Cara-cara untuk melindungi akaun Dropbox anda

Jika komputer atau peranti mudah alih anda hilang atau telah dicuri, atau anda bimbang tentang keselamatan akaun anda, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan.

Bahagian dalam artikel ini:

Tukar kata laluan anda

Anda boleh menukar kata laluan anda di halaman tetapan akaun daripada akaun Dropbox anda. Pastikan anda menggunakan kata laluan kukuh yang anda tidak gunakan untuk mana-mana perkhidmatan lain.

Ketahui lebih lanjut tentang memilih kata laluan kukuh.

Sediakan verifikasi dua langkah

Verifikasi dua langkah adalah cara yang sangat berkesan untuk melindungi akaun anda daripada akses yang tidak dibenarkan. Apabila anda mendaftar masuk ke Dropbox, anda akan dikendaki untuk memasukkan kod yang dihantar ke telefon atau apl pengesah mudah alih anda. Ketahui bagaimana untuk menyediakan verifikasi dua langkah.

Cari alamat IP terakhir peranti yang dikenali

Alamat IP terakhir yang diketahui bagi komputer atau telefon bimbit direkodkan apabila Dropbox bersambung ke internet pada peranti itu. Alamat IP boleh digunakan untuk mengenal pasti anggaran lokasi fizikal di mana peranti itu disambungkan melalui pembekal perkhidmatan internet. Anda boleh melihat maklumat ini pada tab Keselamatan dalam tetapan akaun anda.

Layangkan tetikus anda ke atas ikon "i" untuk melihat alamat IP terakhir yang direkodkan. Buat masa ini kami memaparkan negara bagi alamat IP terakhir yang diketahui, tetapi anda boleh menggunakan mana-mana perkhidmatan carian alamat IP untuk maklumat lebih terperinci.

Nyahpaut peranti, sesi web, dan aplikasi

Dari tab Keselamatan, anda juga boleh menyahpaut peranti, sesi web, dan apl jika perlu dengan mengklik X yang sepadan. Ini akan membantu menghalang pertukaran yang tidak dibenarkan terhadap akaun anda.

  • Dengan menyahpautkan komputer atau peranti mudah alih, anda akan berhenti merekodkan sebarang alamat IP baru daripada peranti itu, dan anda akan turut mematikan penyelarasan dengan peranti tersebut
  • Jika anda mendaftar masuk ke Dropbox melalui pelayar web, menyahpaut sesi web akan mendaftar anda keluar dan memerlukan kata laluan untuk mendaftar masuk semula
  • Jika apl pihak ketiga dipautkan ke akaun anda, menyahpaut bermakna bahawa apl itu tidak lagi boleh mengakses akaun Dropbox anda (kata laluan anda diperlukan jika anda ingin memaut semula)

Hapuskan folder Dropbox daripada peranti dari jauh

Jika anda pengguna Dropbox Plus atau Dropbox Business, anda boleh menggunakan penghapusan jarak jauh untuk menghapuskan folder Dropbox daripada peranti apabila anda menyahpaut ia. Ketahui tentang cara menggunakan penghapusan jarak jauh.

Pentadbir pasukan dan ahli pasukan Dropbox Business

Pentadbir pasukan Dropbox Business mempunyai keupayaan untuk mendaftar masuk ke akaun ahli pasukan menggunakan ciri Daftar masuk sebagai pengguna. Pentadbir pasukan boleh mendaftar masuk ke akaun ahli pasukan untuk melakukan mana-mana yang berikut:

  • Lihat struktur folder ahli pasukan
  • Kongsi fail atau folder dengan orang lain
  • Lihat, buka, dan muat turun fail
  • Hapuskan fail, atau pulihkan fail yang terhapus

Jika anda seorang ahli pasukan Dropbox Business, dan anda rasa akaun anda telah dicerobohi kerana anda melihat bahawa salah satu daripada tindakan di atas telah diambil dalam akaun anda, periksa dahulu dengan pentadbir pasukan anda.

Topik-topik berkaitan

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Contact support