{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Dasar Privasi Dropbox: soalan lazim

1. Berapa lamakah Dropbox menyimpan fail saya selepas saya menghapuskan akaun saya?

Apabila anda menghapuskan akaun Dropbox Basic, Plus, atau Professional anda, kami akan memulakan penghapusan fail yang disimpan dalam Perkhidmatan kami selepas 30 hari. Jika anda pengguna akaun Dropbox Business, hanya pentadbir anda yang boleh melumpuhkan akaun anda dan menghapuskan fail anda.

Dapatkan maklumat lanjut tentang tempoh kami menyimpan fail terhapus.

2. Apakah dasar perundangan Dropbox untuk memproses data saya?

Kami menggunakan data anda untuk menyediakan Perkhidmatan Dropbox kepada anda mengikut kontrak kami dengan anda. Khususnya, Dropbox akan menggunakan data anda untuk:

  • Menyedia, mengemas kini, menyelenggara, dan melindungi Perkhidmatan dan perniagaan kami. Sebagai contoh, kami memudahkan anda untuk berkongsi dan bekerjasama dengan menyimpan kenalan anda dan menyediakannya untuk kegunaan anda.
  • Berkomunikasi dengan anda dengan membalas permintaan, komen, dan pertanyaan anda. Jika anda menghubungi kami dengan soalan atau kekhuatiran berkenaan Perkhidmatan, kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan respons.
  • Menghantar e-mel dan komunikasi lain kepada anda. Kami boleh menghubungi anda tentang perubahan penting terhadap Perkhidmatan serta notis berkaitan Perkhidmatan kami. Komunikasi ini dianggap sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Dropbox dan anda tidak boleh memilih keluar daripada menerimanya.

Dropbox akan mengumpul dan menggunakan data anda dalam melanjutkan kepentingan sah kami semasa mengendalikan Perkhidmatan dan perniagaan kami. Khususnya, Dropbox akan menggunakan data anda untuk:

  • Memahami bagaimana anda menggunakan Perkhidmatan kami dan memperbaikinya.
  • Menghantar e-mel pemasaran dan komunikasi lain dalam keadaan tertentu (lihat bahagian Pemasaran dalam dasar privasi kami untuk butiran lanjut).
  • Menyiasat dan mencegah isu keselamatan dan penyalahgunaan Perkhidmatan Dropbox atau pengguna Dropbox.
  • Melindungi mana-mana individu daripada kematian atau kecederaan fizikal yang serius.
  • Mematuhi undang-undang, prosiding undang-undang, atau peraturan yang berkenaan.
  • Melaksanakan tugasan atas kepentingan orang awam.

Akhir sekali, Dropbox kadangkala akan mengumpul dan menggunakan data anda dengan kebenaran anda untuk:

  • Menghantar bahan pemasaran tentang Perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak ingin menerima bahan-bahan ini, hanya klik pautan Berhenti melanggan dalam mana-mana e-mel, atau kemas kini keutamaan anda dalam bahagian Pemberitahuan akaun Dropbox anda.
  • Memperbaiki Perkhidmatan kami dan membangunkan ciri-ciri baru.

3. Bagaimanakah Dropbox mengumpul dan menggunakan maklumat penggunaan saya?

Kami mengumpul maklumat tentang cara anda menggunakan Perkhidmatan, termasuk tindakan yang anda ambil dalam akaun Dropbox anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk menyediakan Perkhidmatan Dropbox dengan cekap dan berkesan. Kami turut menggunakan maklumat seperti ini untuk memperbaiki Perkhidmatan kami dan membangunkan ciri-ciri baru, melindungi pengguna Dropbox, dan, dalam keadaan tertentu, memasarkan Perkhidmatan Dropbox. Sebagai contoh, untuk memperbaiki Perkhidmatan kami dan membangunkan ciri-ciri baru, kami mengumpul maklumat tentang cara anda berinteraksi dengan aplikasi mudah alih kami untuk mengoptimumkan reka bentuk dan penempatan butang-butang tertentu supaya ia lebih mudah untuk digunakan. Kami turut memperbaiki Perkhidmatan kami dengan memungut maklumat penggunaan berkenaan ciri-ciri seperti Dropbox Showcase bagi menentukan bahagian ciri yang mana dianggap paling berguna kepada pengguna kami. Bagi melindungi pengguna Dropbox, kami menganalisis perkara seperti alamat IP, sejarah log masuk, serta perubahan e-mel dan kata laluan untuk mengesan tingkah laku dan kandungan yang melanggar. Akhir sekali, untuk memasarkan Perkhidmatan Dropbox, kami akan, dalam keadaan tertentu, menganalisis maklumat berkenaan aktiviti pengguna dan tahap penglibatan mereka dengan Perkhidmatan kami—seperti bilangan peranti yang mereka sambungkan ke akaun Dropbox mereka dan jumlah storan yang telah mereka gunakan—untuk mengenal pasti pengguna yang aktif.

4. Bagaimanakah Dropbox menggunakan maklumat peribadi saya untuk pembuat keputusan automatik dan pembelajaran mesin?

Dropbox mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda menggunakan pembuat keputusan automatik (termasuk “pembelajaran mesin“) untuk menyedia, memperbaiki, dan memasarkan Perkhidmatan Dropbox dalam melanjutkan kepentingan sah kami ataupun berdasarkan kebenaran anda sekiranya wajar: 

Menyedia Perkhidmatan Dropbox. Kami menggunakan pembuat keputusan automatik untuk menganalisis perkara seperti alamat IP, sejarah log masuk, dan perubahan akaun anda (seperti perubahan alamat e-mel dan kata laluan) untuk mengesan dan mencegah tingkah laku dan kandungan yang melanggar dalam Perkhidmatan kami. 

Memperbaiki Perkhidmatan Dropbox. Dropbox mengumpul dan memproses maklumat anda untuk memperbaiki Perkhidmatan dan membangunkan ciri-ciri baru. Sebagai contoh, kami menganalisis maklumat tentang cara anda berinteraksi dengan Perkhidmatan untuk mengoptimumkan reka bentuk antara muka pengguna kami. Kami turut menganalisis maklumat yang dikumpul daripada laporan ralat klien desktop untuk memahami, mengesan, membaiki, dan mencegah ranap klien desktop. Dalam sesetengah keadaan, kami menggunakan maklumat anda untuk melatih model pembelajaran mesin bagi meningkatkan Perkhidmatan Dropbox. Sebagai contoh, kami memudahkan anda untuk mencari barang anda di Dropbox dengan menggunakan maklumat berkenaan aktiviti akaun anda untuk membetulkan kata kunci carian, mencadangkan fail, dan memperbaiki hasil carian yang relevan secara automatik. Kami terus mengusahakan cara-cara untuk melatih algoritma kami untuk menjadikan penggunaan Dropbox anda lebih mudah dan cekap, serta membantu anda mencapai cara bekerja yang lebih bijaksana. 

Memasar Perkhidmatan Dropbox. Kami akan, dalam keadaan tertentu, menggunakan pembuat keputusan automatik untuk menganalisis aktiviti dan tahap penglibatan pengguna dengan Perkhidmatan kami dengan meneliti perkara seperti bilangan peranti yang mereka telah sambungkan ke akaun Dropbox mereka, jumlah storan yang telah digunakan, dan bilangan tindakan perkongsian yang telah diambil bagi mengenal pasti dan memasarkan kepada pengguna yang mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan kami.

5. Siapakah pihak ketiga yang dipercayai Dropbox yang dikongsikan maklumat peribadi saya?

Demi menyedia, memperbaiki, melindungi, dan mempromosikan Perkhidmatan kami, Dropbox berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga yang dipercayai, termasuk:

  • Dropbox, Inc.
  • Amazon Web Services, Inc.
  • Teleperformance A.E.
  • Salesforce.com, LLC
  • SnapEngage, LLC
  • LiveOps Cloud Platform, LLC
  • Google LLC
  • Zendesk, Inc.
  • Oracle America, Inc.

Pihak-pihak ketiga ini akan mengakses maklumat anda hanya untuk melaksanakan tugas bagi pihak kami menurut Dasar Privasi kami, dan kami akan terus dipertanggungjawabkan ke atas pengendalian maklumat anda oleh mereka mengikut arahan kami.

6. Bagaimanakah saya boleh menolak atau membataskan penggunaan data peribadi saya?

Anda mempunyai hak untuk meminta kami supaya berhenti atau membataskan penggunaan data peribadi anda dalam keadaan tertentu—contohnya, jika kami tiada dasar yang sah untuk terus menggunakan data anda, atau jika anda berasa data peribadi anda tidak tepat.

Anda mempunyai hak mutlak untuk menolak penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami untuk menghantar mesej pemasaran kepada anda, dan kami telah memudahkan anda untuk berbuat demikian. Anda boleh memilih jenis mesej pemasaran yang ingin diterima pada bila-bila masa dengan menyunting keutamaan anda dalam bahagian Pemberitahuan akaun peribadi anda ataupun dengan mengklik pautan Berhenti melanggan dalam mana-mana kategori e-mel yang tidak lagi ingin diterima.

Jika maklumat akaun anda tidak tepat, anda boleh mengemas kini atau menghapuskannya pada bila-bila masa dengan mendaftar masuk ke akaun anda dan masuk ke halaman akaun anda. Anda juga boleh menghapuskan akaun Dropbox anda pada bila-bila masa (tetapi jangan lupa bahawa jika anda melakukannya, data anda akan dihapuskan selama-lamanya).

Jika anda yakin bahawa Dropbox tiada dasar yang sah untuk menggunakan data peribadi anda, yakin terdapat kesilapan lain dalam data peribadi anda, atau ingin menolak penggunaan data peribadi anda, sila maklumkan kami dengan menghubungi kami di privacy@dropbox.com dan kami akan menyelidik perkara ini.

7. Bagaimanakah saya boleh mengakses data peribadi saya?

Anda boleh mengakses fail yang anda simpan dalam akaun Dropbox anda pada bila-bila masa. Jika anda telah memasang aplikasi desktop Dropbox, anda boleh menyimpan semua fail anda secara langsung pada komputer anda.

Untuk maklumat lanjut tentang akaun anda dan perkakasan yang berkaitan dengan akaun anda, hanya daftar masuk ke halaman akaun anda. Di sini anda boleh dapatkan nama dan alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda, serta alamat IP bagi sesi, komputer, dan peranti mudah alih bersambung yang digunakan untuk mengakses akaun anda. Anda juga boleh melihat aplikasi yang bersambung dengan akaun anda daripada halaman keselamatan.

Jika anda telah menghubungi pasukan sokongan Dropbox, anda boleh mendaftar masuk ke portal khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan rekod komunikasi anda dengan kami.

Jika anda ingin menyerahkan permintaan akses data, sila hubungi kami di privacy@dropbox.com dengan perkataan "Data Access Request" sebagai tajuk atau kandungan mesej anda, dan kami akan menghubungi anda dalam masa 30 hari.

Dapatkan maklumat lanjut tentang cara mengakses fail anda, maklumat akaun dan perkakasan anda, dan berkomunikasi dengan Dropbox.

8. Saya ingin menggunakan pembekal perkhidmatan yang lain. Bagaimana untuk memindahkan data saya daripada Dropbox?

Anda boleh memuat turun fail anda daripada akaun Dropbox anda pada bila-bila masa. Terdapat beberapa cara untuk melakukannya.

Jika anda menggunakan aplikasi desktop Dropbox, anda boleh pindahkan folder Dropbox ke lokasi lain pada pemacu keras ataupun pemacu keras luar anda.

Jika anda menggunakan dropbox.com untuk mengakses akaun, anda boleh memuat turun fail atau folder individu dengan mudah dari dropbox.com. Untuk memuat turun fail individu dari dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Cari fail yang ingin dimuat turun.
  3. Klik "" (elipsis) di sebelah kanan nama fail.
  4. Klik Muat turun.

Dapatkan maklumat tentang bagaimana untuk memuat turun keseluruhan folder ke dalam fail ZIP (ambil perhatian terdapat had pada saiz folder).

Jika anda menggunakan aplikasi mudah alih Dropbox, anda boleh muat turun fail individu pada peranti anda untuk paparan luar talian.

Jika anda menggunakan Dropbox Paper, anda boleh mengeksport dokumen Paper anda dari dropbox.com.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan