan kemudian klik Pulih
  3. Tatal halaman, cari sebarang penghapusan yang mungkin berkaitan dengan fail atau folder yang hilang.

Saya tidak jumpa fail saya yang hilang menggunakan mana-mana kaedah di atas—apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda tidak jumpa sebarang rekod bagi fail yang dialihkan, dinamakan semula, atau dihapuskan, fikirkan kemungkinan lain ini:

Saya masih mengalami masalah, dan masalah saya tidak berkaitan dengan folder kongsian. Bawa saya kembali ke bahagian atas artikel supaya saya boleh mulakan sekali lagi.

Dropbox saya kucar-kacir, dan saya ingin pulihkan semua atau sebahagian daripadanya kepada masa lampau

Jika terdapat terlalu banyak masalah dengan fail di dalam Dropbox anda, anda boleh pulihkan seluruh akaun, atau folder kongsian tertentu, kembali kepada masa tertentu. Anda boleh anggap pemulihan ini seperti mesim masa: setelah selesai, seluruh Dropbox anda—atau folder kongsian tertentu di dalamnya—akan sama seperti sebelum masalah berlaku.

Untuk melakukannya, anda perlu bekerjasama dengan ejen sokongan Dropbox. Tetapi terlebih dahulu, anda akan berjimat banyak masa dengan membaca bahagian di bawah, dan memberi maklumat yang diminta dalam tiket sokongan anda.

Berikan ejen sokongan Dropbox maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan pemulihan akaun:

Apabila kami melakukan pemulihan, anda ada beberapa pilihan. Anda boleh pilih untuk memulihkan:

  • Satu folder kongsian
  • Beberapa folder kongsian
  • Fail yang tidak dikongsi
  • Seluruh akaun Dropbox anda

Apa pun pilihan anda, melaksanakan pemulihan bermakna bahawa akaun anda—atau folder kongsian yang dipilih—akan dikembalikan kepada keadaan asal sebelum acara penghapusan. Sebarang perubahan yang dibuat selepas masa itu akan ditulis ganti. Ia mungkin berguna untuk membuat salinan di luar Dropbox anda bagi sebarang fail yang anda sunting baru-baru ini supaya anda tidak kehilangan perubahan penting.

Setelah anda membuat salinan bagi sebarang fail yang disunting baru-baru ini, anda perlu menghubungi sokongan Dropbox dan berikan pautan acara itu.

Saya masih mengalami masalah, dan masalah saya tiada kaitan dengan pengunduran akaun. Bawa saya kembali ke bahagian atas artikel supaya saya boleh mulakan sekali lagi.

Fail Dropbox saya telah disulitkan oleh perisian hasad atau virus

Jika virus atau perisian hasad menjangkiti salah satu peranti anda yang disambungkan ke Dropbox anda, ia mungkin turut menjangkiti fail di dalam Dropbox anda. Secara khusus, virus itu mungkin menyulitkan fail anda, menjadikannya tidak boleh diakses. Ini boleh jadi menakutkan, tetapi kami selalunya dapat membantu dalam keadaan ini.

Jika fail Dropbox anda telah disulitkan disebabkan oleh virus atau perisian hasad, akaun Dropbox anda—dan sebarang folder kongsian yang dijangkiti—kemungkinan perlu dipulihkan kepada masa lampau sebelum penyulitan itu berlaku. Ini cara terbaik untuk membaiki semua fail yang disulitkan. Ejen sokongan Dropbox boleh membantu dengan ini, tetapi anda perlu lakukan satu perkara yang amat penting terlebih dahulu:

  • Buangkan perisian hasad daripada komputer anda, supaya fail yang dipulihkan tidak akan disulitkan sekali lagi selepas pemulihan

Setelah anda membersihkan peranti anda daripada virus atau perisian hasad, ikut langkah-langkah ini untuk membantu ejen sokongan dalam melaksanakan pemulihan.

  • Perhatian: Menyahkongsi folder kongsian, atau menyahpautkan peranti daripada aplikasi desktop Dropbox, boleh merumitkan lagi proses ini. Sila jangan ambil mana-mana tindakan ini. Jika anda sudah melakukannya, sila maklumkan ejen sokongan Dropbox yang membantu anda.

Saya masih mengalami masalah, dan masalah saya tidak berkaitan dengan virus atau perisian hasad. Bawa saya kembali ke bahagian atas artikel supaya saya boleh mulakan sekali lagi.

Sekumpulan fail lama tiba-tiba muncul semula

Walaupun jarang sekali, kadang-kala fail lama atau terhapus akan muncul semula di dalam Dropbox anda. Jika ini keadaannya, kami boleh memulihkan akaun anda kepada masa sebelum acara ini berlaku, atau membuat asal acara penambahan invididu ini.

Saya masih mengalami masalah, dan masalah saya tidak berkaitan dengan fail yang muncul semula. Bawa saya kembali ke bahagian atas artikel supaya saya boleh mulakan sekali lagi.

Saya menggunakan Dropbox pada peranti Samsung, dan saya melihat banyak penghapusan

Samsung mencipta integrasi Dropbox yang mendalam untuk peranti mereka yang membenarkan akses kepada semua dokumen di dalam akaun Dropbox anda daripada folder khas DocumentSyncpada telefon anda. Ciri DocumentSync ini membolehkan anda menambah, menyunting, dan menghapuskan sebarang fail yang muncul di dalam folder ini, dan pengubahsuaian ini akan dipaparkan pada telefon dan di dalam Dropbox anda.

Jika anda menggunakan Dropbox pada peranti Samsung, dan anda melihat sebilangan besar acara penghapusan fail, kemungkinan ciri DocumentSync ini adalah puncanya. Walaupun Dropbox tidak membina DocumentSync, kami boleh membantu anda memulihkan fail ke Dropbox anda jika anda mengalami masalah dengan ciri ini.

Pulihkan fail terhapus disebabkan oleh DocumentSync:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layari dropbox.com/events.
  3. Sila ingat tarikh terawal kali pertama anda melihat penghapusan ini (tarikh "mula"), dan tarikh terakhir anda melihat penghapusan ini (tarikh "tamat").
  4. Pergi ke halaman sokongan Dropbox, dan ikut laluan ini untuk menghantar tarikh penghapusan kepada kami melalui e-mel: Pemulihan failBuat asal sebilangan besar perubahan terhadap fail dan folderBuat asal sebilangan besar perubahan.
    • Dalam tiket sokongan anda, sila berikan tarikh "mula" dan "tamat" penghapusan, serta kebenaran bertulis untuk ejen sokongan kami melaksanakan pemulihan bagi pihak anda

Lumpuhkan DocumentSync:

Jika anda terus mengalami masalah dengan DocumentSync, anda boleh melumpuhkannya buat sementara atau selama-lamanya. DocumentSync berbeza daripada aplikasi Dropbox pada telefon anda, jadi melumpuhkan ciri ini tidak akan menjejaskan prestasi apl Dropbox dalam apa jua cara. Untuk melumpuhkan DocumentSync:

  1. Tekan butang menu peranti anda.
  2. Tekan Tetapan.
  3. Tekan Awan.
  4. Teka Documents atau DocumentSync (ini akan berbeza sedikit mengikut versi peranti).
  5. Togol ini kepada posisi Mati.

Perhatian: Anda juga boleh melumpuhkan apl ini dari dropbox.com. Untuk melakukannya:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layari halaman keselamatan akaun.
  3. Cari peranti Samsung anda di bawah bahagian Apl dipaut.
  4. Klik X di sebelah nama peranti Samsung anda.

Saya masih mengalami masalah. Bawa saya kembali ke bahagian atas artikel supaya saya boleh mulakan sekali lagi.

Nota terakhir tentang memulihkan fail dan folder yang hilang

Jika anda telah mencuba beberapa atau semua kaedah di atas dan masih tidak dapat memulihkan fail atau folder yang hilang, anda boleh cuba menghubungi kami. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kebanyakan masalah dengan fail yang hilang boleh dijelaskan dalam satu daripada lima senario yang dibincangkan dalam artikel ini. Dan, seperti yang kami katakan dari mula, dalam setiap kes beberapa tindakan diperlukan daripada pihak anda—pelanggan Dropbox—untuk melengkapkan pemulihan. Mengikut salah satu arahan terperinci yang ditetapkan di atas akan menjimatkan masa anda dan memberi anda penyelesaian terbaik—dan terpantas—yang mungkin.

Mengapa fail saya hilang—adakah Dropbox melakukan ini?

Terdapat beberapa sebab mengapa fail boleh hilang, seperti yang diterangkan dalam bahagian penyelesaian masalah di atas. Walau bagaimanapun, amat penting untuk diambil perhatian bahawa Dropbox tidak akan menghapus atau membuang fail anda dengan sendiri. Walaupun anda melebihi had storan anda, tiada apa-apa yang akan dihapuskan. Dalam keadaan ini, penyelarasan hanya akan berhenti, dan bersambung sebaik sahaja anda mengembalikan akaun anda di bawah had storannya.

Aplikasi memantau perubahan yang berlaku di dalam Dropbox anda dan menyelaraskan sebarang suntingan, penambahan atau penghapusan. Jika fail tiada di tempat yang anda jangkakan, sila tahu bahawa Dropbox tidak akan menambah, menyunting, mengalih atau menghapuskan fail dengan sendiri. Selalunya, fail hilang disebabkan oleh salah satu yang berikut:

  • Penghapusan fail atau folder secara sengaja atau tidak sengaja
  • Pemindahan atau penamaan semula fail secara sengaja atau tidak sengaja
  • Acara pada komputer atau peranti mudah alih yang dipautkan, atau di dropbox.com
  • Acara di dalam folder kongsian, atau pembuangan folder kongsian
  • Acara di dalam folder pasukan
  • Acara yang diambil oleh pentadbir pasukan Dropbox Business atau Dropbox Enterprise bagi pihak anda

Selain itu, terdapat beberapa sebab lain bagi fail terhapus atau hilang:

  • Masalah cakera keras, termasuk cakera rosak, atau cakera yang tidak sedia apabila program Dropbox berjalan. Jika Dropbox tidak melihat fail yang diketahui apabila ia bermula, ia akan menganggap anda telah membuangkannya semasa Dropbox tidak berjalan.
  • Perisian antivirus yang mengkuarantin fail. Program-program ini boleh menghapuskan atau menyekat akses ke fail.
  • Perisian imbasan cakera (misalnya perisian membuat sandaran) yang boleh mengunci fail dan menjadikannya tidak kelihatan.
  • Program lain yang boleh mengubahsuai fail di dalam folder Utama anda, yang biasanya termasuk folder Dropbox. Sesetengah perisian pengurus audio dan imej mungkin melakukan begini.
  • Beberapa komputer dipautkan dengan nama yang sama. Mungkin anda telah meminjamkan PC anda kepada orang lain untuk digunakan, dan mereka menghapuskan beberapa fail. Jika PC ini mempunyai nama yang sama seperti komputer baru anda, anda mungkin tidak menyedari terdapat komputer kedua dalam situasi ini. Jika komputer itu dipautkan ke akaun anda, maka anda boleh melihat alamat IP terakhir yang digunakan untuknya pada halaman Keselamatan anda.

Ketahui cara memulihkan versi fail yang lama.

Saya menerima e-mel tentang akaun Dropbox yang tidak aktif—apa yang perlu saya lakukan?

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu